#1

UMNO LAWAN ISLAM - KEJADIAN PEMBUNUHAN MANUSIA TIDAK BERDOSA MENJADI-JADI

>> Jumaat, April 30, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU

FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 65

UMNO TAK NAK ISLAM - BERAPA LAGI NYAWA YANG TIDAK BERDOSA AKAN TERBUNUH

ALLAH TAALA berfirman dalam surah Furqan ayat 68


Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya; 
Chinese
他們只祈禱真主,不祈禱別的神靈;他們不違背真主的禁令而殺人,除非由於償 命;他們也不通奸。誰犯此類(罪惡),誰遭懲罰; 
Tamil
அன்றியும், அவர்கள் அல்லாஹ்வுடன் வேறு நாயனைப் பிரார்த்திக்கமாட்டார்கள்; இன்னும், அல்லாஹ்வினால் விலக்கப் பட்ட எந்த மனிதரையும் அவர்கள் நியாயமின்றிக் கொல்லமாட்டார்கள், விபசாரமும் செய்ய மாட்டார்கள் - ஆகவே, எவர் இவற்றைச் செய்கிறாரோ, அவர் தண்டனை அடைய நேரிடும்.
(25:68)
  
Jelas dalam firman Allah Taala dalam surah Al- Furgan bahawa Islam agama yang diturunkan Allah sangat menjaga nyawa.  Nyawa yang dijaga dan dipelihara Islam bukan sahaja orang yang beriman malahan nyawa seluruh umat manusia.  Hatta nilai nyawa dalam peperangan suasana paling getir juga dipelihara oleh Islam.


     Islam membenarkan pembunuhan kepada 4 jenis keadaan, iaitu

1)   murtad - hukum hudud
2)   penzina yang sudah kahwin terus berzina - hukum hudud
3)   balas bunuh - hukum qisas
4)   berperang mempertahankan Islam dengan hanya membunuh tentera musyrik


    Inilah keadaan nyawa dibunuh dalam Islam.  Lihatlah keindahan Islam.  Islam membunuh nyawa dalam keadaan merosakkan Islam, merosakkan zuriat dan menghapuskan balas dendam.  Inilah masyarakat yang ingin dibina oleh Islam iaitu masyarakat yang harmoni dan kehidupan yang berukun damai.  Tiada rasa terancam antara seorang dengan orang yang lain.  

     Malahan dalam keadaan perang Islam tetap menjaga prinsipnya iaitu yang dibunuh ialah tentera yang memusuhi Islam.  Perempuan, orang tuan, OKU, kanak-kanak, para pendita agama bukan Islam terus dipelihara oleh Islam.  Barat akhirnya menerimapakai nilai Islam dan meletakkannya sebagai asas dalam dasar peperangan PBB yang disebutkan Deklarasi Geneva. 


     Apabila perlaksanaan hukum Islam ditolak oleh UMNO, maka kita lihat siri kejadian pembunuhan berterusan berlaku.  Cuma pihak yang melakukan sahaja berbeza.  Nyawa di Malaysia kini adalah sangat murah.  Antara siri pembunuhan yang belum di jawab dengan jelas oleh pihak yang berkaitan ialah


1)  Pembunuhan YB Samad Gol (1968)
2)  Pembunuhan Altantuya Monggolia (2005)
3)  Pembunuhan Kugan (2007)
4)  Pembunuhan Teoh Beng Hock (2009)
5)  Pembunuhan Siva - ketua Kelab Peny Pas T. Intan  (2010)
6)  Pembunuhan adik Aminurrashid (2010)


    Kenapa semua ini berlaku? Tidak lain kerana UMNO menolak hukum Islam.  UMNO tak nak Hudud dan Qisas - hukuman dari Yang Maha Adil untuk manusia seluruhnya.  Wahai orang UMNO adik aminurrashid kamu akan kata bahawa ini bukan anak kami.  Kalau nyawa semurah ini di Malaysia apakah ada jaminan anak kita akan selamat termasuk anak orang UMNO?


     Fikir-fikirkan?  Melayu kena menolak UMNO.  Tiada jalan lain untuk selamat melainkan dengan menolak UMNO.  Selamat tinggal UMNO.  Sayonara UMNO.



RAKYAT MESTI TERUS TUNTUT PILIHANRAYA YANG ADIL. RAKYAT MENUNTUT
1) SPR BERADA DI BAWAH SELIAAN PARLIMEN
2) CELUP JARI DENGAN DAKWAT KEKAL MESTILAH SEGERA DIBUAT OLEH SPR
3) TENTERA DAN POLIS TIDAK DIBENARKAN MENGUNDI
4) MENGUNDI HANYA UNTUK ORANG AWAM DAN ADA KAD PENGENALAN
5) PENDAFTARAN AUTOMATIK UNTUK WARGA NEGARA MALAYSIA 18 TAHUN KEATAS.
6) SPR MESTI BERKECUALI

3 komen:

Tanpa Nama,  3 Mei 2010 pada 6:57 PTG  

dah ajal diorg...dah tercatat kt luh mahfuz dah...jgn fitnah...Islam x ajar kita memfitnah...

Tanpa Nama,  3 Mei 2010 pada 6:57 PTG  

mmg patut pun ustaz kne tendang x jadi pengetua MUC lg...hahahahahahaha

Tanpa Nama,  3 Mei 2010 pada 7:01 PTG  

Polis parah dirempuh oleh sebuah motosikal yang lari dari sekatan polis..persoalannya, Pakatan Pembangkang xnak hebohkan ke isu polis pula yang dilanggar??

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis trafik patah kaki kanan selepas dirempuh sebuah motosikal yang dinaiki dua beranak ketika dipercayai cuba melarikan diri dari sek...atan jalan raya di Lebuh Raya Puchong-Bukit Jalil, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Sarjan Roslan Bachik, 39, yang bertugas di Balai Polis Seri Kembangan dikatakan sedang menyusun kon sebaik selesai menjalankan operasi kesedaran undang-undang sebelum sebuah motosikal yang ditunggang laju merempuhnya.
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Deputi Superintendan Tengku Anuar Raja Hussin, berkata ketika kejadian empat anggota polis berada di lokasi sedang menjalankan operasi yang bermula sejak beberapa hari lalu.

“Akibat rempuhan kuat itu, anggota kami cedera parah, manakala seorang lelaki berusia 30 tahun bersama anaknya 7 tahun yang jatuh hanya cedera ringan dan dirujuk ke Hospital Serdang.

“Hasil siasatan mendapati, suspek tiada lesen dan menjadi panik sebaik melihat sekatan jalan raya sebelum nekad merempuh laluan berkenaan dengan harapan dapat melepaskan diri,” katanya.

Beliau berkata, suspek ditahan untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, Roslan ketika ditemui, berkata kejadian itu berlaku dalam sekelip mata dan tidak sempat mengelak akibat motosikal itu terlalu laju.

“Saya tidak perasan motosikal itu dan hanya sedar sebaik berada di hospital dalam keadaan kaki tergantung.

“Ini kejadian kali ketiga sepanjang bertugas hampir 13 tahun dan menyifatkan kejadian paling teruk. Namun, saya bersyukur masih dipanjangkan umur,” katanya.

Bapa kepada enam anak itu berkata, tragedi yang menimpa itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus bertugas dalam Polis Diraja Malaysia.----->ni nk jawab pe?? padan muka polis ke???

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP