#1

UMNO MELAHIRKAN WATAK KETUHANAN SEBANDING ALLAH

>> Rabu, Mac 31, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 34

UMNO MELAHIRKAN WATAK KETUHANAN 
SEBANDING ALLAH

FIRMAN ALLAH TAALA DALAM SURAH FAJR AYAT 11-13



(Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing). 
Chinese
這等人曾在國中放肆, 
Tamil
அவர்களெல்லாம் நாடுகளில் வரம்பு மீறி நடந்தனர்.
89:11 


Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu.
Chinese
乃多行不義,
Tamil
அன்றியும், அவற்றில் குழப்பத்தை அதிகப்படுத்தினர்.
89:12 

Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab; 
Chinese
故你的主把一種刑罰,傾注在他們身上。 

Tamil 
எனவே, உம்முடைய இறைவன் அவர்கள் மேல் வேதனையின் சாட்டையை எறிந்தான்.
89:13
  
  

     Dari ayat diatas jelas bahawa Allah Taala menyebut tentang tindakan manusia yang melampaui batas (thaga).  Sifat thaga ialah berlagak seperti Tuhan pada diri makhluk, menyalahgunakan kuasa, dan mengadakan undang-undang dalam perkara yang telah ditetapkan Allah.  
     
Sifat Tuhan pada diri makhluk - cth hanya UMNO yang menyelamat bangsa Melayu.  Inilah perkataan syirik yang menyamakan kekuasaan Allah dengan manusia.  Pemimpin UMNO kalau bercakap pasal Melayu mereka sahajalah yang memperjuangkannya.  Semacam Allah tidak berkuasa langsung.  Sedangkan yang mengatur segala-galanya adalah dengan izin Allah.

Menyalahguna kuasa - Ini cukup jelas dibuat oleh kepimpinan UMNO.  contoh -
  • dalam perjanjian, wang royalti minyak - UMNO-BN tukar kepada wang ehsan
  • keadaan Perak aman 8 Mac 2008-5 Feb 2009 - UMNO-BN rampas kuasa di Perak hingga kini
  • merekacipta fitnah, menuduh orang baik liwat
  • rasuah
  • dan banyak lagi sekiranya nak disenaraikan

Mengadakan hukum pada perkara yang telah ditetapkan Allah
  • Hukum Allah  kahwin dan zina - rejam hingga mati    minum arak -80 sebat  
     
  • UMNO  kahwin dan zina - denda RM3 ribu, 5 bulan penjara 6 sebatan sebat  minum arak - 6 kali atau denda RM........
                                 
Inilah yang menjadi dasar UMNO.  Wahai orang yang beriman jauhi UMNO.  UMNO adalah mungkar yang menentang Allah.  Mendekatinya bermakna membuka pintu azab dari Allah.  Tiada siapa yang dapat membantu anda. Fikir-fikirkan.  Jangan undi pemimpin UMNO kerana mengundi pemimpin UMNO bermakna anda bersekongkol dengan kemungkaran.

Read more...

UMNO DIKELILINGI OLEH PEMIMPIN YANG ZALIM

>> Selasa, Mac 30, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 33

UMNO DIKELILINGI OLEH PEMIMPIN YANG ZALIM


FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AL-HAJJ AYAT 45



Maka bukan sedikit negeri-negeri yang Kami binasakan dengan sebab kezaliman penduduknya, lalu runtuh ranaplah bangunan-bangunannya; dan bukan sedikit pula telaga yang telah terbiar, dan istana yang tersergam (telah kosong, ditinggalkan).  
Chinese
有許多城市居民不義,而我毀滅他們,地上屋頂尚存,並且有若干被遺棄的水井 和被建成的大廈。 
Tamil 
அநியாயம் செய்த எத்தனையோ ஊ(ரா)ர்களை நாம் அழித்திருக்கிறோம் - அவற்றின் முகடுகள் மீது அவை விழுந்து கிடக்கின்றன எத்தனையோ கிணறுகள் பாழடைந்து கிடக்கின்றன எத்தனையோ வலுவான மாளிகைகள் (பாழ்பட்டுக் கிடக்கின்றன).
Al Haj : 45

    Takrif keadilan ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.  Apabila gagal meletakkan sesuatu pada tempatnya maka ia dikatakan zalim.  Dalam ayat ini jelas Allah Taala menyatakan berapa banyak negeri dalam alam ini yang dimusnhakan Allah kerana kezaliman penduduknya. 

     Kemas sekali pernyataan Allah diatas.  Sebuah pemerintahan/kerajaan  mestilah terus berusaha untuk menegakkan keadilan Allah (Al-Qur'an dan Sunnah).  Dari manakah datangnya kezaliman?  Kalau tidak datangnya dari pemimpin?  Rakyat tidak akan menentang Islam kalau tiada pemimpin yang mengajarnya.  Yang mengajar rakyat menentang Islam ialah UMNO. 

     Seperti juga sebuah rumahtangga. Dari manakah seorang anak hendak belajar solat?  Sudah pasti dari ibu dan bapanya.  Kenapa ibu dan bapanya?  Kerana ibu dan bapanya adalah pemimpin kepada anak kecil ini.  Kalau ibu dan bapanya tidak solat, inilah kezaliman.  Anaknya juga tidak bersolat, ini juga adalah kezaliman.  Dari mana punca kezaliman ini?  Dari pemimpin rumahtangga. 

 Begitu juga dengan sebuah negara.  Rakyat akan mengikut watak pemimpin.  Kalau pemimpin baik maka rakyat akan jadi baik.  Tapi kalau watak pemimpin adalah jahat maka rakyat akan lebih zalim lagi wataknya. 

Demikianlah sabda Nabi Muhammad saw "Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu bertanggung jawab terhadap yang kamu pimpin" 

 UMNO kononya memperjuangkan Melayu, Bahasa Melayu dimusnahkannya dengan dasar PPSMI.  

UMNO kononnya memperjuangkan Islam, hukum Allah ditentangnya.  

UMNO kononnya memperjuangkan keadilan,  merekacipta fitnah adalah kerjanya. 

UMNO kononnya memperjuangkan demokrasi, rampasan kuasa Perak yang dibuatnya (5 Feb 2009)  yang diketuai oleh Presiden UMNO sekarang.  

UMNO kononnya memperjuangkan hak rakyat, rakyat Kelantan sepatutnya dapat royalti diganti dengan wang ihsan.  

UMNO kononnya memperjuangkan budaya baik, rasuah menjadi budaya UMNO.  Bukanlah UMNO kalau tak rasuah.


dan banyak lagi.  Inilah kezaliman UMNO yang tidak mahu memilih Al-Qur'an dan Sunnah.  UMNO memilih hawa nafsu.  Hawa nafsu bawa kehancuran dan kebinasaan.  Wahai ahli UMNO fikir-fikirkan.  Anda dikelilingi oleh pemimpin yang tidak mahu kepada penyelesaian Islam.  Wahai para ustaz dan ustazah UMNO fikir-fikirkan.  Al-Qur'an diturunkan kepada manusia bukan untuk binatang.

Read more...

UMNO TERUS MEMBERI ALASAN - TAK NAK ISLAM, TERUSKAN AGENDA KEKEJIAN

>> Isnin, Mac 29, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN KEMAYU (UMNO) KE 32

UMNO TERUS BERALASAN -TIDAK MAHU KEPADA ISLAM, TERUSKAN AGENDA AMALAN KEKEJIAN


FIRMAN ALLAH TAALA DALAM SURAH AL-BAQARAH 268



Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan, dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji ; sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya. 
Chinese
惡魔以貧乏恐嚇你們,以醜事命令你們;真主卻應許你們赦宥和恩惠。真主是寬大 的,是全知的。 
Tamil 
(தான தர்மங்கள் செய்வதினால்) வறுமை (உண்டாகிவிடும் என்று அதைக்) கொண்டு உங்களை ஷைத்தான் பயமுறுத்துகிறான்.; ஒழுக்கமில்லாச் செயல்களைச் செய்யுமாறும் உங்களை ஏவுகிறான்;. ஆனால் அல்லாஹ்வோ, (நீங்கள் தான தருமங்கள் செய்தால்) தன்னிடமிருந்து மன்னிப்பும், (அருளும், பொருளும்) மிக்க செல்வமும் (கிடைக்கும் என்று) வாக்களிக்கின்றான்;. நிச்சயமாக அல்லாஹ் விசாலமான (கொடையுடைய)வன்; யாவற்றையும் நன்கறிபவன்.
Al Baqarah:268
   

Hampir 52 tahun UMNO diberikan kuasa oleh Allah untuk menegakkan Islam di Malaysia tetapi UMNO kekal dengan pelbagai alasan untuk tidak mahu menegakkan Islam.  Antara alasan yang di berikan UMNO

     hudud 
Malaysia ada masyarakat majmuk, hukum Allah tak sesuai tak cukup batu nak melaksanakan hukuman rejam hukum potong tangan maka akan makan sup tangan tiada pasaran kerja kerana tangan orang di Malaysia dipotong
  
     ekonomi Islam
terus mengamalkan ekonomi riba tiada pelabur asing

     bertudung 
hanya sesuai dipadang pasir nafsu orang Arab tak dapat di kawal, maka perempuan Arab bertudung

     rasuah 
UMNO kata ini duit kopi.  Amalan Islam rasuah haram

   Maka berdasarkan alasan ini UMNO terus dibisikkan oleh syaitan yang mahu supaya manusia terus melakukan kekejian kepada Allah.  Syaitan mahu supaya manusia terus melaksanakan agenda menentang hukum Allah dan segala peraturanNya.  Dan kadang-kadang syaitan menunjukkan bahawa kekejian itu baik dan bergemerlapan terang disinari cahaya. Inilah intisari ayat Al-Qur'an diatas.  Syaitan akan terus berusaha untuk menyesatkan manusia walau dengan apa cara sekalipun.

     Wahai ahli UMNO sedarkah anda disesatkan oleh UMNO dengan hujah akal yang tidak berteraskan AL-QUR'AN.  UMNO akan terus menggunakan hujah akal dan sama sekali menolak hujah Al-Qur'an.

     Sedangkan Al-Qur'an dengan jelas mengajak kepada keampunan dan rahmat Allah.  Bila nak laksana Islam maka datang syaitan menunjukkan kesusahan.  Manusia UMNO  tidak mahu kepada kesusahan walaupun disitu dinyatakan Allah memperolehi rahmat dari Allah.

      Kalau dalam melihat contoh maka cukup banyak contoh yang UMNO boleh dapat dari negeri Pakatan Rakyat (PR).  Terbaru ialah macamana Kelantan melaksanakan Konsert Jom Heboh yang memisahkan pergaulan bebas (pisah penonton L dan P).  Perkara ini pada TV Prima tidak ada masalah kepada mereka.  Penonton pun akan lebih selesa.  Jelas apabila mahu dilaksanakan Islam rakyat akan patuh.

     Contoh di Kelantan yang terbaru ini untuk perkara yang sangat sensitif boleh dilaksanakan secara Islam., .  UMNO jelas tak nak Islam kerana tidak boleh memuaskan hawa nafsu.  Banyak alasan dikemukakan.  Wahai orang UMNO udah le.  Tukar yob dan yong.  Jangan sokong UMNO.  Sokong UMNO bawa padah kerana anda menyokong segala alasan UMNO tak nak Islam.  Fikir-fikirkan.

(contoh rujuk laporan harakahdaily.net "Jom Heboh : Format asing penonton tiada masalah)

Read more...

UMNO TAK NAK BINCANG ISLAM SECARA TERBUKA

>> Ahad, Mac 28, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 31

PRESIDEN UMNO TAK NAK BINCANG ISLAM SECARA TERBUKA  

FIRMAN ALLAH TAALA DALAM SURAH AN NAHL 125



Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
Chinese
你應憑智慧和善言而勸人遵循主道,你應當以最優秀的態度與人辯論,你的主的 確知道誰是背離他的正道的,他的確知道誰是遵循他的正道的。 
 Tamil 
(நபியே!) உம் இறைவனின் பாதையில் (மக்களை) விவேகத்துடனும், அழகிய உபதேசத்தைக் கொண்டும் நீர் அழைப்பீராக! இன்னும், அவர்களிடத்தில் மிக அழகான முறையில் தர்க்கிப்பீராக! மெய்யாக உம் இறைவன், அவன் வழியைவிட்டுத் தவறியவர்களையும் (அவன் வழியைச் சார்ந்து) நேர்வழி பெற்றவர்களையும் நன்கு அறிவான்.
An Nahl:125


SERULAH KEPADA JALAN TUHANMU DENGAN HIKMAH, DAN NASIHAT YANG BAIK DAN BERDEBATLAH DALAM ADAB YANG BERADAB 
    
     Inilah seruan Al-Qur'an.  Al-Qur'an adalah kitab yang penuh dengan hujah.  Hujah Al-Qur'an dan Sunnah tidak pernah kalah dengan hujah akal.  Malahan hujah akal mestilah sentiasa tunduk, patuh dan taat terhadap kehendak hujah Al-Qur'an. 

Mana-mana manusia yang melampaui hujah Al-Qur'an maka adalah kafir.  Menolak hujah Al-Qur'an dengan pendapat akal yang sangat terhad maka orang yang demikian sifatnya adalah kafir.  Contoh tentang hukum Allah.  Maka sudah pasti Al-Qur'an tidak boleh menerima penangguhan pelaksanaan hukum ini berdasarkan hujah akal.  Akal menghujah penangguhan ini dengan hujah Malaysia adalah masyarakat majmuk.  Ulama su' (yang jahat) kata bahawa Malaysia berada dalam keadaan darurat dan tidak wajib melaksanakan hukum Allah.  Kesemua hujah ini adalah bertentangan dengan hujah Al-Qur'an.

Itu sebab apabila PAS sebagai parti Islam mengajak UMNO berbahas mengenai Islam dengan tajuk "Kenapa UMNO tolak Islam" maka ia tidak disahut.  PAS seperti mana UMNO tahu akan mengemukakan hujah dari Al-Qur'an dan Sunnah.  Sifat hujah ini adalah mantap dan tidak boleh ditolak oleh hujah akal UMNO.

     Apakah perkara yang sama antara PAS dan UMNO
1)     Al-Qur'an - sama
2)    Hadis - sama
3)     Cara bergerak adalah sama - kepartian
4)    Bangsa Melayu

    Namun apa yang membezakan PAS dan UMNO
1)     PAS perjuangkan Islam,    UMNO memperjuangkan sekularism
2)    PAS ambil seluruh isi kandungan Al-Qur'an ,  UMNO ambil bidang ibadah saja, solat, puasa..... 
3)    PAS nak hukum Allah     UMNO tak nak.  Bukti 52 tahun merdeka,  hukum Islam takde 

Dari sedikit analisa di atas maka jelas setiap kali perbincangan tentang Islam maka UMNO akan tolak.  Penolakan ini kerana tiada persamaan dalam pelaksanaan Islam.  Wahai ahli UMNO, penyokong dan para ustaz UMNO jelas sudah tolak Islam, kenapa anda masih bersama dengan UMNO?

'Kenapa Umno tolak Islam' - Nik Aziz ajak Najib berdebat
Muhammad Yusri Amin     

KOTA BHARU, 27 Jun (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau bertekad untuk berdepan secara terbuka dengan Presiden Umno, DatO' Seri Najib Razak dalam masa terdekat menerusi 'mujadalah' (debat).
Beliau berkata, untuk tujuan itu draf surat rasmi telah pun disiapkan dan akan dikirimkan dengan kadar segera kepada Najib yang juga Perdana Menteri Malaysia itu.
"Hari ini saya nak beritahu bahawa saya sudah siapkan draf surat khusus untuk Presiden Umno.
"Saya nak minta Presiden Umno berdepan dengan saya bulat-bulat, secara terbuka, tidak secara sulit kerana perkara ini telah terbuka secara umum sejak 1951, tak habis-habis.
"Saya mahu penjelasan kerana apa Umno tolak Islam dan kerana apa Umno lawan PAS sedangkan PAS ini guna Islam (dalam dasar parti, perjuangan dan pemerintahannya).
"Saya nak tahu, tak kena di mana (ajaran) Islam menyebabkan Umno menolak Islam, sebaliknya guna (mengambil sistem) sekular dan kebangsaan," jelasnya pada sidang media selepas mengimamkan Solat Dhuha sempena Sambutan Bulan Sembahyang Peringkat Negeri Kelantan di pekarangan Masjid Al-Baraah, Pasar Besar Siti Khadijah di sini pagi tadi.
"Saya berhasrat benar-benar ingin tahu kenapa Umno yang sudah Islam 500 tahun, Melayu pun sudah Islam 500 tahun, menolak Islam, sedangkan Islam menyebut, 'rahmatan lil-'aalamin', rahmat bagi seluruh dunia, bukan laknatan,"katanya.
Tambahnya,Islam kini dianggap semacam satu 'laknat', (dan membawa kepada) pecah belah, dan (sekiranya) melaksanakan Islam itu tidak maju dan membawa kemunduran.
Image"Tuduhan seperti itu tidak akan selesai melalui suratkhabar, bahkan mesti berdepan dengan saya sebagai seorang pemimpin Islam di sini, dan dengan Presiden Umno sebagai pemimpin sekular, (secara) berdepan-depan.
"Ini (program dilakukan seperti ini) cara Nabi-nabi di mana Nabi Ibrahim berdepan dengan Namrud, Nabi Musa berdepan dengan Firaun dan Nabi Muhammad berdepan dengan Abu Jahal.
"Mengenai cara demokrasi, Amerika pun telah mengadakan debat terbuka di kalangan calon-calon Presidennya termasuk (yang dihadapi) Obama sendiri berdepan dengan calon Presiden Amerika dari parti lawannya, dan cara itu kini digunakan negara jiran, Indonesia.
"Pengamal demokrasi melakukan demikian oleh kerana negara ini disebut bukan (mengamalkan cara) Komunis.
"Cara mujadalah ini bukan pandai-pandai saya. Ini kerja Nabi, (oleh kerana perkara ini) ada Hadisnya dan ada Sirahnya.
"Oleh itu tidak ada sebab tidak mahu bermujadalah dalam satu saja isu iaitu 'Kerana Apa Umno Menolak Islam'.
"Saya nak tahu itu saja. Biar rakyat pun faham, biar masyarakat jelas oleh kerana (ketika berada) di akhirat kelak, tak selesai dengan mahkamah (dunia).
"Takkanlah dalam kubur nanti, saya nak kata; 'Ini keputusan Mahkamah Malaysia'.
"Apabila masuk kubur, (berdepan dengan) kerajaan lain, kerajaan Tuhan betul-betul. Tidak ada langsung sama ada Kerajaan Kelantan atau Kerajaan Kuala Lumpur, bahkan yang ada Kerajaan Allah SWT dan pada masa itu tidak laku keputusan yang dibuat dan bercanggah dengan Islam," tegasnya. - mks.

Read more...

PRESIDEN UMNO MENCIPTA AKIDAH UMNO

>> Sabtu, Mac 27, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 30

PRESIDEN UMNO MENCIPTA AKIDAH UMNO


FIRMAN ALLAH DALAM SURAH YUNUS AYAT 3

 Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya. (Yang bersifat demikian) itulah Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbirkan keadaan) kamu; maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya; patutkah kamu - setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatiNya?
Chinese
你們的主確是真主,他曾在六日內創造了天地,然後升上寶座,處理萬事。沒有一 個說情者,不是先得到他的允許的。那是真主,你們的主,你們應當崇拜他。你們怎麼還不覺悟呢? 
Tamil
நிச்சயமாக உங்கள் இறைவன் அல்லாஹ்வே; அவன் வானங்களையும் பூமியையும் ஆறு நாட்களில் படைத்தான் - பின்னர் தன் ஆட்சியை அர்ஷின் மீது அமைத்தான்; (இவை சம்பந்நப்பட்ட) அனைத்துக் காரியங்களையும் அவனே ஒழுங்குபடுத்துகின்றான். அவனுடைய அனுமதிக்குப் பின்னரேயன்றி (அவனநிடம்) பரிந்து பேசபவர் எவருமில்லை. இத்தகைய (மாட்சிமை மிக்க) அல்லாஹ்வே உங்களைப் படைத்துப் பரிபக்குவப் படுத்துபவன், ஆகவே அவனையே வணங்குங்கள்; (நல்லுணர்ச்சி பெற இவை பற்றி) நீங்கள் சிந்திக்க வேண்டாமா?
 Yunus:3


     Dari ayat diatas jelas Allah Taala dengan tegas menyatakan bahawa
1)    Tuhan seluruh makhluk ialah Allah
2)    Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa
3)    Allah pentadbir seluruh isi alam
4)    Hanya Allah yang selayaknya yang memberi pertolongan
5)    Itulah Allah yang mentadbir kamu dan tunduk dan patuhlah kepada Allah
6)    Tidakkah kamu mahu mengingati Allah

      Secara jelas Allah menyebut segala kebesarannNya.  Penciptaan langit yang luas dan bumi yang indah adalah untuk manusia itu akhirnya mestilah tunduk dan patuh kepada Allah.  Jangan sekali-kali menggunakan nikmat Allah tetapi menjadi derhaka kepada Allah.

     Kenapa manusia itu tidak mahu tunduk kepada Allah?

1)     Manusia tidak mengenal Allah
2)     Manusia memiliki ego (takabbur) - merasai bahawa manusia ada hak mutlak dalam kehidupan
3)     Manusia menyifatkan bahawa agama adalah hak peribadi yang tiada kaitan dengan kehidupan
4)     Manusia merasakan bahawa kehidupan dunia tidak ada kaitan dengan akhirat
5)     Manusia merasakan bahawa tiada azab kubur, hari kiamat tiada,

apabila begitulah perasaan manusia itu,   maka ia sudah terlepas dari pegangan agama.  Inilah perasaan orang UMNO.  Justeru tidak hairan Presiden UMNO- Najib menyatakan bahawa UMNO memiliki aqidah sendiri.  Akidah yang dimaksudkan ini bermakna cara hidup gaya UMNO yang pastinya bertentangan dengan Islam, cara berparti UMNO sudah pasti bertentangan dengan yang dikehendaki Islam.  Kalau beginilah cara UMNO maka ia telah tersasar daripada Islam.  Kenapa Presiden UMNO tidak ikut Aqidah Islam yang dibawa Nabi Muhammad saw?

     Wahai orang UMNO kenapa lagi anda memilih kesesatan?  Keluarlah dari kesesatan?  Pilihlah jalan Al-Qur'an dan Sunnah.  Hidup anda akan selamat di dunia hingga akhirat.   Jangan dah menyokong pemimpin UMNO kerana undi anda akan mengekalkan mereka dalam kezaliman.

Bacalah dengan tenang bimbingan dari ulama Dato Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan

Salah satu daripada pecahan amal mulia di bulan Ramadhan adalah beri’tikaf dan bertafakur.  Ketika  melakukan pelbagai muhasabah, maka saya ada terpandang satu ayat yang sedikit mencurigakan.  Ia berbunyi begini:

Perdana Menteri berkata, “kita tidak akan membiarkan Umno dipermainkan dan akidah parti itu dipersoalkan mana-mana pihak.  Jangan persoalkan akidah kita (Umno)”   (Berita Harian 8 September 2009).

Melihatkan kenyataan ini, hati saya tertanya-tanya sama ada bolehkah manusia  atau parti politik membuat akidah?  PAS tidak pernah mencipta akidah.  Islam ini bukan pandai-pandai PAS.   Ia agama yang diturunkan kepada Nabi-Nabi oleh Allah Azzawajalla.   Bermula dari  Nuh a.s., Ibrahim a.s., Musa a.s., Isa a.s. dan Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W.   Apa yang PAS lakukan ialah meniru bulat-bulat  keputusan yang telah dibuat oleh Allah S.W.T.  melalui kalimat syahadah dan tauhid Allah dalam segala segi.   Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

Katakan:  Dialah Allah, Yang Maha Esa
Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu
Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan
Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia.
(Surah Al Ikhlash:  Ayat 1 hingga 4).

Di zaman dahulu, orang merujuk akidah itu sebagai i’tikad.  Ia berasal dari perkataan aqoda dan bermakna ikatan.  Akad nikah adalah ikatan antara A +  B.  Begitu juga dengan akad jual beli. 

Akidah adalah kesimpulan.  Ia persoalan tali pengikat yang menyimpulkan hubungan kita dengan Allah S.W.T.   Orang yang berpegang dengan akidah dinamakan sebagai orang yang mempunyai kesimpulan hidup yang kukuh.  Dalam hal ini Nabi S.A.W. pernah bersabda yang membawa matan, “telah ku tinggalkan engkau dengan dua perkara iaitu Al-Quran dan hadith.  Berpeganglah keduanya dengan tangan kamu sekuat-kuatnya atau gigitlah ia dengan gigi gerham/taring (jika dikhuatiri akan terlucut).”   Kandungan yang terdapat dalam akidah ialah Islam +  Iman.  Ia bertujuan untuk selamat di akhirat.   Bercakaplah sama ada mengenai pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan sosial, taraf hidup atau budaya murni – pada akhirnya, kesemuanya sekali mesti menuju kepada mencari hasanah di akhirat.   Di sini, Umno buat akidah untuk apa? 
Saya cukup hairan bahkan terkejut apabila Presiden Umno tanpa segan silu menggunakan perkataan ‘akidah Umno’.  Sejak bila Umno mencipta akidah?   Jika dia buat sekalipun maka sahlah bahawa akidah jenis ini adalah palsu.  Ia tidak dinilai di akhirat kelak.
Kita perlu cermat untuk membezakan antara dasar atau perlembagaan parti dengan perkara akidah dalam agama.  Saya ingat, ilmuan Islam lebih arif untuk menjelaskan perkara ini.    Inilah puncanya yang selalu saya katakan bahawa pintu rundingan antara PAS dan Umno sudah tertutup rapat.  Apa yang mungkin boleh Umno lakukan ialah menukar dasar daripada kebangsaan kepada dasar Islam.  Dengan cara ini, barulah rakyat  ada keyakinan bahawa Umno ini parti yang sudah mempunyai akidah Islam.   Perubahan dasar ini adalah satu perkara yang sangat mustahak kerana hidup dalam segenap perkara termasuk dasar parti Islam perlu diselaras dengan akidah Islam.   Dasar ini harus berasaskan akidah yang tepat dan diredhai oleh Allah S.W.T. saja akan menuju ke jalan Syurga.   Sebaliknya mana-mana dasar atau parti atau pertubuhan yang tidak selaras dengan akidah Islam adalah ditolak.   Perkara akidah ini bukan boleh dibuat oleh mana-mana manusia.  Mana boleh manusia  atau pertubuhan membuat akidah partinya yang sendiri.

Akidah Islam boleh terpancar dalam pelbagai lafaz doanya.   Di dalam doa Iftitah misalnya, terkandung aspek penyerahan menyeluruh terhadap rabb seperti, “sembahyangku, hajiku, segala aktiviti hidupku dan matiku (nyawaku) kerana Allah Taala.”

Begitu juga doa dan zikir-zikir masyhur yang menjadi amalan rata-rata  umat Islam.   Misalnya, selepas sembahyang kita berwirid yang membawa maksud:

a) “Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa dan tiada sekutu bagiNya, semua kerajaan milikNya dan bagiNya segala pujian, Dia menghidup dan mematikan (semua perkara), sedangkan Dia sentiasa hidup dan tidak mati, ditanganNya segala kebaikan dan Dia Maha Berkuasa atas semua perkara.”

b) “Allah telah menjamin aku dan cukuplah Allah bagiku, Allah Maha Mendengar permohonan sesiapa yang bermohon (kepadaNya), tidak ada lagi selain Allah tempat meminta dan berhajat.”

c) “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada seorang lelaki (bapa), ibuku yang juga hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, berlaku ke atasku setiap ketentuanMu, terlaksana ke atasku setiap keputusanMu, aku mohon kepadaMu dengan (berkat) semua nama yang Engkau namakan kepada zatMu atau nama yang Engkau sebutkan di dalam kitabMu atau nama yang Engkau ajarkan kepada sesiapa sahaja dari kalangan makhlukMu atau nama yang Engkau rahsiakannya di dalam ilmu ghaib di sisiMu (aku mohon) agar Engkau menjadikan Al-Quran yang maha agung sebagai sumber ketenangan bagi hatiku, cahaya penglihatan mataku, menghapuskan perasaan dukacita dan sebagai penghalang  kepada perasaan sedih dan gelisah.”

d) “Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang mengetahui perkara yang ghaib dan nyata.  Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”

Dari empat petikan maksud doa-doa di atas, sangat jelas konsep tauhid yang mengEsakan Allah.   Dialah sumber kekuasaan, satu-satunya tempat ketaatan dan titik tumpuan dalam pengabdian makhluk.   Ini bukan soal 1Malaysia kerana Islam mengajar kita bahawa tiada zat dan tiada Tuhan yang wajib dan boleh atau wajar disembah melainkan Allah Yang Maha Besar.

Jika mahu bercakap soal perpaduan dan penyatuan, maka inilah titik penyatuan  dasar yang saya selalu sebutkan. Ertinya, jika Umno kononnya ikhlas untuk  melakukan kerjasama demi kepentingan masa depan Islam dan ummah di negara ini, maka Umno perlu bersedia terlebih dahulu untuk mengubah dari dasar kebangsaan kepada dasar Islam.  

Jika betullah nak jaga Islam, PAS lah partinya yang menjadi pilihan kerana dasar PAS sejak awal lagi ialah Al-Quran dan Hadith. Ini berlaku sejak penubuhannya di Pulau Pinang pada tahun 1951 lagi.  Ini berikutan alim ulama’ dalam Umno keluar dari Umno untuk menubuhkan PAS kerana tidak yakin dengan perjuangan Umno yang berfahaman kebangsaan.  Dengan latar belakang ini  semua orang harus  masuk PAS untuk bersama dengan PAS.  Tidak timbul soal PAS dipelawa untuk bersama dalam Kerajaan Perpaduan demi kononnya untuk masa depan Islam dan ummah di negara ini.   Ini bukan isu.

Kelantan sudah hidup hampir 20 tahun di bawah dasar Islam dan kami tidak mempunyai  apa-apa masalah.  Bahkan secara hikmah dan istiqamah, kami telah secara berperingkat-peringkat sedang menukar pemikiran rakyat (brainwash) daripada menjadi pak turut kepada cara hidup mat saleh secara membabi buta kepada menjadi pak turut kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Saya sesungguhnya tidak faham dengan pendirian Umno yang mengaku Islam tetapi dalam masa yang sama menolak IslamPada saya, Islam jenis ini setaraf dengan penduduk setinggan yang menduduki sesuatu tempat secara haram.  Jika rumah setinggan didirikan di atas bahu jalan atau tanah-tanah kerajaan yang lain maka pihak kerajaan ada hak untuk meroboh, menghalau atau mengenakan denda.  Sikap pemimpin Umno boleh kita analogikan seperti kes setinggan ini.   Kita kena faham bahawa kita menumpang bumi Allah dan sedang menggunakan segala kemudahan yang Allah sediakan.  Jadi, sepanjang masa dalam hidup kita, kita telah termakan budi dan berhutang budi. Jika kita sedar yang kita menumpang bumi Tuhan, maka kita kenalah patuh kepada undang-undang dan peraturan Pemiliknya. 

Jadi jelaslah bahawa dalam hidup kita ini, hanya terdapat satu sahaja akidah iaitu akidah Islam.   Jika ada juga akidah lain yang didakwa oleh sesiapa, maka sahlah ia adalah akidah bertaraf setinggan.  Percubaan  Umno yang membangkitkan rundingan mengenai masa depan Islam dan ummah di negara ini adalah cerita lama.   Umumnya, rata-rata pemimpin PAS, sudah  tidak lagi berminat dengan gimik-gimik kabur yang seumpama ini.  Hanya orang PAS yang tidak mahir dengan gelagat lawan sahaja boleh keliru dengan permainan yang sedemikian.   Pada saya, apa yang ada di hadapan cukup jelas.  Sambil menegur dan berdakwah untuk saling ingat-mengingati dalam bulan Ramadhan yang sangat mulia ini,  saya perlu memberitahu bahawa kami sedang melangkah dan akan terus  melangkah.   Kami menuju bulan purnama.


Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menteri Besar Kelantan.


Bertarikh: 20 Ramadhan 1430 / 10 September 2009

Read more...

UMNO TALIBARUT ISRAEL

>> Jumaat, Mac 26, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 29

UMNO TALI BARUT ISRAEL

Firman Allah Surah Al-Maidah ayat  51



Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat (pelindung), kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.

Chinese
信道的人們啊!你們不要以猶太教徒和基督教徒為盟友。他們各為其同教的盟友。 你們中誰以他們為盟友,誰是他們的同教。真主必定不引導不義的民眾。 
Tamil 
முஃமின்களே! யூதர்களையும், கிறிஸ்தவர்களையும் உங்களுடைய பாதுகாவலர்களாக ஆக்கிக் கொள்ளாதீர்கள். (உங்களுக்கு விரோதம் செய்வதில்) அவர்கள் தம்மில் சிலர் சிலருக்குப் பாதுகாவலர்களாக இருக்கின்றனர். உங்களில் எவரேனும் அவர்களைப் பாதுகாவலர்களாக ஆக்கினால் நிச்சயமாக அவரும் அவர்களைச் சேர்ந்தவர்தான். நிச்சயமாக அல்லாஹ் அநியாயக்கார மக்களுக்கு நேர்வழி காட்டமாட்டான்.
 (Al Maidah 51)

     Ayat diatas dengan jelas ditujukan kepada orang yang beriman.  Tugas dan tanggungjwab orang beriman itu ialah supaya jangan mengambil orang yahudi dan nasrani sebagai pelindung.  Perkataan auliya' datang dengan makna yang terbuka dan umum.  Sedangkan perkataan yahudi dan nasrani datang dengan makna khas tidak lain bangsa yahudi dan nasrani.

     Perkataan auliya' boleh membawa makna kawan dan rakan atau perancang strategi dan memberi bantuan-bantuan. Berdasarkan kepada sirah Nabi Muhammad saw nanti ada ulama UMNO berhujah kononnya yang menunjukkan jalan kepada Nabi Muhammad saw adalah yahudi.  Waktu itu belum ada ayat turun yang melarang Nabi Muhammad saw berbuat demikian.  Maka pada ketika ini adalah dilarang sama sekali orang yang beriman mengangkat yahudi dan nasrani sebagai penolong.  Orang UMNO mengaku bahawa mereka beriman tetapi apakah yang dilakukan oleh Presiden UMNO.

     Sebagai PM merangkap Presiden UMNO melantik sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika dan mempunyai hubungan dengan zionis-Israel.  Mahathir sendiri pernah berutus surat dengan Ehud Barak Menteri Pertahanan Israel.  Inilah kerja  UMNO.

     Tetapi apabila pemimpin UMNO ceramah di kampung mereka kata "kita akan terus mempertahankan Melayu"  Inilah hipokritnya pemimpin UMNO.  Fikir-fikirkan.  Wahai rakyat,  Jangan terus tertipu dengan tipu daya pemimpin UMNO.  Mereka kata lain tetapi yang dibuat lain.  Mahukah anda terus tertipu?  Keluarlah dari kepompong UMNO.


Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 25 Mac: Keputusan kerajaan melantik Apco Worldwide sebagai syarikat perunding komunikasi 1Malaysia menyerlahkan Umno sebagai tali barut Israel, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).
Beliau berkata demikian kerana Umno tidak mampu menyatakan komitmennya terhadap syarikat tersebut walaupun syarikat itu dikatakan umum sebagai pro zionis Israel.
"Ini serlahkan bahawa Umno adalah tali barut Yahudi zionis kerana dia (Umno) tak boleh menyatakan pendirian (tentang Apco)," jelas beliau petang tadi.
Tidak cukup dengan itu, kata beliau, tidak mustahil kerajaan Malaysia turut memberikan maklumat yang strategik pada Apco kerana Apco tidak berupaya memberikan nasihat yang strategik.
"Kalau Umno tidak diberi maklumat yang strategik seperti demografi negara, bagaimana Apco nak beri nasihat supaya Najib dilihat baik, 1Malaysia direalisasikan.
"Dengan maklumat strategik ini, bermakna keselamatan negara sendiri terdedah pada pihak luar,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau menyuarakan rasa curiga pada kerajaan kerana melantik Apco secara tender yang eksklusif sedangkan Apco dibayangi oleh beberapa pemimpin zionis Israel seperti Shimon Stein (bekas Duta Kehormat Israel ke Jerman), Profesor Ittamar Rabinovich (bekas Duta Besar Israel ke Amerika Syarikat), Doron Bergerbest-Eilon (bekas Jeneral Major di Agensi Keselamatan Israel, ISA), David Heral (anggota perisik di ISA), Oded Raz (bekas Pegawai Kanan di ISA) dan Elliott Abrams (proksi Yahudi, bekas pembantu khas kepada Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush).
"Kesemua mereka jelas pro zionis Israel, sebab itu rakyat perlu diberitahu atas asas apa mereka ini dipilih," jelasnya.
"Dengan pemilihan Apco ini, apakah membabitkan individu di dalam kerajaan sendiri kerana ini bukan tender terbuka, dilanti khusus untuk perbaiki imej Najib."
Ekoran itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, tindakan kerajaan itu seolah-olah tidak mengiktiraf kelayakan beberapa syarikat perunding tempatan yang sebenarnya mempunyai kelayakan dan wajar diberi peluang.
Bercakap di Dewan Rakyat, beliau turut menasihatkan kerajaan supaya tidak mendapatkan khidmat nasihat daripada syarikat yang dipercayai umum pro zionis Israel itu.
Ini kerana, beliau berkata, Israel pernah menggunakan maklumat komunikasi daripada agensi komunikasi Amerika Syarikat  untuk turut serta secara tidak langsung dalam Perang Teluk pada 1988 lalu, bagi mengenakan Iraq.

Read more...

UMNO MENGHALALKAN JUDI

>> Khamis, Mac 25, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 28

UMNO MENGHALALKAN JUDI - MENAMBAH CABUTAN BERTUAH DAN TIDAK MENGURANGI LESEN JUDI

FIRMAN ALLAH 

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. ... 
(Surah Al Maidah 90)


SESUNGGUHNYA ARAK, DAN JUDI DAN TENUNG NASIB DAN MENYEMBAH BERHALA ADALAH DARI AMALAN SYAITAN

     Allah Taala dengan jelas menyebut bahawa terdapat beberapa perkara yang segera diharamkan oleh Allah iaitu arak, judi, tenung nasib dan penyembahan berhala.  Sesiapa yang melakukan perkara tersebut adalah melakukan dosa disisi Allah.

     Judi adalah suatu penindasan kepada manusia.  Justeru itu Allah mengharamkannya.  Golongan yang terlibat dengan judi biasanya adalah golongan yang miskin.  Dengan suatu harapan bahawa suatu hari nanti dia akan menjadi kaya.  Judi tidak membawa keberkatan dalam rezeki.  Semua harta akan terjual dan tergadai disebabkan oleh perjudian.  Inilah bahana perjudian.

     Suatu masa dulu pernah ada seorang menteri kabinet UMNO-BN yang kalah main judi di London.  Jutaan ringgit.  Inilah akibat perjudian.  Tanpa mengira pangkat dan derjat semuanya akan tunduk di bawah budaya jahat judi.  Apakah ini yang hendak dibina oleh UMNO dalam masyarakat.

     Saya ingin memetik laporan harakah daily dalam perbahasan di Parlimen.  Wahai ahli UMNO, para ustaz UMNO dan para penyokong UMNO bacalah petikan dibawah.  Lihat bagaimana PM merangkap Presiden UMNO terus mempertahankan judi tanpa mengira sentimen orang yang beriman.  Bila PM merangkap Presiden UMNO kata semua MP UMNO tak dapat nak kata apa-apa.

     Wahai orang Melayu yang beriman jangan le kamu undi pemimpin UMNO kerana mereka terus melaksanakan perkara mungkar.  Mengundi pemimpin UMNO bermakna anda melakukan suatu akad menyokong segala kemungkaran.  Bebaskan diri anda dari perkara mungkar.  Anda mampu melaksanakannya.
 
Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 24 Mac: Pakatan Rakyat akan menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendesak kerajaan mengawal pengeluaran lesen judi kepada syarikat-syarikat perjudian dan berharap Umno turut menyokongnya.
Memorandum yang akan diminta untuk ditandatangani oleh semua ahli parlimen (MP) Pakatan Rakyat itu juga bagi mendesak kerajaan membatalkan cabutan khas atau 'special draw' yang dikeluarkan pada tahun ini.
Desakan itu ekoran jawapan Najib yang juga Menteri Kewangan kepada dua soalan Lok Siew Fook (DAP-Rasah) di Dewan Rakyat pada 18 dan 22 Mac.
Bercakap dalam satu sidang media di lobi parlimen (gambar) pagi ini, Siew Fook berkata, tindakan kerajaan itu akan memberikan impak yang besar kepada masyarakat.
"Kita akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri dan akan meminta tandatangan semua ahli parlimen dan kita harap ahli parlimen Umno yang memperjuangkan agama, bangsa, dan negara akan menyokong memorandum bagi mengurangkan perjudian di negara kita.
"Pakatan Rakyat berpendapat kerajaan tidak sepatutnya menambah hari cabutan khas ini kerana ini menyebabkan masyarakat kita lebih banyak mengeluarkan wang untuk dipertaruhkan dalam perjudian dan memberi impak kepada masalah sosial yang semakin meningkat hari ini.
"Pakatan Rakyat mahu kerajaan menghapuskan kesemua cabutan khas ini dan. Kita juga berpandangan kerajaan seharusnya mengurangkan hari perjudian daripada tiga kali seminggu kepada dua kali seminggu," katanya.
Beliau juga berkata, tindakan kerajaan yang menggunakan cukai judi dan duti pertaruhan untuk pengurusan negara membuktikan kewangan negara berada di tahap yang teruk.
"Kerajaan kata nak salurkan hasil cukai ini kepada satu dana khas tapi sekarang mereka guna pengurusan negara menujukkan kerajaan sudah tidak ada duit," katanya.
Sementara itu, Dr Dzulkifly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) membawa suara rakyat kaum Tionghua di kawasannya yang meminta beliau menyuarakan di Parlimen agar meminta kerajaan mengurangkan hari perjudian daripada tiga kali kepada dua atau sekali seminggu.
"Penduduk Tionghua yang berkerja sebagai nelayan di kawasan saya mahu kerajaan mengurangkan hari perjudian ini. Kerajaan membenarkan hari untuk berjudi sebanyak tiga kali seminggu menunjukkan wang diperas dari rakyat.
"Bila ada peluang untuk menjadi kaya dengan cara yang cepat, sudah pasti ramai yang tertarik untuk mempertaruhkan wang mereka untuk berjudi," katanya.
Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) pula menegaskan, tindakan kerajaan mengutip cukai hasil perjudian dan menambah cabutan khas pada setiap tahun adalah langkah terdesak kerajaan akibat ketiadaan sumber kewangan.
"Kelihatannya membenarkan lebih banyak cabutan khas ini adalah satu langkah terdesak kerajaan untuk meningkatkan pendapatan cukai negara. Jalan pintas ini sangat tidak munasabah kerana akan menimbulkan kesan sosial yang tidak baik,” katanya.
Najib dalam jawapannya kepada soalan Siew Fook pada 22 Mac memberitahu, jumlah cukai perjudian dan duti pertaruhan yang diterima kerajaan daripada semua operator nombor ramalan (NFO) pada 2009 berjumah RM1,199,574,646.73.
Jumlah kutipan tertinggi ialah daripada syarikat Sports Toto.
Manakala bagi soalan Siew Fook pada 18 Mac mengenai tindakan kerajaan meluluskan 60 cabutan khas untuk tahun 2010, Najib memberitahu, hasil cukai yang dikutip oleh kerajaan memainkan peranan penting dalam memastikan semua program dan aktiviti pembangunan dan perbelanjaan mengurus negara dapat dilaksanakan seperti yang dirancang bagi memastikan objektif pertumbuhan ekonomi negara dapat dicapai.
Beliau turut meminta semua pihak menyokong sebarang aktiviti yang dikawal oleh kerajaan yang dapat meningkatkan hasil negara.
Saifuddin sewaktu membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong semalam turut membangkitkan perkara itu dan meminta penjelasan daripada Menteri Kewangan

Read more...

UMNO REDHA DGN DASAR HIBURAN YANG MELAGHOKAN

>> Rabu, Mac 24, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE-27

UMNO REDHA DGN DASAR HIBURAN YANG MELAGHOKAN

FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AL MU'MINUN AYAT 1-3

 Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, 

Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; 
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; 

"BERUNTUNG MENJADI ORANG YANG BERIMAN, DAN IAITU YANG KHUSYU' DALAM SOLATNYA DAN IAITU MENJAUHI DARI PERBUATAN LAGHO (TIDAK BERMANFAAT)


     Dari tafsiran ayat diatas bahawa orang yang beriman mestilah mengelak dirinya dari terbabit dengan perkara yang melalaikan.  UMNO mencipta dan merelakan perbuatan lagho terus mempengaruhi orang melayu.  Dasar hiburan tidak pernah diIslamkan.  Dasar hiburan yang melalaikan diteruskan oleh UMNO.  UMNO membina masyarakat yang semakin jauh daripada Islam.

     Filem-filem yang melalaikan terus ditayangkan di RTM.  Yang ditapis hanyalah adegan-adegan yang memberahikan.  Namun peluk dan ciuman masih terus berlaluasa dalam setiap tayangan.  Perempuan yang mendedahkan aurat masih menjadi keutamaan tayangan. 

     Yang dikatakan Islam dalam siaran TV
1)     Azan dan doa
2)    Forum Perdana
3)    Interaktif Al-Qur'an (waktu siaran bukan waktu perdana)
4)    Doa penutup siaran

    Tayangan filem P. Ramli, Hindustan, Hong Kong, Bollywood, Hollywood, Indonesia,  masih menguasai siaran TV Malaysia.  Tayangan-tayangan ini akan terus melalaikan umat daripada berjihad untuk Islam.  Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa perkara yang melalaikan yang diwujudkan TV adalah besar dan berkesan dalam pembinaan masyarakat Islam.  Sepatutnya tayangan ini diganti dengan siaran yang lebih bermanfaat.  Semua filem P Ramli telah mati dan sepatutnya sudah tidak disiarkan lagi.  Hormatilah orang yang mati.

     Berdasarkan kepada konteks pembinaan perkara lagho yang dibuat UMNO sudah pasti ianya mestilah dijauhi.  Gandingan amar ma'ruf dan nahi mungkar cukup jelas di dalam Al-Qur'an dan Sunnah.  UMNO tidak mendokong keluhuran Al-Qur'an.  Malahan UMNO terus menjadi penayang kepada perkara yang melalaikan dan mungkar.

    Jauhi UMNO.  UMNO mendokong mungkar.  Sedangkan mungkar dalam Islam mestilah dicegah.  Segeralah berubah dan tidak lagi mengundi UMNO agar boleh dilaksanakan perubahan ini.  Sekiranya anda mengundi lagi pemimpin UMNO maka anda mendokong perkara mungkar yang disiarkan UMNO.

Read more...

UMNO MENCIPTA AJARAN SESAT - ISLAM HADHARI

>> Selasa, Mac 23, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 26

UMNO MENCIPTA AJARAN SESAT - ISLAM HADHARI

FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AL-IMRAN AYAT 19



Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. 

Chinese
真主所喜悅的宗教,確是伊斯蘭教。曾受天經的人,除在知識降臨他們之後,由於互 相嫉妒外,對於伊斯蘭教也沒有異議。誰不信真主的蹟象,(真主不久就要懲治誰),因為真主確是清算神速的。 
Tamil 
நிச்சயமாக (தீனுல்) இஸ்லாம் தான் அல்லாஹ்விடத்தில் (ஒப்புக்கொள்ளப்பட்ட) மார்க்கமாகும்;. வேதம் கொடுக்கப்பட்டவர்கள் (இதுதான் உண்மையான மார்க்கம் என்னும்) அறிவு அவர்களுக்குக் கிடைத்த பின்னரும் தம்மிடையேயுள்ள பொறாமையின் காரணமாக (இதற்கு) மாறுபட்டனர்;. எவர் அல்லாஹ்வின் வசனங்களை நிராகரித்தார்களோ, நிச்சயமாக அல்லாஹ் (அவர்களுடைய) கணக்கைத் துரிதமாக முடிப்பான்.
 
"SESUNGGUHNYA AGAMA YANG DIREDHAI DISISI ALLAH IALAH ISLAM"

     Berdasarkan ayat di atas adalah jelas bahawa hanya agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw sahaja agama yang benar dan diterima oleh Allah.  Jelas ciri agama yang di bawa oleh Nabi Muhammad saw

1)    agama ini dinamakan oleh Allah ialah Islam
2)    Islam adalah agama untuk seluruh manusia hingga akhir zaman, hingga hari Qiamat
3)    Islam sudah lengkap dan syumul dan tidak memerlukan sebarang tokok tambah
4)    Rasul kepada Islam yang terakhir ialah Muhammad saw
5)    Al-Qur'an adalah kitab yang terakhir yang diturunkan Allah kepada umat manusia hingga hari Qiamat

     UMNO menyesatkan umat ini dengan

1)     menokok tambah nama kepada agama yang turunkan Allah.  Alasan yang diberikan oleh pemimpin UMNO supaya negara ini tidak dikaitkan dengan extremism

2)     Sekiranya Islam memerlukan tokok tambah maka lemahlah Allah yang disembah kerana ada pendapat untuk mengelokkan Islam iaitu dengan nama Islam hadari.  Islam hadari adalah sesat ciptaan UMNO.

3)     Isi kandungan kitab Al-Qur'an ditambah dengan budaya Islam Hadhari.  Tokok tambah ini adalah sangat mengelirukan dan menyesatkan

4)     Apabila Abdullah Badawi melancarkan Islam Hadhari maka berkemundangkan di seluruh negara tentang Islam Hadhari.  Seluruh negara mencanangkan Islam Hadhari.

5)     Islam Hadhari adalah nama yang diubah dari nama asalnya Islam.  Ini sudah berlaku di India dengan dijenamakan semula Islam iaitu Din Ilahi dan lain-lain nama.

     UMNO tidak sekadar menjenamakan semula Islam.  Tetapi menggunakan jutaan wang rakyat untuk menanamkan bahawa adanya suatu jenama baru Islam iaitu Islam Hadhari.  Kursus, bengkel diadakan diseluruh negara bagi meyakinkan orang Islam di Malaysia. 

     Paling asas ialah umat yang suka membuat perubahan terhadap agamanya ialah orang Yahudi dan Nasrani.  Yahudi ada kitab taurat, para ulama Yahudi mengubah mengikut selera umat Yahudi pada ketika itu. Bangsa Yahudi kemudiannya dilaknat oleh Allah melalui lisan Nabi Daud.

     Nasrani ada kitab Taurat, ulama Nasrani mengubahnya mengikut kemahuan selera bangsa Nasrani.  Bangsa Nasrani yang mengubah kitab Injil juga kemudiannya dilaknat oleh Allah melalui lisan Nabi Isa.

     UMNO ada kitab Al-Qur'an yang di dalamnya jelas menyebut agama akhir zaman ialah Islam, mengubahnya dan menjenamakan semula mengikut selera kini dengan Islam Hadhari.   Lalu apa bezanya antara UMNO dengan yahudi dan nasrani.

Fikir-fikirkan.  Apakah anda termasuk daripada manusia dilaknat Allah?  Jauhi UMNO.  Yang sudah menjadi ahli segera berhenti dari UMNO kerana UMNO mencipta kesesatan.  Jangan lagi undi pemimpin UMNO kerana mereka mencipta kemungkaran.

Read more...

UMNO MELIBERALKAN AJARAN ISLAM

>> Isnin, Mac 22, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 25

UMNO MELIBERALKAN AJARAN ISLAM

FIRMAN ALLAH TAALA DALAM SURAH AL-BAQARAH AYAT 151



 " SEBAGAIMANA KAMI TELAH MENUTUSKAN KEPADA KAMU SEORANG RASUL DARI KALANGAN KAMU YANG MEMBACAKAN AYAT-AYAT KAMI DAN MENSUCIKAN KAMU DAN MENGAJARKAN KEPADA KAMU AL-KITAB DAN HIKMAH"
Chinese
猶如我派遣你們族中的一個使者來教化你們,對你們宣讀我的跡象,熏陶你們,教 授你們天經和智慧,並將你們所不知道的教訓你們。
Tamil
இதே போன்று, நாம் உங்களிடையே உங்களிலிருந்து ஒரு தூதரை, நம் வசனங்களை உங்களுக்கு எடுத்து ஓதுவதற்காகவும்; உங்களைத் தூய்மைப்படுத்துவதற்காகவும்; உங்களுக்கு வேதத்தையும், ஞானத்தையும் கற்றுக்கொடுப்பதற்காகவும்; இன்னும் உங்களுக்குத் தெரியாமல் இருந்தவற்றை, உங்களுக்குக் கற்றுக் கொடுப்பதற்காகவும் அனுப்பியுள்ளோம்.
    Al Baqarah 151

Dari ayat Allah Taala memaklumkan kepada seluruh manusia untuk mengikuti ajaran Rasul.  Bahawa seluruh ajaran Rasul adalah benar datang daripada Allah.  Tiada ada satupun ajaran Rasul dalam bab agama datang daripada Rasul sendiri.  Dalam ayat diatas antara tugas Rasul ialah
1)     membacakan keterangan ayat Allah
2)     mensucikan manusia daripada syirik kepada Allah. Mengajak manusia melakukan penyembahan hanya kepada Allah yang esa.
3)     mengajarkan kepada manusia isi Al-Kitab (Al-Qur'an)

     Agama yang dianuti manusia mestilah beracuan dengan acuan yang dibawa oleh Rasullullah saw. Manusia tidak boleh memandai-mandai membuat dasar agama melainkan mengikuti ajaran Rasul.  Solat sahaja sudah ditegaskan oleh Nabi Muhammad saw melalui sabdanya yang bermaksud " Solatlah kamu sepertimana kamu tengok aku solat"  Dari hadis ini jelas bahawa segala yang berbentuk agama mestilah mengikuti ajaran yang dibawa Nabi Muhammad saw.

     UMNO menyokong ajaran Islam yang liberal.  Melalui Sister In Islam (SIS) ajaran Islam liberal dikembangkan.  Siapa dia dibelakang SIS?  Mereka yang menjadi ahli kumpulan ini adalah antaranya anak-anak bekas PM.  Pertubuhan ini tidak disiasat oleh KDN dan Majlis Agama Negeri kerana membawa ajaran sesat.

    Antara ajaran yang hendak diliberalkan oleh SIS ialah mereka hendak supaya
1)     kuasa cerai dalam Islam tidak hanya dimenopoli oleh lelaki tetapi juga mestilah diberikan kuasa cerai tersebut kepada orang perempuan
2)     Khatib Jumaat dan Imam Jumaat juga janganlah dimanopoli oleh lelaki tetapi mestilah juga diberikan kepada orang perempuan
3)     tidak setuju dengan pelaksanaan hukum syariah

dan banyak lagi.  Jelas UMNO tidak pernah menyekat pertubuhan seperti ini.  Majlis agama Islam juga hanya berdiam diri.  Tidak ada pemimpin SIS yang ditahan di bawah Akta ISA.  UMNO hanya membiar sahaja.  Inilah pendirian UMNO sebenarnya.  UMNO memang tidak mahu mengikut acuan yang telah ditetapkan Rasul.

   Antara ahli UMNO ada juga  yang anti hadis.    Wahai para ustaz dan ustazah UMNO kenapa anda masih bergelumang dengan UMNO?
       
Oleh yang demikian jauhi diri anda dari UMNO.  Ia adalah barah yang akan menjauhi anda dari syafaat Nabi Muhammad di akhirat.  Termasuk jangan anda mengundi para pemimpin UMNO.  Undi anda bermakna anda meredhai golongan anti hadis.

Read more...

MAJLIS IFTAR JAMA'IY DAN HADIS IMAM BUKHARI

>> Ahad, Mac 21, 2010

MAJLIS IFTAR JAMA'IY DAN HADIS IMAM BUKHARI

TARIKH : 1 APRIL 2010
TEMPAT : PUSAT TARBIYAH PAS CHEMOR
MASA : 6.30 PTG - 9.30 MALAM

ATURCARA MAJLIS
6.30 PTG     -     BACAAN YASIN DAN AL-MA'THURAT
7.28  MLM  -    IFTAR DAN SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH
                    -     HURAIAN AYAT AL-MU'MININ (UST WAN)
                          HADIS IMAM BUKHARI (UST ZAKI AL-MISRI)
9.30 MLM   -    SOLAT ISYA BERJEMAAH DAN BERSURAI

 TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN, MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR.  dIGALAKKAN BERPUASA PADA HARI TERSEBUT.  HADIR DAN SEBARKAN MAKLUMAT INI.

Read more...

UMNO-BN GASAK SEMUA TEMPAT (GST)

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 24

UMNO-BN  TIDAK MENDAHULUKAN RAKYAT DALAM 
GST (GASAK SEMUA TEMPAT)

FIRMAN ALLAH SURAH YUSUF 47



Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.
Chinese
他說:「你們要連種七年,凡你們所收獲的麥子,都讓它存在穗子上,只把你們 所吃的少量的麥子打下來。 
Tamil 
"நீங்கள் தொடர்ந்து ஏழு ஆண்டுகளுக்கு (நல்லபடியாக) விவசாயம் செய்வீர்கள்; பிறகு நீங்கள் அறுவடை செய்த - (விளைச்ச)லில், நீங்கள் உண்பதற்கு வேண்டிய ஒரு சிறிய அளவைத்தவிர, அதனை அதற்குரிய கதிர்களிலேயே விட்டு வையுங்கள்.
 Surah Yusuf (ayat 47)

     Inilah pengurusan negara yang telus.  Islam menunjukkannya melalui pengalaman Nabi Yusuf menjaga dan mentadbir perbendaharaan negara Mesir.  Selamat negara Mesir daripada kemarau panjang.  Nabi Yusuf menghadapi fitnah tuduhan yang menyebab dia dipenjara.  Sedang Nabi Yusuf di penjara, Raja Mesir bermimpi dengan mimpi yang pelik.  Cerita mimpi Raja Mesir dan siri ta'wilnya adalah panjang.  Rujuk cerita Nabi Yusuf

     Namun pengajaran yang dapat diambil ialah

1)   Kemarau yang panjang -  itu cerita zaman Nabi Yusuf.  Zaman ini negara sudah ketiadaan wang kerana budaya rasuah pemimpin UMNO yang berleluasa.  
2)   Cara mengatasi kemarau panjang - bersungguh-sungguh menanam bijiran.  Ini adalah cerita Nabi Yusuf. Zaman ini kaedah mudah ialah mengenakan GST (Gasak Semua Tempat)
3)    Menteri Kewangan Negara Mesir pada ketika itu ialah Raja Mesir melantik Nabi Yusuf sendiri untuk mengetuai perbendaharaan Mesir.  Kualiti kejujuran, ketaqwaan sudah diuji oleh Allah.  Nabi Yusuf digoda oleh isteri pembesar ditolak godaan itu dan terpaksa ke penjara.  Nabi Yusuf ke penjara kerana menolak godaan isteri pembesar.
    Hari ini yang menjaga perbendaharaan negara ialah menteri kabinet UMNO-BN yang bercelaru nilai sejarah hidup mereka.  Kecelaruan ini tidak mungkin akan dapat membantu negara.  Itu sebab tidak ada cara lain melainkan menekan rakyat.  Maka datanglah cadangan GST.


     Rakyat terus ditekan.  Inilah sahaja kaedah pemimpin UMNO.  Subsidi barangan untuk rakyat terus ditiadakan.  Apabila subsidi barangan keperluan rakyat ditiadakan maka harga barangan akan naik.  GST ialah kaedah rakyat beli apa sahaja barang maka akan dikenakan tax. Tanpa mengira kedai kecil atau besar.  Sudah pasti rakyat akan terus terbeban.  Inilah kaedah UMNO-BN.  Apabila duit PETRONAS kurang maka dinaikkan harga minyak.


    Kerajaan UMNO-BN  kata dengan GST harga barangan akan turun.  Di mana kebenarannya?.  Betul-betul UMNO-BN pembohong. Apabila beli barang maka dihujung akan dikirakan tax.  Beli biasa barang tiada tax,  kali ini dikenakan tax.  Bila dikenakan tax maka pembayaran telah bertambah.  Biasa beli barang RM 10.  Bila GST dikenakan maka bayaran kini jadi RM10.40 (kalau tax 4 %).  Rakyat telah membayar kepada kerajaan pertambahan harga barangan 40 sen.  Pertambahan inilah UMNO-BN kata GST tidak membebankan.  Betul-betul UMNO pembohong.  Ini yang melibatkan rakyat.


   Untuk cukai korporat,  kerajaan UMNO-BN cadang nak turunkan kerana pelaksanaan GST.  UMNO-BN pentingkan korporat.  Inilah Dasar UMNO-BN, mengaut jerih payah rakyat dan berikan keuntungan itu kepada golongan korporat. 


    Dulu ada kisah Robin Hood, dia ambil kekayaan orang kaya dan hadiahkan kepada orang miskin.  Tetapi hari ini terbalik.  Kekayaan orang miskin dikaut oleh kerajaan UMNO-BN dan diberikan faedahnya kepada orang kaya.  Maka jadilah orang kaya terus kaya dan yang miskin papa kedana.


    Wahai rakyat janganlah undi UMNO-BN.  Mereka memerah keringat rakyat yang kemudiannya diberikan kepada kroni UMNO.  Dalam Pilihanraya Umum ke 13 berilah undi kepada Pakatan Rakyat yang lebih telus dalam membantu rakyat.

Read more...

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP