UMNO MENGGUNAKAN KUASA MENGKHIANATI AGAMA
>> Khamis, Mac 11, 2010
ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 14
UMNO MENGGUNAKAN KUASA MENGKHIANATI AGAMA
MENGHAPUSKAN TULISAN JAWI
مڠهاڤوسکن توليسن جاوي
UMNO adalah parti yang berasaskan bangsa Melayu. Tulisan bangsa Melayu adalah jawi. Dari turun temurun tulisan jawi digunakan dalam tamadun Melayu. Malahan tulisan jawi di tambah dengan huruf "nya", 'cha' dan 'gha'.
Tulisan jawi adalah selaras dengan tulisan Al-Qur'an. Justeru tiu generasi sebelum kita tidak pernah mengalami buta Al-Qur'an. Ini kerana amalan harian dalam rumah adalah tulisan jawi. Akhbar dicetak dengan tulisan jawi. Kitab Al-Qur'an juga ditulis dengan huruf hijaiyah yang sepadan dengan huruf jawi. Inilah keunggulan generasi silam sekitar tahun 60-an.
UMNO menjadi pengkhianat dengan menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968.
Dengan penghapusan tulisan jawi maka
1) tiada akhbar dalam jawi kini.
2) buta jawi di kalangan generasi muda
3) buta Al-Qur'an dan Hadis
4) generasi muda hari ini ramai yang tidak terikat dengan Al-Qur'an dan Hadis
5) yang paling parah generasi muda tidak kenal huruf hijaiyah. Alif, ba' , tidak dikenali. Mereka lebih kenal huruf rumi
UMNO rasa tidak bersalah dengan wujud generasi buta Al-Qur'an. Inilah pengkhianatan UMNO kepada agama. Mereka menggunakan kuasa bukan untuk menguatkuasakan pendidikan beragama tetapi menggunakan kuasa untuk menghancurkan agama. Maka datang budaya negatif dadah, dedah, lepak, bohsia, perzinaan, anak luar nikah kerana timbul dari pengkhianatan ini. Budaya negatif kerana generasi muda terlepas dari ikatan keagamaan dalam kehidupan.
Islam dengan jelas meletakkan bahawa kuasa mestilah dipergunakan untuk memperkukuh nilai KeIslaman dalam masyarakat. Penguatkuasaan ini tidak sama sekali menafi hak kaum lain. Tidak salah kaum lain boleh membaca jawi. Tidak salah juga dengan boleh membaca jawi maka Al-Qur'an turut juga boleh dibaca. Bagaimana peradaban hendak dibina sedang salah satu dari sendi tamadun itu telah dikhianati oleh UMNO?
Bagaimana anda? Sekiranya anda adalah pengundi Melayu yang mengundi BN apakah anda akan mengundi lagi BN? Sekiranya anda mengundi juga BN bermakna anda redha dengan pengkhianatan ini. Sekiranya anda mengundi BN lagi bermakna anda redha dengan dasar penghapusan tulisan jawi yang melepas ikatan keagamaan dalam kehidupan. Entah apa lagi pengkhianatan yang UMNO-BN akan buat sekiranya orang melayu mengundi BN. Maka hentikan mengundi BN lagi. Terjemahkan sokongan anda kepada parti-parti dalam Pakatan Rakyat dengan mengundi pemimpin dari Pakatan Rakyat. Anda mampu mengubahnya. Menentang kemungkaran adalah tanggungjawab bersama.
7 komen:
Tamadun Islam menyebut Alam Melayu sebagai Tanah Jawi. Kehadiran ulama sekitar kurun 14-15 mensesuaikan huruf Arab sebagai huruf jawai ditulis dan dibaca dalam bahasa Melayu.
Kurun 15 di Melaka. Makhdum Maulana Abu Bakar dari India memperkenalkan jawi melalui kitab 'Al-Dur Al-Manzum' karangan Sheikh Abu ishaq. Kejatuhan Melaka 1511, Acheh menjadi pusat utama perkembangan tulisan Jawi. Antara tokoh-tokoh terulung tulisan jawi ialah:
Sheikh Nur Al-Din al-Raniri (ulama India)1517-26
Sheikh Abu al-Khair Ibn al-Imam Inn Hajar (ulama dari Mekah)1582
Sheikh Abdul Raof Singkel, Sumatera 1661
Antara kitab pertama dijawikan (diMelayukan):
Taj Al-Salatin oleh Sheikh Nur Al-Din
Tuhfat al Tullab oleh Sheikh Abdul Raof
AMAT MALANG SEKALI BILA JAWI DIKHINATI OLEH INSAN YANG BERJUANG ATAS NAMA MELAYU (JAWI)
UMNO - SALAH GUNA KUASA @ DUNIAWI
PAS - SALAH GUNA AGAMA @ AKHIRAT
Contoh salah guna kuasa - menggunakan untuk rasuah, menggunakan untuk kepentingan diri sendiri (Dosa ditanggung oleh Pemimpin)
Contoh salah guna agama - mengatakan yang Allah mencarut, wujud kalangan khawarij, mencarut2, mengubah fatwa mengikut kepentingan sendiri, tak menunaikan janji dengan betul, suka putar belit, membenarkan perkataan Allah diguna oleh yang bukan Muslim (Dosa ditanggung oleh orang yang menyokong kerana tidak menegah dari memainkan agama Islam)
Teresa Kok dari PKR juga ingin menghapuskan tulisan jawi pada papan-papan tanda di jalanan... kenapa PAS diam membisu?
Kenapa bila Nga Kor Ming dari DAP mempersoalkan peruntukan yang kerajaan Pusat berikan untuk pembinaan masjid, tidak pula PAS membantah malah menyokong pula melalui suara Khalid Samad tu?
Betul ke kalau sokong PAS boleh masuk syurga?
Boleh.... boleh blah!
-Tuan Gurumu-
PAS.. cermin diri sendiri dulu sebelum tuduh UMNO.. selepas gabungan pakatan rakyat.. saya lgsung lg x percaya pd PAS... boleh blah..
hahahaha...tulisan jawi di papan tanda pp anda bersuara ker...tuiiii...celako celako celako
salam...saya bekas pelajar MUC tidak bersetuju dengan tulisan ustaz. Apakah UMNO menghancurkan penulisan jawi? tidak...mungkin ustaz hanya membaca harakah sahaja sampai tidak nampak segmen tulisan jawi dalam akhbar lain. Apakah rakan2 pakatan ustaz memperjuangkan tulisan jawi?PKR?DAP? Ustaz wan ahmad tarmizi...jgn butakan mata...jgn butakan hati... benar kata ulasan diatas...PAS salah guna agama demi kepentingan politik...dah jelas dan nyata ustaz...ingin saya tegaskan PAS bukan parti islam tapi PAS adalah parti politik yang mempersendakan islam...memanipulasi agama demi kepentingan politik..- bekas pelajar MUC 2000-2002
salam..wahai..tanpa nama...knape la yeop pkir sempit sgt...yeop ngaku Islam..mengucap dua kalimah syahadah..setiap hr 5 hari semalam baca al-fatehah dlam solat ...tunjukkn kebenaran...tp teman idak tawu la..cuma teman nk igtkn je yeop....klau UMNO tu betoi la yeop kn...UMNO tu islam..ngapey bini PM x pkai tudung dgn sempurna...ngaku malaysia negara Islam..tp x ikut pe yg Islam nk..cmne kite nk tempuhi akhir hayat kelak..harap yeop fikir2kn...wallahua'alam
Catat Ulasan