UMNO MENGETUAI RAMPASAN KUASA PERAK
>> Sabtu, Mac 06, 2010
ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 9
UMNO MENGETUAI RAMPASAN KUASA PERAK
HUKUM DI SISI AGAMA ADALAH HARAM
UMNO MENGETUAI RAMPASAN KUASA PERAK
HUKUM DI SISI AGAMA ADALAH HARAM
UMNO akan berbuat apa sahaja untuk berkuasa termasuk membuat rampasan kuasa. Dulu di Trengganu (1969). Waktu PM Tun Razak. Kini di Perak (2009) di ketuai oleh Najib anak Tun Razak. Bapak borek anak rintik.
Kenapa rampasan kuasa di Perak haram? Rampasan kuasa di Perak guna 3 strategi jijik
- rasuah dalam bentuk wang - haram di sisi Islam
- rasuah seks wanita dari cina - haram di sisi Islam
- culik dan ugut sehingga keluarga tergugat - haram di sisi Islam. Mereka (katak lompat) tiba-tiba muncul di sisi Najib pada hari pengumuman keluar parti setelah beberapa hari diculik dan diugut
Berdasarkan kepada asas ini maka kesemua yang dilakukan oleh kerajaan rampasan ini adalah haram. Gaji MB - haram, Gaji exco - haram, semua mereka yang mendapat manfaat dari rampasan ini adalah haram. Tamsilan mudah ialah orang yang nak solat maka mereka mestilah berwudu'. Tetapi mereka berwuduk dengan air mutanajis (air bercampur najis). Maka sudah pasti solat mereka adalah tidak sah. Inilah konteks dalam hal rampasan kuasa. Asas pengambilan kuasa adalah haram maka yang mengikutinya adalah haram.
Kenapa Mufti diam? Anda tahu orientasi di Malaysia. Siapa yang berkata benar maka terlucutlah segala kemewahan dunia. Ada orang lebih sanggup melihat saudaranya memakan harta yang haram agar kemewahan yang dimilikinya tidak dihilangkan. Inilah penyakit manusia - cinta dunia takut mati
Islam dengan jelas menentang rampasan kuasa dengan apa cara sekalipun. Islam sangat berpegang dengan amanah. Rakyat telah membuat perlantikan melalui pilihanraya. Itu sebab tahun 1999 Pas menang di Terengganu, pilihanraya 2004 Pas kalah. Namun kekalahan itu tidak pula PAS Terengganu membuat rampasan kuasa di Terengganu. Inilah kemurnian Islam. Sangat berpegang dengan amanah perlantikan rakyat walaupun pilihanraya penuh dengan penipuan.
Selain daripada itu Islam dan penganutnya mahukan sumber rezeki yang halal. Sumber rezeki yang halal akan membawa seseorang terus mengabdi diri kepada Allah. Sumber rezeki yang halal akan melahirkan watak manusia yang benar, jujur dan berintegriti.
0 komen:
Catat Ulasan