UMNO REDHA DGN DASAR HIBURAN YANG MELAGHOKAN
>> Rabu, Mac 24, 2010
ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE-27
UMNO REDHA DGN DASAR HIBURAN YANG MELAGHOKAN
FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AL MU'MINUN AYAT 1-3
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
"BERUNTUNG MENJADI ORANG YANG BERIMAN, DAN IAITU YANG KHUSYU' DALAM SOLATNYA DAN IAITU MENJAUHI DARI PERBUATAN LAGHO (TIDAK BERMANFAAT)
Dari tafsiran ayat diatas bahawa orang yang beriman mestilah mengelak dirinya dari terbabit dengan perkara yang melalaikan. UMNO mencipta dan merelakan perbuatan lagho terus mempengaruhi orang melayu. Dasar hiburan tidak pernah diIslamkan. Dasar hiburan yang melalaikan diteruskan oleh UMNO. UMNO membina masyarakat yang semakin jauh daripada Islam.
Filem-filem yang melalaikan terus ditayangkan di RTM. Yang ditapis hanyalah adegan-adegan yang memberahikan. Namun peluk dan ciuman masih terus berlaluasa dalam setiap tayangan. Perempuan yang mendedahkan aurat masih menjadi keutamaan tayangan.
Yang dikatakan Islam dalam siaran TV
1) Azan dan doa
2) Forum Perdana
3) Interaktif Al-Qur'an (waktu siaran bukan waktu perdana)
4) Doa penutup siaran
Tayangan filem P. Ramli, Hindustan, Hong Kong, Bollywood, Hollywood, Indonesia, masih menguasai siaran TV Malaysia. Tayangan-tayangan ini akan terus melalaikan umat daripada berjihad untuk Islam. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa perkara yang melalaikan yang diwujudkan TV adalah besar dan berkesan dalam pembinaan masyarakat Islam. Sepatutnya tayangan ini diganti dengan siaran yang lebih bermanfaat. Semua filem P Ramli telah mati dan sepatutnya sudah tidak disiarkan lagi. Hormatilah orang yang mati.
Berdasarkan kepada konteks pembinaan perkara lagho yang dibuat UMNO sudah pasti ianya mestilah dijauhi. Gandingan amar ma'ruf dan nahi mungkar cukup jelas di dalam Al-Qur'an dan Sunnah. UMNO tidak mendokong keluhuran Al-Qur'an. Malahan UMNO terus menjadi penayang kepada perkara yang melalaikan dan mungkar.
Jauhi UMNO. UMNO mendokong mungkar. Sedangkan mungkar dalam Islam mestilah dicegah. Segeralah berubah dan tidak lagi mengundi UMNO agar boleh dilaksanakan perubahan ini. Sekiranya anda mengundi lagi pemimpin UMNO maka anda mendokong perkara mungkar yang disiarkan UMNO.
2 komen:
Tahniah Ustaz.Sama-sama kita hapuskan UMNO secepat-cepatnya, agar kita semua selamat di dunia dan akhirat. Takbir.
teruskan jihad dan ajakkan teman dan kawan anda yang UMNO tinggalkan UMNO
Catat Ulasan