#1

UMNO TAK NAK BINCANG ISLAM SECARA TERBUKA

>> Ahad, Mac 28, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 31

PRESIDEN UMNO TAK NAK BINCANG ISLAM SECARA TERBUKA  

FIRMAN ALLAH TAALA DALAM SURAH AN NAHL 125



Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
Chinese
你應憑智慧和善言而勸人遵循主道,你應當以最優秀的態度與人辯論,你的主的 確知道誰是背離他的正道的,他的確知道誰是遵循他的正道的。 
 Tamil 
(நபியே!) உம் இறைவனின் பாதையில் (மக்களை) விவேகத்துடனும், அழகிய உபதேசத்தைக் கொண்டும் நீர் அழைப்பீராக! இன்னும், அவர்களிடத்தில் மிக அழகான முறையில் தர்க்கிப்பீராக! மெய்யாக உம் இறைவன், அவன் வழியைவிட்டுத் தவறியவர்களையும் (அவன் வழியைச் சார்ந்து) நேர்வழி பெற்றவர்களையும் நன்கு அறிவான்.
An Nahl:125


SERULAH KEPADA JALAN TUHANMU DENGAN HIKMAH, DAN NASIHAT YANG BAIK DAN BERDEBATLAH DALAM ADAB YANG BERADAB 
    
     Inilah seruan Al-Qur'an.  Al-Qur'an adalah kitab yang penuh dengan hujah.  Hujah Al-Qur'an dan Sunnah tidak pernah kalah dengan hujah akal.  Malahan hujah akal mestilah sentiasa tunduk, patuh dan taat terhadap kehendak hujah Al-Qur'an. 

Mana-mana manusia yang melampaui hujah Al-Qur'an maka adalah kafir.  Menolak hujah Al-Qur'an dengan pendapat akal yang sangat terhad maka orang yang demikian sifatnya adalah kafir.  Contoh tentang hukum Allah.  Maka sudah pasti Al-Qur'an tidak boleh menerima penangguhan pelaksanaan hukum ini berdasarkan hujah akal.  Akal menghujah penangguhan ini dengan hujah Malaysia adalah masyarakat majmuk.  Ulama su' (yang jahat) kata bahawa Malaysia berada dalam keadaan darurat dan tidak wajib melaksanakan hukum Allah.  Kesemua hujah ini adalah bertentangan dengan hujah Al-Qur'an.

Itu sebab apabila PAS sebagai parti Islam mengajak UMNO berbahas mengenai Islam dengan tajuk "Kenapa UMNO tolak Islam" maka ia tidak disahut.  PAS seperti mana UMNO tahu akan mengemukakan hujah dari Al-Qur'an dan Sunnah.  Sifat hujah ini adalah mantap dan tidak boleh ditolak oleh hujah akal UMNO.

     Apakah perkara yang sama antara PAS dan UMNO
1)     Al-Qur'an - sama
2)    Hadis - sama
3)     Cara bergerak adalah sama - kepartian
4)    Bangsa Melayu

    Namun apa yang membezakan PAS dan UMNO
1)     PAS perjuangkan Islam,    UMNO memperjuangkan sekularism
2)    PAS ambil seluruh isi kandungan Al-Qur'an ,  UMNO ambil bidang ibadah saja, solat, puasa..... 
3)    PAS nak hukum Allah     UMNO tak nak.  Bukti 52 tahun merdeka,  hukum Islam takde 

Dari sedikit analisa di atas maka jelas setiap kali perbincangan tentang Islam maka UMNO akan tolak.  Penolakan ini kerana tiada persamaan dalam pelaksanaan Islam.  Wahai ahli UMNO, penyokong dan para ustaz UMNO jelas sudah tolak Islam, kenapa anda masih bersama dengan UMNO?

'Kenapa Umno tolak Islam' - Nik Aziz ajak Najib berdebat
Muhammad Yusri Amin     

KOTA BHARU, 27 Jun (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau bertekad untuk berdepan secara terbuka dengan Presiden Umno, DatO' Seri Najib Razak dalam masa terdekat menerusi 'mujadalah' (debat).
Beliau berkata, untuk tujuan itu draf surat rasmi telah pun disiapkan dan akan dikirimkan dengan kadar segera kepada Najib yang juga Perdana Menteri Malaysia itu.
"Hari ini saya nak beritahu bahawa saya sudah siapkan draf surat khusus untuk Presiden Umno.
"Saya nak minta Presiden Umno berdepan dengan saya bulat-bulat, secara terbuka, tidak secara sulit kerana perkara ini telah terbuka secara umum sejak 1951, tak habis-habis.
"Saya mahu penjelasan kerana apa Umno tolak Islam dan kerana apa Umno lawan PAS sedangkan PAS ini guna Islam (dalam dasar parti, perjuangan dan pemerintahannya).
"Saya nak tahu, tak kena di mana (ajaran) Islam menyebabkan Umno menolak Islam, sebaliknya guna (mengambil sistem) sekular dan kebangsaan," jelasnya pada sidang media selepas mengimamkan Solat Dhuha sempena Sambutan Bulan Sembahyang Peringkat Negeri Kelantan di pekarangan Masjid Al-Baraah, Pasar Besar Siti Khadijah di sini pagi tadi.
"Saya berhasrat benar-benar ingin tahu kenapa Umno yang sudah Islam 500 tahun, Melayu pun sudah Islam 500 tahun, menolak Islam, sedangkan Islam menyebut, 'rahmatan lil-'aalamin', rahmat bagi seluruh dunia, bukan laknatan,"katanya.
Tambahnya,Islam kini dianggap semacam satu 'laknat', (dan membawa kepada) pecah belah, dan (sekiranya) melaksanakan Islam itu tidak maju dan membawa kemunduran.
Image"Tuduhan seperti itu tidak akan selesai melalui suratkhabar, bahkan mesti berdepan dengan saya sebagai seorang pemimpin Islam di sini, dan dengan Presiden Umno sebagai pemimpin sekular, (secara) berdepan-depan.
"Ini (program dilakukan seperti ini) cara Nabi-nabi di mana Nabi Ibrahim berdepan dengan Namrud, Nabi Musa berdepan dengan Firaun dan Nabi Muhammad berdepan dengan Abu Jahal.
"Mengenai cara demokrasi, Amerika pun telah mengadakan debat terbuka di kalangan calon-calon Presidennya termasuk (yang dihadapi) Obama sendiri berdepan dengan calon Presiden Amerika dari parti lawannya, dan cara itu kini digunakan negara jiran, Indonesia.
"Pengamal demokrasi melakukan demikian oleh kerana negara ini disebut bukan (mengamalkan cara) Komunis.
"Cara mujadalah ini bukan pandai-pandai saya. Ini kerja Nabi, (oleh kerana perkara ini) ada Hadisnya dan ada Sirahnya.
"Oleh itu tidak ada sebab tidak mahu bermujadalah dalam satu saja isu iaitu 'Kerana Apa Umno Menolak Islam'.
"Saya nak tahu itu saja. Biar rakyat pun faham, biar masyarakat jelas oleh kerana (ketika berada) di akhirat kelak, tak selesai dengan mahkamah (dunia).
"Takkanlah dalam kubur nanti, saya nak kata; 'Ini keputusan Mahkamah Malaysia'.
"Apabila masuk kubur, (berdepan dengan) kerajaan lain, kerajaan Tuhan betul-betul. Tidak ada langsung sama ada Kerajaan Kelantan atau Kerajaan Kuala Lumpur, bahkan yang ada Kerajaan Allah SWT dan pada masa itu tidak laku keputusan yang dibuat dan bercanggah dengan Islam," tegasnya. - mks.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP