MENOLAK HUKUM ALLAH
>> Khamis, Mac 04, 2010
ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 6
FAHAM KETUANAN MELAYU 6
MENOLAK HUKUM ALLAH
Antara faktor utama UMNO mesti ditolak dan ditentang ialah kerana UMNO menolak hukum Hudud dan Qisas. Hudud dan Qisas mestilah dilaksanakan oleh mereka yang berkuasa. PAS telah membuktikan komitmen untuk melaksanakan Hudud dan Qisas. Ketika menang tahun 1990 di Kelantan, Pas Kelantan telah membentang enakmen hukum Hudud dan Qisas dalam Sidang DUN. Sidang DUN Kelantan telah meluluskan sebulat suara. Namun telah ditolak oleh Dr. Mahathir (UMNO). Begitu juga di DUN Terengganu tahun 2000 telah dibentangkan enakmen Hudud dan Qisas juga telah diluluskan sebulat suara di DUN Terengganu. Namun Abdullah Badawi (UMNO) telah menolak pelaksanaan hukum ini.
Wahai orang melayu yang beriman mahukah kamu bersama dengan UMNO yang menolak hukum Allah. Kenapa masih menyokong pemimpin UMNO-BN yang menolak hukum Allah. Kehidupan akhirat adalah panjang dan tiada bertepi dan bersempadan. Fikir-fikirkan. Jangan lagi menyokong pemimpin UMNO yang menolak hukum hudud dan Qisas.
Tekadkan perubahan. UNDI kepada parti yang sudah menunjukkan komitmen untuk menegakkan hukum Allah.
Dermalah kepada Madrasah Kuliah Dhuha untuk kegiatan da'wah berterusan. Bayaran terus ke akaun CIMB 08160000065107. Cek atas nama Madrasah Kuliah Dhuha ke alamat Mad Kuliah Dhuha, 49 (lot 219) Pesiaran Seri Raia, Taman Seri Raia, Kg Kepayang, 31300 SIMPANG PULAI
0 komen:
Catat Ulasan