UMNO MENOLAK UNDANG SYARIAH
>> Rabu, Mac 17, 2010
ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 20
UMNO MENOLAK HUKUM SYARIAH
FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AL-MAIDAH
Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. Surah Al-Maidah (ayat 49)
Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. Surah Al-Maidah (ayat 50)
Adalah malang bagi Pemimpin UMNO, ahli UMNO, para ustaz yang menyokong UMNO, penyokong-penyokong UMNO mereka adalah tergolong dalam golongan orang yang zalim kerana menolak hukum syariah. Ibnu Abbas ketika mentakrifkan zalim ialah yang melanggar tuntutan asas Islam dalam kehidupan. Sepatutnya dihukum mengikut hukum Islam tetapi tidak berlaku maka ini adalah zalim. Orang yang zalim tidak akan masuk syurga Allah.
Keengganan UMNO untuk melaksanakan hukum syariah amat jelas. Antara insiden yang terdapat dihadapan mata adalah seperti berikut:
1) Kes qazaf DS Anwar Ibrahim tidak dapat diadili di Mahkamah Syariah. Mahkamah syariah membuat keputusan menunggu sehingga selesai pengadilan di mahkamah sivil. Apakah ini piawaian Islam dalam UMNO? Sedangkan kedudukan mahkamah syariah dan mahkamah sivil adalah setara dan telah diluluskan di Parlimen pada tahun 1988. Kenapa Menteri Agama UMNO tidak mahu mengangkat kes qazaf dalam tuduhan liwat Anwar Ibrahim ke-2 ini di mahkamah Syariah? Mungkin ada tangan ghaib yang menghalang perbicaraan di mahkamah syariah.
2) Pada 10/6/06 terdapat 9 menteri kabinet UMNO-BN membantah artikel 121 (1a) mengenai bidang kuasa mahkamah syariah. 9 Menteri itu adalah pemimpin BN yang kanan-kanan. Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO ketika itu diam dan mengekalkan menteri-menteri berkenaan. Di mana semangat ketuanan Melayu Presiden UMNO? Menteri itu kalau dipecat maka sudah pasti UMNO-BN akan kehilangan undi.
3) UMNO dengan jelas menolak prosedur hukum Islam. Dalam kes tuduhan liwat oleh Mahathir ke atas Anwar Ibrahim, beliau dalam ucapan di Parlimen menyatakan bahawa pada ketika ini tidak boleh dicari 4 saksi yang adil. Dalam Islam jelas apabila 4 saksi tiada maka kes digugurkan. Inilah keadilan Islam. Tetapi Mahathir menolak dan meneruskan perbicaraan liwat tersebut. Siapakah Mahathir? Dia adalah bekas Presiden UMNO yang jelas menolak hukum Islam.
Cukuplah 3 bukti yang sangat jelas untuk mengatakan bahawa UMNO tidak mahu melaksanakan hukum syariah. Wahai ahli UMNO yong dan yob marilah kita kembali kepada keadilan Islam. Hanya hukum Allah yang dapat menyelamatkan manusia. Kalau kita buat tidak reti sahaja nanti di akhirat Allah akan buat tak reti juga kepada kita. Ubah le yob dan yong. Jangan le undi UMNO-BN lagi. Anda mampu membuatnya
0 komen:
Catat Ulasan