BIMBINGAN SUNNAH DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN
BIMBINGAN SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW
"WAHAI ORANG YANG BERIMAN MASUKLAH KAMU KE DALAM ISLAM
SELURUHNYA DAN JANGANLAH KAMU MENGIKUTI JEJAK LANGKAH
SYAITAN. SESUNGGUHNYA SYAITAN ADALAH MUSUH KAMU YANG NYATA"
(AL-BAQARAH:208)
Muqadimah
Setiap manusia yang beriman akan membuat keputusan dalam kehidupan. Malahan setiap saat dalam kehidupan ini manusia akan membuat keputusan. Keputusan itu boleh jadi keputusan yang mengikuti Al-Qur'an dan Sunnah dan mungkin juga keputusan itu adalah bertentangan dengan Al-Qur'an dan Sunnah.
Ganjaran pahala dan dosa
Perbuatan baik berdasarkan Al-Qur'an dan Sunnah - pahala (kebaikan disisi Allah)
Perbuatan jahat dan yang bertentangan dengan kehendak Al-Qur'an dan Sunnah - dosa di sisi Allah.
(Rujuk surah al-Zalzalah)
Pencatit Pahala dan Dosa
Pencatat kebaikan dan pahala - Malaikat Rakib (menduduki kanan manusia)
Pencatat kejahatan dan dosa - Malaikat 'Atid (menduduki kiri manusia)
Keputusan yang mengikut ukuran Al-Qur'an dan Sunnah diberi pahala manakala keputusan yang bertentangan dengan Al-Qur'an dan Sunnah akan dibalas dengan dosa disisi Allah.
BIMBINGAN DARI NABI MUHAMMAD SAW
Dalam konteks untuk membuat keputusan Nabi Muhammad saw menyatakan dalam hadis yang bermaksud
"Diangkat kalam (catatan baik dan jahat) pada tiga tempat
1. orang yang tidur sehingga dia jaga (tidur tidak membuat sebarang keputusan)
2. Kanak-kanak hingga baligh (mula catatan pada ketika umur baligh)
3. Orang gila sehingga boleh berfikir" (gila tidak dikira dalam Islam)
(Riwayat Ahmad)
Yang dicatit hanyalah keputusan ketika jaga. Saya yakin kita sudah terlepas dari zaman kanak-kanak dan kita tidak gila. Yang dicatat Malaikat Rakib atau Atid adalah semua keputusan yang dibuat pada ketika jaga. Contoh
Amalan Malaikat yang menulis anugerah
keluar rumah ikut Qur'an PAHALA
tutup aurat Malaikat Rakib
Mencuri ikut syaitan DOSA
Malaikat 'Atid
MENGUNDI? UNDI BN-SYAITAN DOSA
(waktu sedar) UNDI PAS/PR - QUR'AN PAHALA
Kenapa mengundi UMNO-BN/PARTI KOMPONEN- berdosa. Ini kerana BN terlibat dengan dasar-dasar yang bertentangan dengan Islam. Lihat Islam menentang Faham Ketuanan Melayu
Kenapa mengundi PAS dan PR berpahala. Ini kerana PAS dan Pakatan Rakyat berusaha untuk menegakkan keadilan Islam. Pemimpin DAP sudah menghampiri dan mempelajari Islam berbanding dengan pemimpin MCA.
Berdasarkan kepada bimbingan hadis di atas buatlah keputusan yang tepat terhadap undi anda. Adakah anda mahu pahala atau dosa. Sekiranya anda mahukan pahala maka mengundilah untuk PAS dan Pakatan Rakyat. Anda mengundi ketika sedar bukan tidur. Maka undi anda akan dilihat oleh Malaikat Rakib dan Malaikat 'Atid. Maka undilah yang berpahala dan jauhi daripada mengundi yang membawa dosa. Jangan sama sekali mengundi BN.!!!! Anda mampu mengubahnya. Buatlah pertimbangan berdasarkan agama.
Kepada mereka yang tidak mahu mengundi, anda akan ditanya di akhirat oleh Allah Kenapa Tidak Mengundi? Tidak mengundi dalam pilihanraya bermakna anda tidak mahu Hukum Allah (Hudud dan Qisas) ditegakkan dalam negara ini. Oleh yang demikian mereka yang sudah layak (umur 21 tahun) hendaklah segera mendaftar diri sebagai pengundi dengan SPR. Buatlah segera. Mungkin dengan undi anda Hukum Allah dan Rasul akan tertegak dalam negara ini.
Read more...