#1

UMNO MENGHALALKAN JUDI

>> Khamis, Mac 25, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 28

UMNO MENGHALALKAN JUDI - MENAMBAH CABUTAN BERTUAH DAN TIDAK MENGURANGI LESEN JUDI

FIRMAN ALLAH 

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. ... 
(Surah Al Maidah 90)


SESUNGGUHNYA ARAK, DAN JUDI DAN TENUNG NASIB DAN MENYEMBAH BERHALA ADALAH DARI AMALAN SYAITAN

     Allah Taala dengan jelas menyebut bahawa terdapat beberapa perkara yang segera diharamkan oleh Allah iaitu arak, judi, tenung nasib dan penyembahan berhala.  Sesiapa yang melakukan perkara tersebut adalah melakukan dosa disisi Allah.

     Judi adalah suatu penindasan kepada manusia.  Justeru itu Allah mengharamkannya.  Golongan yang terlibat dengan judi biasanya adalah golongan yang miskin.  Dengan suatu harapan bahawa suatu hari nanti dia akan menjadi kaya.  Judi tidak membawa keberkatan dalam rezeki.  Semua harta akan terjual dan tergadai disebabkan oleh perjudian.  Inilah bahana perjudian.

     Suatu masa dulu pernah ada seorang menteri kabinet UMNO-BN yang kalah main judi di London.  Jutaan ringgit.  Inilah akibat perjudian.  Tanpa mengira pangkat dan derjat semuanya akan tunduk di bawah budaya jahat judi.  Apakah ini yang hendak dibina oleh UMNO dalam masyarakat.

     Saya ingin memetik laporan harakah daily dalam perbahasan di Parlimen.  Wahai ahli UMNO, para ustaz UMNO dan para penyokong UMNO bacalah petikan dibawah.  Lihat bagaimana PM merangkap Presiden UMNO terus mempertahankan judi tanpa mengira sentimen orang yang beriman.  Bila PM merangkap Presiden UMNO kata semua MP UMNO tak dapat nak kata apa-apa.

     Wahai orang Melayu yang beriman jangan le kamu undi pemimpin UMNO kerana mereka terus melaksanakan perkara mungkar.  Mengundi pemimpin UMNO bermakna anda melakukan suatu akad menyokong segala kemungkaran.  Bebaskan diri anda dari perkara mungkar.  Anda mampu melaksanakannya.
 
Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 24 Mac: Pakatan Rakyat akan menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendesak kerajaan mengawal pengeluaran lesen judi kepada syarikat-syarikat perjudian dan berharap Umno turut menyokongnya.
Memorandum yang akan diminta untuk ditandatangani oleh semua ahli parlimen (MP) Pakatan Rakyat itu juga bagi mendesak kerajaan membatalkan cabutan khas atau 'special draw' yang dikeluarkan pada tahun ini.
Desakan itu ekoran jawapan Najib yang juga Menteri Kewangan kepada dua soalan Lok Siew Fook (DAP-Rasah) di Dewan Rakyat pada 18 dan 22 Mac.
Bercakap dalam satu sidang media di lobi parlimen (gambar) pagi ini, Siew Fook berkata, tindakan kerajaan itu akan memberikan impak yang besar kepada masyarakat.
"Kita akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri dan akan meminta tandatangan semua ahli parlimen dan kita harap ahli parlimen Umno yang memperjuangkan agama, bangsa, dan negara akan menyokong memorandum bagi mengurangkan perjudian di negara kita.
"Pakatan Rakyat berpendapat kerajaan tidak sepatutnya menambah hari cabutan khas ini kerana ini menyebabkan masyarakat kita lebih banyak mengeluarkan wang untuk dipertaruhkan dalam perjudian dan memberi impak kepada masalah sosial yang semakin meningkat hari ini.
"Pakatan Rakyat mahu kerajaan menghapuskan kesemua cabutan khas ini dan. Kita juga berpandangan kerajaan seharusnya mengurangkan hari perjudian daripada tiga kali seminggu kepada dua kali seminggu," katanya.
Beliau juga berkata, tindakan kerajaan yang menggunakan cukai judi dan duti pertaruhan untuk pengurusan negara membuktikan kewangan negara berada di tahap yang teruk.
"Kerajaan kata nak salurkan hasil cukai ini kepada satu dana khas tapi sekarang mereka guna pengurusan negara menujukkan kerajaan sudah tidak ada duit," katanya.
Sementara itu, Dr Dzulkifly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) membawa suara rakyat kaum Tionghua di kawasannya yang meminta beliau menyuarakan di Parlimen agar meminta kerajaan mengurangkan hari perjudian daripada tiga kali kepada dua atau sekali seminggu.
"Penduduk Tionghua yang berkerja sebagai nelayan di kawasan saya mahu kerajaan mengurangkan hari perjudian ini. Kerajaan membenarkan hari untuk berjudi sebanyak tiga kali seminggu menunjukkan wang diperas dari rakyat.
"Bila ada peluang untuk menjadi kaya dengan cara yang cepat, sudah pasti ramai yang tertarik untuk mempertaruhkan wang mereka untuk berjudi," katanya.
Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) pula menegaskan, tindakan kerajaan mengutip cukai hasil perjudian dan menambah cabutan khas pada setiap tahun adalah langkah terdesak kerajaan akibat ketiadaan sumber kewangan.
"Kelihatannya membenarkan lebih banyak cabutan khas ini adalah satu langkah terdesak kerajaan untuk meningkatkan pendapatan cukai negara. Jalan pintas ini sangat tidak munasabah kerana akan menimbulkan kesan sosial yang tidak baik,” katanya.
Najib dalam jawapannya kepada soalan Siew Fook pada 22 Mac memberitahu, jumlah cukai perjudian dan duti pertaruhan yang diterima kerajaan daripada semua operator nombor ramalan (NFO) pada 2009 berjumah RM1,199,574,646.73.
Jumlah kutipan tertinggi ialah daripada syarikat Sports Toto.
Manakala bagi soalan Siew Fook pada 18 Mac mengenai tindakan kerajaan meluluskan 60 cabutan khas untuk tahun 2010, Najib memberitahu, hasil cukai yang dikutip oleh kerajaan memainkan peranan penting dalam memastikan semua program dan aktiviti pembangunan dan perbelanjaan mengurus negara dapat dilaksanakan seperti yang dirancang bagi memastikan objektif pertumbuhan ekonomi negara dapat dicapai.
Beliau turut meminta semua pihak menyokong sebarang aktiviti yang dikawal oleh kerajaan yang dapat meningkatkan hasil negara.
Saifuddin sewaktu membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong semalam turut membangkitkan perkara itu dan meminta penjelasan daripada Menteri Kewangan

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP