#1

MENGHALALKAN JUDI

>> Jumaat, Mac 05, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 8

MENGHALALKAN JUDI

     Sudah menjadi amalam dalam pemerintahan UMNO menghalalkan judi.  Ketika Najib menjadi Menteri Kewangan beliau telah meluluskan 10 lagi lesen judi.  Kelulusan ini mendapat tentangan langsung dari Parlimen.  Judi sudah menjadi sebahagian daripada pendapatan negara.  Ia dibelanjakan dalam bidang pendidikan.  Inilah kerja UMNO yang tidak dapat membezakan yang baik dan yang buruk.

      
Kenapa Islam mengharamkan judi?  Ia adalah suatu penindasan.  Menindas yang miskin.  Mereka yang berjudi pada permulaannya kaya raya tetapi apabila menjadi taik judi akan menjadi miskin.  Yang terlibat dalam industri judi ialah mereka yang berpendapatan rendah.  Judi sebenarnya menekan kehidupan orang miskin sehingga menjadi papa.

     Pengalaman saya sendiri menjadi Ahli Majlis Dewan Bandaya IPOH (2008) berlaku suatu persetujuan dalam ahli mesyuarat untuk membendung sebarang premis judi yang baru.  Lesen judi dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (Putra Jaya, kerajaan UMNO).  Mereka yang mendapat lesen akan memohon kepada mana-mana Majlis Perbandaran lesen premis perniagaan.  Ketika tahun 2008 terdapat 91 premis perjudian di sekitar Ipoh.  Ketika PR memerintah Perak ahli Majlis MBI bersetuju untuk tidak mengeluarkan sebarang lesen premis yang baru.  Saya tidak pasti apa yang berlaku setelah rampasan kuasa di Perak dengan UMNO-BN menjadi teras dalam pemerintahan.  Semasa PR memerintah tidak ada satu lesen premis judi diluluskan dalam mana-mana mesyuarat MBI.  Inilah keberkesanan PR memerintah.

    Dalam pengalaman lain pula, Tuan Guru Nik Aziz didatangi oleh satu rombongan nyonya-nyonya bangsa cina yang mengucapkan terima kasih atas mengecilnya premis perjudian.  Mereka menyatakan kepada MB Kelantan kini suami mereka berbelanja kepada perkara yang lebih bermakna.  Begitulah Islam menyelamat kehidupan umat manusia.  Kenapa kita tidak menyokong parti Islam?

     Wahai pengundi saluran 1 mahupun lain-lain saluran yang mengundi BN sebelum ini tukarlah undi anda untuk mengundi parti Islam yang lebih bertanggungjawab untuk menyelamatkan kehidupan umat manusia.  Semua bangsa ada terlibat dengan perjudian.  Melayu, cina, india dan lain-lain bangsa adalah terlibat dengan industri ini.  Parti Islam dan PR telah membuktikan.  Mari berubah dan berpindah undi untuk menyelamat kehidupan orang lain.  Anda mampu membuatnya.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP