UMNO MENGAMALKAN AGAMA SECARA TERPISAH - SEKULAR
>> Jumaat, Mac 05, 2010
ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 7
UMNO MENGAMALKAN AGAMA SECARA TERPISAH
- SEKULAR
UMNO adalah jelas parti yang memisahkan agama dari kehidupan. Islam pada UMNO adalah berdoa, bersunat, bersolat, berzakat, berpuasa dan berhaji. Lain-lain kegiatan hidup silalah urus macam mana yang dikehendaki.
Itu sebab
1) bertudung tidak wajib bagi UMNO dan pemimpin wanita mereka tidak bertudung.
2) rasuah dalam UMNO bermaharajalela sehingga ada mengatakan bukan le UMNO kalau tak rasuah
3) mencuri wang rakyat tiada kisah dalam UMNO
4) memeluk jantan yang bukan mahram tiada apa-apa pada pemimpin UMNO kerana ia adalah sosial
5) meninggalkan solat pun tiada apa pada UMNO, nanti taubat sahaja pada Allah
6) berdusta pun tiada apa pada UMNO
7) akta yang zalim juga tidak beri kesan pada UMNO cth ISA, OSA,
8) penipuan adalah kerja UMNO - tipu dalam pilihanraya,
Islam jelas, arahan Allah ialah untuk mengurus kehidupan secara Islami berteraskan Islam, Al-Qur'an dan Sunnah. Maksud ayat Al-Qur'an Al-Baqarah 208 maksud "wahai orang yang beriman masuklah kamu kedalam Islam seluruhnya". Ruanglingkup yang hendak diurus secara Islam ialah
1) akil baligh sehingga mati
2) dari bangun sehingga tidur pada hari itu
Termasuk yang hendak diurus ialah memberi undi kepada parti mana. UMNO tidak mahu hukum Allah maka ia mestilah ditolak. PAS dan PR mahu kepada keadilan yang telus, maka undi mestilah diberikan kepada PAS, Keadilan dan DAP. Asalkan jangan UMNO. Anda boleh mengubahnya hatta keatas kertas undi. Timbanglah kehendak agama.
0 komen:
Catat Ulasan