UMNO MEMPERTAHANKAN AKTA ZALIM - ISA
>> Rabu, Mac 10, 2010
ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 13
UMNO MEMPERTAHANKAN AKTA ZALIM ISA
UMNO adalah parti zalim yang mempertahankan akta zalim - ISA (Internal Security Act). Akta ini adalah akta yang zalim kerana
1) Menahan sesiapa sahaja tanpa bicara selama 60 hari
2) Kesalahan yang dikenakan ISA adalah tertakluk kepada Menteri Dalam Negeri
3) Istilah mengancam keselamatan negara adalah istilah kabur dan tanpa takrif yang jelas
4) Kezaliman yang melampau ialah memisahkan kasih sayang yang ditahan dengan ahli keluarganya
5) Kesalahan ISA tidak dibicarakan di mahkamah
ISA tidak dibicarakan dalam mahkamah. Ini bermakna kesalahan pesalah tidak diketahui. Tetapi tetap ditahan. Inilah kezaliman. UMNO-BN tidak bercadang untuk menghapuskan ISA. Memberi undi kepada UMNO-BN bermakna anda bersama dalam kezaliman ini.
Hujah Islam Menentang ISA- 1. Sistem Keadilan Islam adalah telus
-
Islam menentang ISA. Islam sangat percaya kepada sistem kehakiman. Sistem kehakiman Islam adalah adil dan telus tanpa memilih kedudukan dan darjat. Perbicaraan antara Saidina Ali dengan seorang Yahudi dalam bab baju besi adalah suatu ketetapan jelas keadilan Islam. Dalam mahkamah Saidina Ali (khalifah kerajaan Islam ketika itu) tidak dapat berhujah bahawa baju besi itu adalah miliknya, lalu hakim membuat keputusan bahawa baju besi itu adalah milik Yahudi tersebut. Keadilan Islam yang ditunjukkan oleh hakim tersebut menyebabkan orang Yahudi tersebut mengucap dua kalimah shahadah.
2. Kaedah hakim dalam Islam - Lebih baik melepaskan orang yang bersalah daripada tersalah menjatuhkan hukum keatas pesalah. Inilah kaedah Islam untuk mencernakan keadilan.
3. Keadilan Islam ialah menegakkan hujah semasa perbicaraan. Sekiranya terdapat kesalahan yang nyata maka pihak pendakwaraya mestilah membuat tuduhan dalam mahkamah. Pesalah dibicarakan. Bukan ditahan tanpa bicara.
4. Tiada pendakwaan berpilih dalam Islam. Yang salah terus dibicarakan tanpa mengira pangkat dan derjat, keturunan dan lain-lain
Berdasarkan kepada hujah di atas maka ISA adalah haram disisi Islam. Undi anda sahaja wahai orang Melayu termasuk UMNO akan melenyapkan kezaliman dengan tidak lagi mengundi BN. Anda mampu mengubahnya. Undi anda kepada parti dalam PR (PAS, Keadilan, DAP) akan menyebabkan tertegaknya keadilan yang telus dan bermakna.
Dalam suatu hadis Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud " Sesiapa yang membenarkan pembohongan pemimpin mereka dan siapa yang membantu pemimpin mereka melakukan kezaliman (mengundi UMNO-BN untuk mengekalkan ISA) maka dia bukan dari aku (Nabi Muhammad saw) dan aku (Nabi Muhammad saw) bukan darinya. Dan dia tidak dapat minum dari air telaga Haud aku." Dan sabda Nabi lagi
" dan sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan pemimpin mereka dan tidak membantu pemimpin mereka dalam kezaliman (beri undi kepada parti dalam PR) maka dia adalah daripada aku dan aku adalah daripadanya dan dia boleh minum air telaga ku (telaga haud)" Hadis riwayat Imam Hadis
Fikir-fikirkan. Tumbangkan UMNO dengan kezalimannya adalah tanggungjawab bersama
0 komen:
Catat Ulasan