UMNO-BN MESTI TELUS DALAM PILIHANRAYA
>> Isnin, April 26, 2010
ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 61
Sampai hari ini UMNO-BN tidak berani melaksanakan dan merombak sistem pelaksanaan dalam pilihanraya negara. Suruhanjaya Pilihan Raya adalah badan yang tidak bebas. Ia di letakkan di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Maka SPR akan berkerja untuk PM dan bukan untuk rakyat.
Sepatutnya sebagai badan bebas langkah yang mesti dibuat ialah
1) SPR diletakkan di bawah seliaan Parlimen Malaysia. UMNO-BN memang tak mahu.
2) Tanda seorang rakyat sudah mengundi ialah mencelup salah satu jari ke dalam dakwat kekal. Ini adalah untuk mengelak penipuan. Ini adalah untuk mengelak undi 2 kali di tempat yang berbeza. Ini juga UMNO-BN tak mahu. Sedangkan negara yang dikategorikan terbelakang dari sudut ketelusan pun sudah melaksanakannya seperti Indonesia, Papua New Gueinea. Kenapa SPR masih beralasan? UMNO-BN tak nak.
SPR beralasan kos meningkat. Kerajaan membayar APCO RM77 juta bukan suatu pembaziran? Kenapa untuk pemilihan pemimpin rakyat suatu agenda yang sangat penting kerajaan tidak mahu berbelanja? APCO sekadar untuk menaikkan imej 1 individu rakyat terpaksa berbelanja RM77 juta?
3) Senarai nama pengundi tidak pernah dikemaskini. Senarai nama mereka yang mati masih dalam senarai SPR. Zaman kini zaman IT. Kenapa SPR masih memberi bermacam alasan? Ini juga UMNO-BN tak nak.
4) Kenapa mesti berlaku perpindahan pengundi tanpa kebenaran si pengundi? Tiada persempadanan semula? Semua ini SPR buat untuk memenangkan UMNO-BN. Jangan sampai rakyat nanti bangkit membetulkan kamu SPR. UMNO-BN suka kerana memenangkan mereka. Ini berlaku dalam pilihanraya Kecil P094 Hulu Selangor.
Fikir-fikirkan le wahai UMNO. Kenapa tak mahu kepada kebenaran? Tinggalkan UMNO.
0 komen:
Catat Ulasan