#1

UMNO KALAH MEMPERTAHANKAN MELAYU DI HULU SELANGOR

>> Selasa, April 20, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 54

PERINGATAN PARA PENGUNDI DI P094 HULU SELANGOR
JANGAN UNDI CALON BN, 
BN MENGEKALKAN KEMUNGKARAN MENENTANG HUKUM ALLAH

DOA MEMOHON TAUFIQ DARI ALLAH

"Wahai Allah, Engkaulah yang menguasai hati manusia, kami hanya membuat seruan.  Engkau bukakanlah hati pemimpin UMNO, penyokong UMNO, ahli UMNO, veteran UMNO, Ustaz/ustazah UMNO supaya menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dan mereka melihat bahawa UMNO adalah mungkar.  Wahai Zat Yang Maha Berkuasa perkenankanlah permohonan hambamu ini. AMIN

UMNO KALAH MEMPERTAHANKAN MELAYU 3-0
DI PRK P094 HULU SELANGOR


Allah Taala berfirman dalam surah Al-Hujurat ayat 13



Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). 
Chinese
眾人啊!我確已從一男一女創造你們,我使你們成為許多民族 和宗教,以便你們互相認識。在真主看來,你們中最尊貴者,是你們中最敬畏者。真主確是全知的,確是徹知的。
Tamil
மனிதர்களே! நிச்சயமாக நாம் உங்களை ஓர் ஆண், ஒரு பெண்ணிலிருந்தே படைத்தோம்; நீங்கள் ஒருவரை ஒருவர் அறிந்து கொள்ளும் பொருட்டு. பின்னர், உங்களைக் கிளைகளாகவும், கோத்திரங்களாகவும் ஆக்கினோம்; (ஆகவே) உங்களில் எவர் மிகவும் பயபக்தியுடையவராக இருக்கின்றாரோ, அவர்தாம் அல்லாஹ்விடத்தில், நிச்சயமாக மிக்க கண்ணியமானவர். நிச்சயமாக அல்லாஹ் நன்கறிபவன், (யாவற்றையும் சூழந்து) தெரிந்தவன்.
(49:13)


Perjuangan asas kepada bangsa (kaumisme/asobiyah) memang dilihat jelas bertentangan dengan kehendak naluri kehidupan.  Akhirnya bangsa tidak dapat terbela.  Yang dimahukan oleh bangsa bukanlah wang, kedudukan, projek dan lain-lain kebendaan.  UMNO boleh memuaskan segelintir Melayu tetapi gagal untuk memuaskan semua orang Melayu.  Maka akan wujud kezaliman.  Yang berkuasa menindas dan menzalimi yang tidak berkuasa.  Yang kaya menindas yang miskin.  Yang berkuasa menekan rakyat dengan rasuah.

   Perjuangan mengikut bangsa sudah tidak sesuai lagi di Malaysia.  Islam menolak perkauman (kaumisme/ asobiyah).  Justeru paksi dalam Islam ialah ketaqwaan.   Orang yang paling taqwa itulah orang yang mendapat balasan sempurna daripada Allah.

     Dalam PRK P094 Hulu Selangor pengundi Melayu berjumlah 52.7 %.  Sepatutnya UMNO-BN meletakkan calon Melayu.  Namun yang sanggup diletakkan UMNO ialah calon MIC.  PM Najib sudah berjanji kepada pengundi Hulu Selangor, sekiranya calon MIC dimenangkan maka yang menanti ialah jawatan Timbalan Menteri.  Secara analisisnya UMNO kalah 3-0 di Hulu Selangor, iaitu

1)     calon bukan calon UMNO.  Masuk seorang dari UMNO Shah Alam menjadi calon-dipecat UMNO
2)     Calon MIC dijanjikan UMNO dengan lantikan senator.  Sekali lagi UMNO berputih mata.
3)    Jawatan yang dijanjikan ialah Timbalan Menteri.  Bukan juga dari UMNO

     Inilah kecerdikan UMNO bermain politik.  Kalaulah UMNO adalah pejuang bangsa dan dikatakan parti politik Melayu terbesar di dunia, maka kenapa UMNO-BN meletakkan calon dari MIC?  Kenapakah ruang yang besar ini tidak diambil oleh UMNO.  Ini membawa makna UMNO parti lemah dan tiada berwibawa.  Untuk menutup segala kelemahan UMNO maka UMNO menyerang peribadi calon.

     Calon PKR suatu masa dulu peminum arak.  Kenapa sekarang UMNO membangkitkannya.  Kenapa Datuk Zaid dalam UMNO dulu perkara ini tidak berbangkit?  Apakah halal arak dalam UMNO?  Datuk Zaid pernah menjadi Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, perkara ini tiada berbangkit?  Malahan ahli UMNO terus melantik Datuk Zaid sebagai ketua mereka.  Datuk Zaid pernah memegang jawatan Menteri Di JPM, tiada berbangkit hal yang ditimbulkan UMNO hari ini?  Malahan yang melantik Datuk Zaid ke jawatan ini ialah Abdullah Badawi, cucu tok guru.  Apakah Dolah Badawi tak tahu Datuk Zaid dulu peminum arak?  Dalam UMNO semua halal.  Bila keluar UMNO,  baru datang halal dan haram.  Ini yang bahaya.  Dalam UMNO tak kenal halal dan haram.  Semua balun.

     Wahai ahli UMNO segeralah tinggalkan UMNO.  Mahathir kata UMNO sudah busuk sampai ke usus.  Nak Tunggu lagi ke dalam UMNO.  Katakan Sayonara UMNO, Selamat Tinggal UMNO.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP