#1

UMNO LANTIK KOH TSU KOON MENTERI PENYELARAS AGAMA MALAYSIA

>> Khamis, April 15, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 49

UMNO LANTIK KOH TSU KOON 
MENTERI PENYELARAS AGAMA MALAYSIA

DOA MEMOHON TAUFIQ DARI ALLAH

"Wahai Allah, Engkaulah yang menguasai hati manusia, kami hanya membuat seruan.  Engkau bukakanlah hati pemimpin UMNO, penyokong UMNO, ahli UMNO, veteran UMNO, Ustaz/ustazah UMNO supaya menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dan mereka melihat bahawa UMNO adalah mungkar.  Wahai Zat Yang Maha Berkuasa perkenankanlah permohonan hambamu ini. AMIN


Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 11-12

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan". 
Chinese
有人對他們說:「你們不要在地方上作惡。」他們 就說:「我們只是調解的人。」 
Tamil
"பூமியில் குழப்பத்தை உண்டாக்காதீர்கள்" என்று அவர்களிடம் சொல்லப்பட்டால் "நிச்சயமாக நாங்கள் தாம் சமாதானவாதிகள்" என்று அவர்கள் சொல்கிறார்கள்.
(2:11)
Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya. 
Chinese
真的,他們確是作惡者,但他們不覺悟。 
Tamil
நிச்சயமாக அவர்கள் தாம் குழப்பம் உண்டாக்குபவர்கள் அன்றோ, ஆனால் அவர்கள் (இதை) உணர்கிறார்களில்லை.
(2:12) 

 dari makna ayat diatas jelas kefasadan yang dibuat oleh golongan munafik (umno).  UMNO bukan sahaja menolak hukum Allah namun kefasadan yang mereka lakukan termasuk dalam hal yang sangat asas dalam agama.  
  
     Islam yang dibawa Nabi Muhammad saw adalah agama yang suci lagi tinggi.  Kalimah yang digunapakai Nabi Muhammad saw untuk Islam  ialah Islam bersifat  "Yu'la" (paling tinggi) dan tiada yang lebih tinggi daripada Islam. Menyamakan Islam dengan agama lain maka yang tersebar ialah "pluralism".  Konsep pluralism ialah bahawa semua agama adalah sama dan tiada agama yang lebih tinggi.   Memang UMNO adalah pejuang agama berkonsepkan pluralism.  

     Inilah kefasadan dan kerosakan yang dilakukan oleh UMNO.  Menyamakan semua agama.  Apa yang boleh dilakukan oleh Tsu Koon?  Apakah dia pejuang agama Islam?  Apakah UMNO mengharapkan Tsu Koon memperjuang dan mengangkat kemuliaan Islam?

     Wahai ahli UMNO tidakkah hati anda terguris dengan perlantikan ini?  Mana menteri kabinet orang Melayu.  Sedangkan UMNO memiliki sejumlah ahli parlimen melayu untuk dilantik sebagai menteri penyelaras agama?  Ahli Parlimen Pasir Mas, Pasir Salak, Kinabatangan, Kalabakan, Rembau boleh dilantik sebagai menteri pada potfolio berkenaan.  Yang paling layak ialah Ahli Parlimen Pasir Mas.  Dia memperjuangkan Melayu seperti UMNO melalui PERKASA.

    Kepada seluruh ahli UMNO fikirlah.  Bagaimana UMNO mengurus hal yang berkaitan dengan agama.  Jelas UMNO gagal.  Pemimpin UMNO yang difikirkan ialah kouta menteri daripada parti komponen,  Presiden parti menstilah bertaraf menteri.  Tak kira walaupun yang diselaras menteri ialah agama yang dianuti PM sendiri.  Agama anutan PM dan Presiden UMNO di selaras oleh Presiden parti komponen.  Tidakkah PM terasa hina dengan perlantikan ini?  Atau PM memang dalam kehinaan dan memperakukan perlantikan Tsu Koon.?  Fikir-fikirkan wahai ahli UMNO.  Katakan "SELAMAT TINGGAL UMNO". 

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP