#1

UMNO MENDATANGKAN KEROSAKAN BUMI MELALUI PEMERINTAHAN

>> Khamis, April 01, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 35

UMNO MENDATANGKAN KEROSAKAN BUMI (MENEGAKKAN SYIRIK) MELALUI PEMERINTAHAN

FIRMAN ALLAH TAALA DALAM SURAH AL-A'RAF 85-86



Dan kepada penduduk Madyan (Kami utuskan) saudara mereka Nabi Syuaib. Ia berkata: "Wahai kaum sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata dari Tuhan kamu. Oleh itu, sempurnakanlah sukatan dan timbangan, dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia akan benda-benda dan perkara-perkara yang menjadi haknya; dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah menjadikannya (makmur teratur) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman. 
Chinese
(我確已派遣)麥德彥人的弟兄舒阿卜去教化他們說:「我的宗族啊!你們要崇 拜真主,除他之外,絕無應受你們崇拜的。從你們的主發出的明証,確已來臨你們了,你們當使用充足的斗和秤,不要克扣別人所應得的貨物。在改善地方之後,你 們不要在地方上作惡,這對你們是更好的,如果你們是信道者。 
Tamil 
மத்யன் நகரவாசிகளிடம் அவர்களுடை சகோதரராகிய ஷுஐபை (நம் தூதராக அனுப்பிவைத்தோம்) அவர் (தம் கூட்டத்தாரை நோக்கி,) "என் சமூகத்தார்களே! அல்லாஹ்வையே வணங்குங்கள்; அவனன்றி உங்களுக்கு வேறு நாயனில்லை நிச்சயமாக உங்களுக்கு உங்கள் இறைவனிடமிருந்து ஒரு தெளிவான (அத்தாட்சி) வந்துள்ளது அளவை முழுமையாக அளந்து, எடையைச் சரியாக நிறுத்துக் கொடுங்கள். மனிதர்களுக்கு அவர்களுக்கு உரிய பொருட்களை (கொடுப்பதில்) குறைத்து விடாதீர்கள்; பூமியில் சீர் திருத்தம் ஏற்பட்ட பின்னர், அதில் குழப்பம் உண்டாக்காதீர்கள், நீங்கள் முஃமின்களாக இருந்தால், இதுவே உங்களுக்கு நன்மையாக இருக்கும்" என்று கூறினார்.
 7:85



"Dan janganlah kamu duduk pada tiap-tiap jalan lalu-lalang, dengan menakut-nakutkan dan menghalangi orang-orang yang beriman dari melalui jalan Allah, dan kamu pula menghendaki supaya jalan Allah itu bengkok terpesong. Dan ingatlah semasa kamu dahulu sedikit bilangannya lalu Allah menjadikan kamu kembang ramai, serta perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berbuat kerosakan.  
Chinese
你們不要伺候在每條道路上,恐嚇別人和阻止確信真主的人入真主的大道,而且 想暗示它是邪路。你們應該記得,你們原是少數的,隨後他使你們的人口增多,你們看看作惡者的結局是怎樣的。 
Tamil
"மேலும், நீங்கள் ஒவ்வொரு வழியிலும் உட்கார்ந்து கொண்டு, அல்லாஹ்வின் மீது ஈமான் கொண்டவர்களை பயமுறுத்தி, (அவர்களை) அல்லாஹ்வின் பாதையை விட்டுத்தடுத்து, அதில் கோணலை உண்டு பண்ணாதீர்கள்; நீங்கள் சொற்பத் தொகையினராக இருந்தீர்கள்; அவன் உங்களை அதிக தொகையினராக்கினான் என்பதையும் நினைவு கூறுங்கள் - குழப்பம் செய்து கொண்டிருந்தோரின் முடிவு என்னுவாயிற்று என்பதைக் கவனிப்பீர்களாக" (என்றும் கூறினார்).
7:86

     Dalam ayat ini jelas Allah Taala melarang

1)      melakukan kerosakan (fasad) dibumi Allah
2)      menghalangi orang soleh dan beriman dari jalan Allah

     Fasad atau kerosakan dibumi dilesudutkan kepada aspek kerosakan aqidah dengan menegakkan syirik.  Syirik adalah dosa yang paling besar yang tiada diampun oleh Allah.  Inilah yang dilakukan oleh pemerintahan dahulu yang diceritakan oleh Al-Qur'an.

Firaun menyatakan bahawa "Akulah Tuhan kamu (Bani Israel) yang paling tinggi" 

Namrud ketika berdialog dengan Nabi Ibrahim mengambil sifat Allah dengan mengatakan bahawa "Aku boleh menghidupkan dan mematikan sepertimana Tuhan kamu ( Tuhan Nabi Ibrahim, Allah).  Lalu Namrud menunjukkan bagaimana yang dikatakan yang dia boleh menghidup dan mematikan.  Dipanggilnya seorang yang bersalah lalu diampun oleh Namrud maka dikatakan bahawa Namrud mempunyai sifat menghidupkan.  Namrud panggil pula orang lain maka dibunuh.  Oleh itu Namrud memiliki sifat mematikan.  .  Lalu Nabi Ibrahim mencabar Namrud untuk mendatangkan cahaya matahari. 

UMNO juga sentiasa bekerja untuk mensyirikkan Allah.  UMNO tidak mahu pengikutnya mengabdi setia dengan Allah. Antara kerja syirik UMNO

1)  Fasad UMNO dalam kalimah Allah. 
Perjuangan batil.  Pemimpin UMNO mengatakan bahawa tuhan orang melayu ialah Allah dan tuhan orang lain ialah bukan Allah.  Jelas kesyirikan UMNO.  Mana boleh wujud 2 tuhan dalam alam ini.  Tuhan kepada seluruh makhluk hanyalah satu iaitu Allah.

2)   Fasad UMNO dalam penyerahan diri kepada Allah
Banyak sekali pemimpin UMNO yang menyatakan "kalau tak ada UMNO bangsa melayu mati",  hanya "UMNO penyelamat bangsa melayu" dan lain-lain.  Ini juga adalah syirik.  UMNO ditubuh tahun 1946.  Macamana melayu sebelum 1946? Mereka hidup dengan baik.  Alam ini sama sekali hanya ditadbir oleh Allah.  Allah tidak pernah berkongsi dengan UMNO dalam mentadbir bangsa melayu.

3)   Fasad UMNO dalam pemerintahan yang tidak Islami
 Fasad jenis ini adalah sangat terserlah dalam UMNO.  UMNO sama sekali tidak mahu kepada Islam.  Yang UMNO mahu ialah perkauman sempit yang ditentang Islam.  Faham asobiyah sangat menebal dalam UMNO.  Asobiyah ialah membantu saudaranya walau dalam perkara batil.  Orang cina dan India mahupun bangsa lain semacam bukan makhluk Allah.  UMNO hanya membantu bangsa melayu walaupun tidak layak. Termasuk dalam fasad ini ialah
a.    membela mereka yang berkhianat (sifat munafik)
b.    budaya rasuah dalam UMNO (budaya ahli neraka, ahli UMNO merasa bahawa rasuah suatu kebaikan)
c.    memungkiri janji (sifat munafik, antara isu royalti minyak Kelantan)
d.    bercakap bohong (sifat munafik,  royalti dikatakan ehsan)
e.    tidak menyiasat rasuah berprofil tinggi (rasuah PFKZ, isu bangunan runtuh di Terengganu Darul Runtuh)
dan pasti banyak lagi jika disenaraikan.

4)  Fasad UMNO dalam hukum Allah
5)  Fasad UMNO dalam ekonomi yang bersifat Riba
6)  Fasad UMNO dalam menghayati akhlak Islamiyah

     Wahai orang Melayu kami menyeru UMNO pertubuhan mungkar.  Tinggalkannya sekiranya anda mahu hidup anda selamat di dunia dan akhirat.  Hanya Islam dan Iman pilihan hidup.  Kembali kepada kehidupan yang di atur oleh Al-Qur'an dan Sunnah yang menyelamatkan kita didunia dan akhirat.  Segeralah kembali.  Jangan malu.  Jangan fikir aku dah terlajak.  Allah Maha Penyayang lagi Maha Pengampun.  Tinggalkan UMNO. 

1 komen:

RZ3686 13 Jun 2012 pada 2:47 PTG  

Islam, dulu kini dan selamanya..

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP