#1

UMNO BERTENTANGAN DENGAN ISLAM

>> Isnin, April 12, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 46

UMNO MEWARISI PENYAKIT HATI DAN
MENDAPAT AZAB PEDIH DARI ALLAH


DOA MEMOHON TAUFIQ DARI ALLAH

"Wahai Allah, Engkaulah yang menguasai hati manusia, kami hanya membuat seruan.  Engkau bukakanlah hati pemimpin UMNO, penyokong UMNO, ahli UMNO, veteran UMNO, Ustaz/ustazah UMNO supaya menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dan mereka melihat bahawa UMNO adalah mungkar.  Wahai Zat Yang Maha Berkuasa perkenankanlah permohonan hambamu ini. AMIN


ALLAH  TAALA BERFIRMAN SURAH AL-BAQARAH AYAT 10



Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). 
Chinese
他 們的心裡有病,故真主增加他們的心病;他們將為說謊而遭受重大的刑罰。 
Tamil 
அவர்களுடைய இதயங்களில் ஒரு நோயுள்ளது, அல்லாஹ் (அந்த) நோயை அவர்களுக்கு இன்னும் அதிகமாக்கி விட்டான்; மேலும் அவர்கள் பொய்சொல்லும் காரணத்தினால் அவர்களுக்குத் துன்பந்தரும் வேதனையும் உண்டு.
(2:10) 
 

  Ayat ini menyatakan dengan jelas bahawa orang yang membenci Islam memiliki penyakit dalam hatinya.  Antara penyakit hati adalah hasad, dengki, khianat, membenci orang saleh, membenci Islam yang menyeluruh, dan penyakit hati yang lain.  Al-Qur'an dengan jelas menunjukkan penyakit hati yang lain ialah
1)      mendustakan agama
2)     mengherdik anak yatim
3)     menghentikan bantuan fakir miskin
4)     rasuah
dan lain-lain penyakit yang membawa kepada kemurkaan Allah.  Memang penyakit ini tidak kelihatan namun diterjemah dalam bentuk perbuatan dan perkataan.

     UMNO mewarisi perangai  orang munafik ini. , antaranya, 


1)    UMNO tak suka penghayatan Islam yang syumul

2)    Pemimpin UMNO makan duit PPRT (Projek Pembangunan Rakyat Termiskin), 

3)    Pemimpin UMNO pendusta terhadap agama -  Al-Qur'an mengatakan bahawa mesti kehidupan diurus dengan kesyumulan Islam, Pemimpin UMNO kata agama dan kehidupan tiada kaitan

4)    Budaya rasuah di perangi, namun UMNO kata rasuah sudah sebahagian dari kehidupan

5)    Kuasa hendaklah berpaksi kepada Al-Qur'an dan Sunnah, UMNO mengurusnya mengikut sekehendak hati.  Berlaku bermacam penyelewengan kuasa. 

 6)    UMNO kata  rakyat mestilah mengikut perlembagaan, UMNOlah yang melanggar perlembagaan (rampasan kuasa Perak)

7)    Islam menyatakan bahawa perbuatan tutup aurat adalah baik, UMNO kata buka aurat adalah baik.   Itu sebab pemimpin utama UMNO (Ketua Wanita UMNO) dan isteri para pemimpin UMNO adalah tidak bertudung.

     Inilah perlanggaran yang berterusan UMNO yang sudah tidak lagi berada pada landasan agama.  Ahli UMNO berasa sakit hati dengan Islam.  Bersedia melakukan apa sahaja perbuatan yang bertentangan dengan Islam.  Wahai ahli UMNO bertaubatlah dengan taubatan nasuha.  Bebaskan diri anda dan sebutlah "kami dah getik kat UMNO - sayonara UMNO".  Fikir-fikirkan

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP