#1

UMNO CIPTA HUKUM POLITIK - HARAM DALAM MASJID, LUAR MASJID HALAL

>> Khamis, April 29, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU

FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 64



Allah Taala Berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 257


Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. 
Chinese
真主是信道的人的保祐者,使他們從重重黑暗走入光明;不信道的人的保祐者是惡 魔,使他們從光明走入重重黑暗。這等人,是火獄的居民,他們將永居其中。 
Tamil 
அல்லாஹ்வே நம்பிக்கை கொண்டவர்களின் பாதுகாவலன் (ஆவான்) அவன் அவர்களை இருள்களிலிருந்து வெளிச்சத்தின் பக்கம் கொண்டு வருகின்றான்;. ஆனால் நிராகரிப்பவர்களுக்கோ - (வழி கெடுக்கும்) ஷைத்தான்கள் தாம் அவர்களின் பாது காவலர்கள்;. அவை அவர்களை வெளிச்சத்திலிருந்து இருள்களின் பக்கம் கொண்டு வருகின்றன. அவர்களே நரகவாசிகள்; அவர்கள் அதில் என்றென்றும் இருப்பர்.
(2:257)


UMNO CIPTA HUKUM POLITIK - HARAM DALAM MASJID TAPI HALAL DILUAR MASJID

     Islam membenarkan politik.  Perkataan waliy pada ayat diatas adalah lambang kepada kepimpinan.  Pemimpin yang di pilih oleh manusia.  Ciri pemimpin mestilah

1)  yang dapat memimpin manusia kepada Allah,
2)  mencari keredhaan Allah,
3)  melaksanakan perintah Allah,
4)  berjuang dan berjihad menegakkan hukum Allah

lalu manusia mestilah dididik dengan keilmuan Islam sehingga wujud ciri di atas.  Dalam konteks Nabi Muhammad saw maka tarbiyah Nabi berlaku dalam masjid.  Termasuk untuk melatih kepimpinan,  Nabi melaksanakannya dalam masjid. Nabi Muhammad saw membicarakan hal politik dalam masjid.  Menceritakan kepada para sahabat tentang dua kuasa besar yang perlu diruntuhkan iaitu Rome dan Parsi.  Tidak pernah berlaku dualism dalam diri Nabi iaitu membacakan ayat Al-Qur'an di dalam masjid Nabi (surah Rum) dan dalam masa yang sama menceritakan hal Rome dan Parsi di luar masjid.

Pemimpin jenis kedua ialah pemimpin yang ikut telunjuk syaitan (YAHUDI/NASRANI).  Ciri jenis pemimpin jenis ini ialah

1)  suka menipu (budaya UMNO)
2)  suka rasuah (budaya UMNO)
3)  ambil Yahudi sebagai penasihat (budaya UMNO)
4)  Benci pada hukum Allah (budaya UMNO)
5)  Benci pada Al-Qur'an dan Sunnah (budaya UMNO)
6)  Haramkan Jawi (1968), Jawi tulisan Al-Qur'an.  Ramai tak boleh baca Qur'an (kerja UMNO)
7)  haram cakap politik dalam masjid.  Cakap politik diluar masjid (kerja UMNO)
8)  Tak nak bertudung (budaya orang UMNO)
9)  memiliki akhlak buruk (orang UMNO)

  Orang yang mempunyai budaya di atas, Allah sebut mereka Thaga - melampaui batas -d neraka Allah.
UMNO amalkan budaya songsang Islam dalam kehidupan.  Islam membenarkan cakap politik di mana sahaja termasuk dalam masjid.  UMNO kata tak.  Dalam masjid tak boleh (haram) tapi luar masjid boleh (halal).

Mari pula kita letakkan babi.  Macamana?  Mengikut kaedah hukum UMNO maka Babi Luar masjid haram tapi dalam masjid halal.  Rasuah pada UMNO macam mana?  Hukum Rasuah pada UMNO ialah kalau manusia nampak rasuah hukumnya haram tapi kalau manusia tak nampak maka rasuah hukumnya adalah halal.

Islam sangat konsisten.  Babi adalah haram, maka di mana sahaja adalah haram.  Judi haram maka apa sahaja bentuk judi dan pertaruhan ,  ia adalah haram.  Kena dengan UMNO ia ubah ikut selera nafsunya.  Ini lah Thaghut - melampaui batas.  Orang yang melampaui batas dihumban oleh Allah dalam neraka.

Bertaubatlah wahai ahli UMNO.  Kembalilah kepada Al-Qur'an dan Sunnah.  Jangan buat hukum sendiri.  Ikut Al-Qur'an dan Sunnah selamat di dunia dan akhirat.

RAKYAT MESTI TERUS TUNTUT PILIHANRAYA YANG ADIL. RAKYAT MENUNTUT
1) SPR BERADA DI BAWAH SELIAAN PARLIMEN
2) CELUP JARI DENGAN DAKWAT KEKAL MESTILAH SEGERA DIBUAT OLEH SPR
3) TENTERA DAN POLIS TIDAK DIBENARKAN MENGUNDI
4) MENGUNDI HANYA UNTUK ORANG AWAM DAN ADA KAD PENGENALAN
5) PENDAFTARAN AUTOMATIK UNTUK WARGA NEGARA MALAYSIA 18 TAHUN KEATAS.
6) SPR MESTI BERKECUALI

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP