#1

UMNO AKAN BERSAMA ABU LAHAB DALAM KEHANCURAN NEGERI AKHIRAT

>> Isnin, April 19, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 53

JANGAN UNDI CALON BN, 
BN MENGEKALKAN KEMUNGKARAN MENENTANG HUKUM ALLAH

DOA MEMOHON TAUFIQ DARI ALLAH

"Wahai Allah, Engkaulah yang menguasai hati manusia, kami hanya membuat seruan.  Engkau bukakanlah hati pemimpin UMNO, penyokong UMNO, ahli UMNO, veteran UMNO, Ustaz/ustazah UMNO supaya menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dan mereka melihat bahawa UMNO adalah mungkar.  Wahai Zat Yang Maha Berkuasa perkenankanlah permohonan hambamu ini. AMIN

UMNO AKAN BERSAMA ABU LAHAB DALAM KEHANCURAN NEGERI AKHIRAT


Allah Taala berfirman dalam surah masad



Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama! Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang. Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. - Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal. 
Chinese
願焰父兩手受傷!他必定受傷 , 他的財產 ,和他所獲得的 ,將無裨于他 , 他將入有焰的烈火 , 他的擔柴的妻子 ,也將入烈火 ,她的頸上繫著一條堅實的繩子。 
Tamil
அபூலஹபின் இரண்டு கைகளும் நாசமடைக, அவனும் நாசமாகட்டும்.அவனுடைய பொருளும், அவன் சம்பாதித்தவையும் அவனுக்குப் பயன்படவில்லை.விரைவில் அவன் கொழுந்து விட்டெரியும் நெருப்பில் புகுவான்.விறகு சுமப்பவளான அவனுடைய மனைவியோ,அவளுடைய கழுத்தில் முறுக்கேறிய ஈச்சங் கயிறுதான் (அதனால் அவளும் அழிவாள்).
(111:1-5) 
 
      Surah Masad adalah surah yang menceritakan perihal laknat Allah Taala kepada Abu Lahab.  Kenapa Allah Taala melaknat Abu Lahab?  Sedangkan jasa Abu Lahab juga banyak antaranya

1)  menyertai perbincangan memberi nama kepada Nabi Muhammad saw
2)  mencari ibu susuan kepada Nabi Muhammad saw
3)  manusia yang paling gembira dengan kelahiran Nabi Muhammad saw
4)  manusia yang sentiasa membelai, mendukung dan menimang Nabi Muhammad saw
   
     Apakah dengan jasa-jasa ini tidak layak Abu Lahab mendapat syurga?  Tetapi kenapa Abu Lahab dilaknat oleh Allah?  Tidak lain kerana menentang risalah kenabian dan kerasulan yang dibawa Nabi Muhammad saw.  Ungkapan yang sering disebut oleh Abu Lahab kepada nabi Muhammad saw ialah '"kamu Muhammad membawa ajaran baru yang bertentangan dengan agama nenek moyang kami, kamu pemecah belah masyarakat".  Hampir setiap kali pertemuan dengan Nabi, itulah ungkapan yang disebut oleh Abu Lahab.

     Diturunkan surah Masad oleh Allah Taala membuat pembelaan terhadap Nabi Muhammad saw.  Yang sebenar dilaknat tidak lain ialah Abu Lahab.

     Begitulah UMNO.  Apakah UMNO tidak berjasa membangunkan umat?  Jasa UMNO sangat banyak hingga tidak terkira. Tetapi apakah itu menjadi perkiraan disisi Allah?  UMNO berjasa kepada umat tetapi dalam masa yang sama menentang hukum Allah.  Maka apakah jasa UMNO yang banyak itu diperkirakan disisi Allah?  Maka celakalah segala usaha UMNO kerana menentang hukum Allah.

     Ahli UMNO selalu berfikir bahawa jasa UMNO membangunkan masjid.  Abu Lahab dan Abu Jahal bukan lagi membangunkan masjid mereka membina Kaabah.  Malahan sejarah Kaabah dalam konteks pembinaan Hijir Ismail - bangunan yang dibina serendah itu- kerana duit halal tidak mencukupi.  Abu lahab dan Abu Jahal juga berfikir tentang kehalalan duit untuk membina rumah ibadah.  Tetapi semuanya tidak berguna lagi kerana Abu Lahab menentang risalah kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad saw.  Oleh yang demikian UMNO juga akan senasib dengan Abu Lahab.

     UMNO juga menentang risalah kenabian dan kerasulan, antaranya

1)   Menentang Hudud
2)   Menentang Qisas
3)   Penasihat UMNO ialah APCO - APCO Yahudi
4)   Isteri pemimpin UMNO tidak mahu bertudung
5)   UMNO menyekat pengajian di Masjid
6)   Kefahaman UMNO tentang Islam tidak syumul
dan banyak lagi.

     Wahai ahli UMNO di semua peringkat, fikir-fikirkan.  Apakah anda mahu perhimpunan di hari qiyamat nanti dengan Abu Lahab?  Sekiranya anda mahu kekallah anda dalam UMNO dan hari qiyamat nanti anda tidak akan menjumpai Nabi Muhammad saw.

     Kalau anda wahai ahli UMNO mahu menjumpai Nabi Muhammad saw, tidak ada pilihan melainkan anda meninggalkan UMNO dengan segera.  Takkan anda yang menentang risalah Nabi Muhammad saw, anda akan bertemu dengan orang yang anda tentang?  Fikir-fikirkan.  Selamat Tinggal UMNO untuk kebahagian akhirat anda.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP