#1

UMNO TENGGELAM DALAM KEMEWAHAN YANG MEROSAKKAN

>> Selasa, April 06, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 40

UMNO TENGGELAM DALAM KEMEWAHAN 
YANG MEROSAKKAN

DOA MEMOHON TAUFIQ DARI ALLAH

"Wahai Allah, Engkaulah yang menguasai hati manusia, kami hanya membuat seruan.  Engkau bukakanlah hati pemimpin UMNO, penyokong UMNO, ahli UMNO, veteran UMNO, Ustaz/ustazah UMNO supaya menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dan mereka melihat bahawa UMNO adalah mungkar.  Wahai Zat Yang Maha Berkuasa perkenankanlah permohonan hambamu ini", AMIN

ALLAH TAALA BERFIRMAN DALAM SURAH AL-ISRA AYAT 16





Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya. 
Chinese
當我要毀滅一個市鎮的時候,我命令其中過安樂生活者服從我,但他們放蕩不檢, 所以應受刑罰的判決。於是我毀滅他們。 
Tamil
நாம் ஓர் ஊரை (அதன் தீமையின் காரணமாக) அழிக்க நாடினால், அதிலுள்ள (வசதியான) சுகவாசிகளை (நேர்வழியைப் பின்பற்றி வாழுமாறு) நாம் ஏவுவோம்; ஆனால் அவர்களோ (நம் ஏவலுக்கு கட்டுப்படாமல்) வரம்பு மீறி நடப்பார்கள். அப்போது, அவ்வூரின் மீது, (வேதனை பற்றிய நம்) வாக்கு உண்மையாகி விடுகிறது - அப்பால், நாம் அதனை அடியோடு அழித்து விடுகிறோம்.
17:16 

    Daripada ayat diatas jelas bahawa kekayaan akan membawa kepada kemusnahan.  Kemusnahan yang dilihat Allah bukan hanya daripada sudut kezaliman dan penganiayaan sesama manusia tetapi yang sangat diutamakan ialah melanggar perintah Allah.  Orang-orang yang memiliki kekayaan kecenderungan mereka ialah melanggar perintah Allah.  Bentek kecenderungan yang sedemikian rupa akhirnya menyebabkan datang bala yang menghancurkan keseluruhan manusia.

     Inilah yang sedang dihayati oleh UMNO.  Pemimpin UMNO kaya dengan cara yang diharamkan oleh Allah.  Yang kaya ialah
1)    adik beradik PM (Presiden UMNO),
2)    Mantan PM (mantan Presiden UMNO) - menantunya kaya raya, 
3)    Mantan-mantan PM (mantan Presiden UMNO)  - anaknya kaya dalam senarai ke 20 di Malaysia tetapi antara hasil kekayaannya ialah membeli kilang arak terbesar di Filipina.

Ini bermakna yang dikeliling kelalang Presiden UMNO tiba-tiba akan menjadi kaya raya.Macamana ini berlaku.  Maka sudah pasti kekayaan diperolehi hasil menggunakan kekuasaan yang ada. Demikianlah UMNO di peringkat tertinggi.

    Diperingkat pertengahan UMNO pula dengan kuasa yang ada pada mereka maka kontrak-kontrak diperingkat kerajaan diagihkan secara tender terus. Syarikat yang tidak layak tetapi UMNO punya akan diberikan.  Inilah yang dikatakan asobiyah iaitu membantu kawan yang sebangsa walaupun dengan membuat penganiayan terhadap mereka yang berlekayakan. Bukan tender terbuka seperti yang diamalkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, Perak (sebelum dirampas UMNO), Kedah, Selangor dan Kelantan (sudah lama mengamalkannya).  Tender yang murah dan berkelayakan akan diberikan tender. 

     Diperingkat bawah dan akar umbi UMNO mereka menjadi pelaksana peojek.  JKKK akan memdapat habuannya asalkan ikut sahaja arahan mereka yang diatas.  Berdasarkan kepada kerja yang seperti ini duit projek RM100 ribu yang diperolehi rakyat hanyalah RM10 ribu sahaja.  Kerana telah dizalimi dalam perjalanan sampai kepada rakyat.  Inilah kerja UMNO. 

    Itu sebab UMNO takut kerajaan Kelantan menerima royalti.  Ketakutan ini sangat jelas apabila Kelantan layak mendapat royalti ditukar kepada wang ehsan.  Wang ehsan disalurkan kepada ketua UMNO bahagian.  Tidakkah UMNO belajar daripada fenomena wang ehsan di Terengganu?  Semua yang dibina runtuh. Stadium - runtuh, masjid - runtuh, perhentian bas - runtuh, terkini bangunan dalam universiti - runtuh.  

     Ini belum lagi projek yang berbentuk Rasuah oleh UMNO dalam pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor.  Sudah diluluskan oleh pemimpin UMNO ialah membina jambatan dengan RM 2 juta.  Kalau BN menang akan dibina sekolah 1 sekolah menengah dan 2 sekolah rendah.  Di Hulu Selangor pengundi Melayu ialah seramai 54%.  Kalau UMNO gagal meletakkan calon melayu, apakah ada political will  pada UMNO?  Kenapa sokong lagi UMNO sekiranya calon dari MIC diletakkan bertanding?  Benarkah UMNO memperjuangkan Melayu?  Mana kekuatan kumpulan pendesak melayu seperti PERKASA? GPMS? 

     Oleh yang demikian sudahlah kekayaan negara disapu oleh kroni UMNO dan amalan nepotisme UMNO, UMNO kini sudah hilang wibawa dan kekuatannya.  Kenapa orang melayu masih menyokong lagi UMNO?  Yob dan yong yang masih lagi UMNO bebaskan diri anda daripada UMNO.  Kekayaan yang diperolehi secara haram akan dilaknat Allah.  Laknat Allah itu turun kepada seluruh manusia.  Fikir-fikirkan.  Orang yang sentiasa mengira harta digolongkan Allah dalam golongan celaka.  Orang yang merasakan bahawa dengan harta segala-galanya akan boleh diperolehi juga akan dilaknat oleh Allah.  Mudah-mudahan anda terselamat daripada bencana yang disebabkan oleh UMNO. 

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP