#1

UMNO SOMBONG DAN TAKABUR TERHADAP KEBENARAN AL-QUR'AN

>> Ahad, April 04, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELALYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 38

UMNO SOMBONG DAN TAKABUR TERHADAP KEBENARAN AL-QUR'AN

DOA MEMOHON TAUFIQ DARI ALLAH

"Wahai Allah, Engkaulah yang menguasai hati manusia, kami hanya membuat seruan.  Engkau bukakanlah hati pemimpin UMNO, penyokong UMNO, ahli UMNO, veteran UMNO, Ustaz/ustazah UMNO supaya menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dan mereka melihat bahawa UMNO adalah mungkar.  Wahai Zat Yang Maha Berkuasa perkenankanlah permohonan hambamu ini", AMIN

FIRMAN ALLAH TAALA DALAM SURAH AL-A'RAF 75-76




Ketua-ketua yang sombong takbur dari kaumnya berkata kepada orang-orang yang dipandang lemah iaitu orang-orang yang telah beriman di antara mereka: "Tahukah kamu bahawa Soleh itu diutus dari Tuhannya?" Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami beriman kepada apa yang ia diutus untuk menyampaikannya". 
Chinese
他的宗族中驕做的貴族們對本族中被欺壓的人們,即信道的人們說:「你們知道 撒立哈是他的主派來的使者嗎?」他們說:「我們是確信他的使命的。」 
Tamil
அவருடைய சமூகத்தாரில், (ஈமான் கொள்ளாமல்) பெருமையடித்துக் கொண்டிருந்த தலைவர்கள் பலஹீனர்களாக கருதப்பட்ட ஈமான் கொண்டவர்களை நோக்கி; "நிச்சயமாக ஸாலிஹ் அவருடைய இறைவனிடமிருந்து அனுப்பப்பட்ட தூதரென நீங்கள் உறுதியாக அறிவீர்களோ?" எனக் கேட்டார்கள் - அதற்கு அவர்கள், "நிச்சயமாக நாங்கள் அவர் மூலம் அனுப்பப்பட்ட தூதை நம்புகிறோம்" என்று (பதில்) கூறினார்கள்.
7:75
Orang-orang yang sombong takbur itu berkata: "Sesungguhnya kami tetap ingkar akan orang yang kamu beriman kepadanya". 
Chinese
那些驕做的人說:「我們絕不信你們所確信的。」 
Tamil
அதற்கு பெருமையடித்துக் கொண்டிருந்தவர்கள்; "நீங்கள் எதை நம்புகின்றீர்களோ, அதை நிச்சயமாக நாங்கள் நிராகரிக்கின்றோம்" என்று கூறினார்கள்.
7:76
 

      Dari firman Allah diatas jelas menunjukkan bahawa terdapat satu golongan dalam kalangan manusia yang menolak da'wah para Rasul Allah.  Setiap umat yang diutuskan Nabi dan Rasul kepada mereka wujud budaya menentang Nabi dan Rasul.  Ini kerana Nabi dan Rasul membawa ajaran Allah yang bertentangan dengan hawa nafsu manusia.  Apabila Rasul membawa ajaran yang bertentangan dengan hawa nafsu maka manusia menolak kerana sudah tidak bersendi kepada hukum syara;.  Hukum dalam kehidupan mereka ialah hukum akal dan hukum adat.  Manusia mahu antaranya
1)    minum arak, 
2)    judi, 
3)    perzinaan, 
4)    hidup berfoya, 
5)    pergaulan bebas, 
6)    ekonomi riba - untung berlipat ganda, 
7)    bebas ikatan agama, 
8)    boleh berpeluk-cium macam orang Barat, 
9)    mengambil harta wang rakyat sesuka hati, 
10)  rasuah, 
11)  melakukan penganiayaan kuat menindas yang lemah, 
12)  membuat dan mencipta fitnah, 
13)  hakim dan mahkamah tidak lagi memperjuangkan keadilan malahan dipergunakan untuk kepentingan pemimpin UMNO, mengekalkan rampasan kuasa yang dibuat oleh Pemimpin UMNO
14)  SPRM diguna untuk melindungi pemimpin UMNO yang melakukan rasuah, 
15)  polis yang sepatutnya bertindak profesional memberi keselamatan kepada rakyat diperalat oleh UMNO,
16)  Pemimpin yang menyatakan kebenaran di pecat, dihadapkan kepada JK hak dalam Parlimen
17)  Ustaz yang menyatakan kebenaran Al-Qur'an di dalam masjid dipecat oleh Pengerusi Masjid yang UMNO

Inilah kerja UMNO.  UMNO adalah paksi kejahatan.

     Inilah yang terjadi dengan UMNO.  Asas hukum orang UMNO ialah hukum akal dan hukum adat.  Oleh kerana asas hukum dalam kehidupan ialah hukum akal dan adat maka orang UMNO, pemimpin UMNO, ustaz dan ustazah UMNO, maka UMNO  sombong dan bongkak terhadap kebenaran Al-Qur'an.  Mereka tidak mahu menerima kebenaran Al-Qur'an malahan tetap dan terus engkar.

     Ada sebahagian orang UMNO yang menerima sebahagian daripada Al-Qur'an dan menolak sebahagian yang lain . Kehidupan orang UMNO dipandu oleh akal dan hawa nafsu.  Orang UMNO menerima solat, puasa, zakat dan haji sebagai sebahagian tanggungjawab Islam.  Tetapi menolak kewajipan yang lain seperti melaksanakan hukum Allah, membebaskan ekonomi daripada judi dan riba. Ini juga termasuk sombong dan takabur terhadap Al-Qur'an. 

    Kemanakah kembalinya anda wahai orang UMNO?  Bukankah kembali kepada Allah?  Anda akan dimatikan, dikapankan, disembahyangkan, dan dikuburkan?  Mampukah anda melawan takdir Allah?  Oleh yang demikian segeralah kembali kepada ajaran Al-Qur'an.  Jangan undi pemimpin UMNO kerana anda akan mengekalkan UMNO di paksi kejahatan.  Fikir-fikirkan.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP