#1

UMNO GAGAL PERTAHAN ASAS PERJUANGAN MELAYU- CALON BN DALAM PRK HULU SELANGOR ADALAH DARI MIC

>> Jumaat, April 09, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 43

UMNO GAGAL PERTAHAN ASAS PERJUANGAN MELAYU
CALON PRK HULU SELANGOR ADALAH DARI MIC

DOA MEMOHON TAUFIQ DARI ALLAH

"Wahai Allah, Engkaulah yang menguasai hati manusia, kami hanya membuat seruan.  Engkau bukakanlah hati pemimpin UMNO, penyokong UMNO, ahli UMNO, veteran UMNO, Ustaz/ustazah UMNO supaya menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dan mereka melihat bahawa UMNO adalah mungkar.  Wahai Zat Yang Maha Berkuasa perkenankanlah permohonan hambamu ini", AMIN

FIRMAN ALLAH TAALA SURAH ALBAQARAH AYAT 7


(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar. 
Chinese
真主已封閉他們的心和耳,他們的眼上有翳膜;他們將受重大的刑 罰。
Tamil
அல்லாஹ் அவர்களின் இதயங்களிலும், அவர்கள் செவிப்புலன்களிலும் முத்திரை வைத்துவிட்டான்;, இன்னும் அவர்களின் பார்வை மீது ஒரு திரை கிடக்கிறது, மேலும் அவர்களுக்கு கடுமையான வேதனையுமுண்டு.
 (2:7)


     Firman Allah Taala ini adalah untuk segolongan manusia yang mempertahankan kedegilan untuk perkara yang merosakkan kehidupan mereka.  Kesemua pancainderanya dikunci mati oleh Allah.  Hati dan perasaan dibuang Allah dengan tiada sensitif, telinga dipekakkan dan mulut dibisukan.  Hujah dengan mereka sama sahaja sifatnya.  Mereka enggan.

     Inilah fenomena UMNO.  Satu tubuh orang UMNO yang hatinya ditutup rapat, telinga di pekakkan Allah dan mulut dibisukan Allah sudah tidak lagi mahu menerima hujah.  Orang UMNO menolak semua hujah.  Wahai Allah bukakanlah pintu hati manusia UMNO yang bertabiat seperti ini.

     Untuk ahli UMNO yang atas pagar maka kami berhujah seperti berikut.

 UMNO kata asas perjuangannya adalah Melayu.  Data yang jelas ialah pengundi Melayu di PRK HULU SELANGOR ialah 52.7 peratus.  Pengundi melayu adalah majoriti.  Tetapi UMNO tidak meletakkan calon melayu.  PM Najib kata BN akan letak calon dari MIC.  Inilah setiakawan dalam BN.  Mana perjuangan Melayu UMNO?  Mana PERKASA?  Mana GPMS?  Kenapa diam apabila UMNO gagal meletakkan calon Melayu.

     Dalam Pakatan Rakyat jelas, pengundi Cina majoriti - DAP bertanding, pengundi Melayu mencecah lebih 70 peratus maka PAS bertanding dan yang terletak anta keduanya itu maka PKR akan bertanding.  Inilah kegusaran UMNO-BN menghadap PR.  Inilah perbezaan yang jelas antara UMNO-BN dengan Pakatan Rakyat.

     Dalam Pakatan Rakyat penggabungan tidak meleburkan ciri parti.  Penggabungan 3 parti dalam Pakatan Rakyat terus mengekalkan corak dan prinsip perjuangan.  Justeru PAS tidak pernah meleburkan prinsip perjuangan walaupun bergabung dalam Pakatan Rakyat.  Malahan PAS terus membawa obor perjuangan Islam bersama dengan rakan dalam Pakatan Rakyat.  Begitu juga DAP kekal dengan prinsip perjuangannya.  Begitu juuga dengan PKR kekal dengan prinsip perjuangan masing-masing.  Antara prinsip asas ialah untuk

1)  melawan musuh yang sama UMNO-BN
2)  memenangkan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya Umum
3)  sebagai sebuah Pakatan Rakyat dalam parti yang berjalan sistem demokrasi sudah pasti matlamat pemerintahan adalah menjadi utama.
4)  Pakatan Rakyat dalam konvensyen PR 2009 bersetuju menerimpakai Perlembagaan Malaysia sebagai asas dalam pembentukan negara

    Berbeza dengan UMNO.  BN adalah penggabungan 14 buat parti.  Kesemua parti meleburkan prinsip partinya dan mendukung BN.  Termasuk UMNO sebenarnya melebur prinsip perjuangan Melayunya dengan mendukung aspirasi BN.  Terbukti dalam PRK HULU SELANGOR walau majoriti pengundi adalah Melayu tetapi calon BN adalah dari MIC.  Wahai orang UMNO sanggup ke nak pangkah calon dari MIC?  Inilah 1 Malaysia.

     Di kampung-kampung nanti pemimpin UMNO berkempen bahawa orang kampung  kena pangkah BN kerana UMNO adalah tulang belakang BN.  Tanpa UMNO, BN tak boleh hidup.  Begitulah penipuan pemimpin UMNO dengan orang kampung.  Kempen yang lebih jahat yang akan dibuat oleh pemimpin UMNO ialah bahawa kalau orang kampung mengundi PKR maka akan terjadi 13 mei.  Inilah perkauman yang diamalkan oleh pemimpin UMNO.  Wahai orang kampung jangan tertipu dengan dakyah UMNO.  UMNO pembohong.

     Wahai ahli UMNO yang atas pagar maka berpindahlah kamu dari UMNO.  Jangan duduk bersama lagi  UMNO.  Sertailah Pakatan Rakyat.  Mengundilah calon dari Pakatan Rakyat.  Cukuplah UMNO membohongi anda selama ini.  Ucapkanlah "SELAMAT TINGGAL UMNO, SAYONARA UMNO, GOODBYE UMNO"  FIKIR-FIKIRKAN

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP