#1

KULIAH POLITIK ISLAM MEMERLUKAN SEBUAH KOMPUTER RIBA DAN BROADBAND

>> Selasa, April 06, 2010

KULIAH POLITIK ISLAM

    Untuk mengharungi gelombang politik durjana dan munafik ini maka PAS Tambun telah melaksanakan program Kuliah Politik Islam sejak setahun yang lalu.  Objektif kuliah ini tidak lain ialah untuk menyalurkan maklumat yang tepat kepada rakyat.  Dalam kuliah politik ada dua sesi iaitu bacaan kitab dan maklumat semasa.

   Perbahasan tentang isu semasa memerlukan penggunaan teknologi terkini iaitu internet.  Perbahasan di Parlimen sebagai contoh akan dipaparkan dengan ucapan yang real daripada Ketua Pembangkang dan bukan lagi huraian penceramah sahaja.  Seolah-olah Ketua Pembangkang berceramah dihadapan audien.  Kaedah ini nampak menarik perhatian ramai dan diminati. 

   Setakat ini Kuliah Politik telah berjalan di tempat berikut

1)    Taman Meru  (setiap Isnin malam selasa)        2)    Chepor
3)    Taman Klebang Jaya                                      4)    Chemor
5)    Kg Jelapang Jaya                                           6)     Kg Dato Said Tambahan 3 (KDAS)
7)    Klebang Prima (akan dibuka)

     Maka sesiapa yang berminat maka kami sangat mengalukan dermawan untuk menderma dan berinfaq kepada kami 

     1)   sebuah laptop - komputer riba (kini dipinjam bila hendak digunakan)
     2)   Broadband yang berkuasa tinggi (celcom, maxis - ikut kesesuaian tempat dan liputan talian)

   Hubungi saya 019-5101772..  Saya berdoa semoga ada di kalangan tuan puan yang tampil untuk membantu kami dalam menyebarkan maklumat yang tepat.  Dengan maklumat yang tepat maka rakyat akan membuat keputusan yang tepat.  keputusan yang tepat itu ialah tidak menyokong lagi kemungkaran yang ditaja UMNO.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP