#1

UMNO KEKAL DALAM MENGIKUT JEJAK LANGKAH NENEK MOYANG

>> Rabu, April 07, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 41

UMNO KEKAL DALAM MENGIKUT JEJAK LANGKAH NENEK MOYANG, MENOLAK AL-QUR'AN DAN KEBENARAN RASUL

DOA MEMOHON TAUFIQ DARI ALLAH

"Wahai Allah, Engkaulah yang menguasai hati manusia, kami hanya membuat seruan.  Engkau bukakanlah hati pemimpin UMNO, penyokong UMNO, ahli UMNO, veteran UMNO, Ustaz/ustazah UMNO supaya menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dan mereka melihat bahawa UMNO adalah mungkar.  Wahai Zat Yang Maha Berkuasa perkenankanlah permohonan hambamu ini", AMIN


FIRMAN ALLAH TAALA DALAM SURAH AZ-ZUKHRUF AYAT 23-24



Dan demikianlah halnya (orang-orang yang taqlid buta); Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) kepada (penduduk) sesebuah negeri, seseorang Rasul pemberi amaran, melainkan orang-orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata: "Sesungguhnya kami dapati datuk nenek kami menurut satu jalan agama, dan sesungguhnya kami hanya mengikut jejak mereka sahaja". 
Chinese
在你之前,每逢我這樣派遣警告者到一個城市去,那裡的豪華者總是說:「我們確 已發現我們的祖先是信奉一種宗教的,我們確是遵循他們的遺蹟的。」 
Tamil
இவ்வாறே உமக்கு முன்னரும் நாம் (நம்முடைய) தூதரை எந்த ஊருக்கு அனுப்பினாலும், அவர்களில் செல்வந்தர்கள்; "நிச்சயமாக நாங்கள் எங்கள் மூதாதையரை ஒரு மார்க்கத்தில் கண்டோம்; நிச்சயமாக நாங்கள் அவர்களின் அடிச்சவடுகளையே பின்பற்றுகின்றோம்" என்று கூறாதிருக்கவில்லை.
43:23


Rasul itu berkata: "Adakah (kamu akan menurut juga mereka) walaupun aku membawa kepada kamu agama yang lebih jelas hidayah petunjuknya daripada jalan agama yang kamu dapati datuk nenek kamu menurutnya?" Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami tetap mengingkari apa yang kamu diutuskan membawanya". 
Chinese
他說:「即使我顯示你們一種比你們祖先的宗教更為崇正的宗教,你們還要遵從你 們的祖先嗎?」他們說:「我們確是不信你們所奉的使命的。」 
Tamil
(அப்பொழுது அத்தூதர்,) "உங்கள் மூதாதையரை எதன்மீது நீங்கள் கண்டீர்களோ, அதை விட மேலான நேர்வழியை நான் உங்களுக்குக் கொண்டு வந்திருந்த போதிலுமா?" என்று கேட்டார். அதற்கு அவர்கள்; "நிச்சயமாக நாங்கள், எதைக்கொண்டு நீங்கள் அனுப்பப்பட்டிருக்கிறீர்களோ, அதை நிராகரிக்கிறோம்" என்று சொன்hர்கள்.
43:24



     Dari firman Allah tersebut jelas bahawa terdapat golongan yang menolak wahyu kerana mengikut jejak langkah nenek moyang mereka.  Orang yang menolak kebenaran wahyu memikirkan bahawa yang dilakukan oleh nenek moyang mereka adalah benar kerana telah terserlah berkesannya.  Namun hakikat perbuatan itu adalah bertentangan dengan Al-Qur'an

     Penyokong dan ahli UMNO berfikir bahawa apa yang dilakukan oleh pemimpin mereka adalah benar walaupun pemimpin mereka menolak Al-Qur'an.  Pemikiran yang berasaskan akal jelas adalah pemikiran yang bertentangan dengan Al-Qur'an.  Dari dulu lagi UMNO berfikir

1)     Tak boleh buat hukum Allah kerana kalau buat hukum Allah maka tiada pelabur asing melabur dalam negara

2)     Tak boleh buat hukum Allah kerana kalau buat hukum Allah maka tiada batu untuk buat jalanraya.  Batu habis diguna untuk merejam orang yang berzina.

3)     Tak boleh buat hukum Allah kerana kalau buat hukum Allah maka tangan orang Islam akan kudung dan tidak boleh bekerja

4)    Penasihat kepada kerajaan mestilah orang yang pakar walaupun mereka yang menasihati kerajaan membawa kepada kemusnahan seperti terhapusnya tulisan jawi, dan terkini ialah APCO worldwide. Pemikiran orang Melayu lebih cenderung mendarjatkan orang luar walaupun musuh kepada Islam.

5)    Nenek moyang UMNO menerima Islam dari sudut solat, puasa, zakat dan haji sahaja

     Inilah rupa dan budaya berfikir UMNO yang jumud.  Sedangkan Al-Qur'an telah turun 1431 tahun yang lalu dengan membawa kesyumulan Islam dalam kehidupan.  Kini UMNO masih kekal dengan pemikiran lama iaitu Islam yang diterima mereka adalah Islam agama nenek moyang iaitu sembahyang, puasa, zakat dan haji.  Betapa UMNO berada dalam kesesatan.

     UMNO sudah pasti orang melayu. Melayu mengikut perlembagaan adalah orang yang menganut Islam yang berbahasa Melayu dan  mengamalkan budaya melayu.  Dari sudut Islam pula KeIslaman manusia hanya akan diterima Allah apabila menerima keseluruhan Islam yang dibawa oleh Rasul.  Piawaian Islam adalah berdasarkan kepada perkataan, perbuatan dan amal seorang Rasul.  Amalan yang bertentangan dengan piawaian Rasul walaupun benar pada pemikiran manusia akan terus ditolak oleh Allah.

    Wahai ahli dan pemimpin UMNO beragamalah mengikut Rasul dan bukan ikut pemimpin UMNO.  Hanya Rasul yang membawa kebenaran.  Hanya Rasul yang diterima Allah.  Fikir-fikirkan.  Bilakah anda orang UMNO hendak meninggalkan kesesatan yang dicipta UMNO?

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP