#1

TERIMAKASIH KEPADA SEMUA PENDERMA

>> Khamis, April 01, 2010

Kuliah Dhuha mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh penderma yang menyumbang kepada aktiviti Islam yang dibuat oleh Madrasah Kuliah Dhuha.  Infaq anda kami gunakan untuk perjuangan Islam.  Antara kegiatan kami ialah

1)  membangunkan Pusat Tarbiyah PAS Pekan Chemor.  Tuan dan Puan kami jemput secara khusus dengan rasa penuh kasih sayang untuk hadir sendiri ke Pusat Tarbiyah ini.

2)  membiayai program Islam di Pusat Tarbiyah ini.  Tuan-puan juga kami jemput dengan penuh ta'zim dan kasih sayang untuk hadir ke program kami iaitu IFTAR JAMA'IY (setiap Khamis yang pertama setiap bulan) dan KULIAH DHUHA  (setiap hari Ahad dari jam 10 pg - 12.30 tgh).  Terdapat 3 pengisian Ilmu yang penting dalam kehidupan kita untuk membebaskan diri dari kesesatan.  Sekiranya tuan-puan ada kelapangan rezeki kami merayu sumbangan untuk program IFTAR.  Pembiayaan untuk 200- 250 orang berbuka puasa ialah sebanyak RM 600 -700.  Sila hubungi saya sendiri (019 - 510 1772).  Ini adalah untuk menunaikan hajat tuan-puan.  Saya akan terus menyembunyikan nama tuan-puan.

3)  membiayai sebahagian keperluan dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan Tambun pada 11/4/2010

 Terima kasih.  Terima kasih.  Terima kasih.  Hanya Allah sahaja yang membalas seluruh pengorbanan tuan-puan. Semoga Allah dengan rahmatnya Yang Maha Luas akan meletakkan para pentumbang nanti dalam syurga yang tinggi.  Inilah hakikat amalan sedekah secara sirr (tersembunyi) yang saya tidak tahu siapakah yang menderma kepada Madrasah Kuliah Dhuha.  Saya berdoa semoga jihad menegakkan agama dan hukum Allah tuan puan teruskan sehingga menemui syahid di sisi Allah, Amin.

Terima kasih

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP