UMNO PENEGAK MUNGKAR JANGAN BERI UNDI PADA BN
>> Jumaat, April 16, 2010
ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 50
UMNO TAK LAYAK DIBERI UNDI KERANA
UMNO PENEGAK MUNGKAR
DOA MEMOHON TAUFIQ DARI ALLAH
"Wahai Allah, Engkaulah yang menguasai hati manusia, kami hanya membuat seruan. Engkau bukakanlah hati pemimpin UMNO, penyokong UMNO, ahli UMNO, veteran UMNO, Ustaz/ustazah UMNO supaya menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dan mereka melihat bahawa UMNO adalah mungkar. Wahai Zat Yang Maha Berkuasa perkenankanlah permohonan hambamu ini. AMIN
KAEDAH FIQH
ANTARA PENEGAK MUNGKAR (UMNO-BN) DAN
PENEGAK KEADILAN AL QUR'AN (PR)
Sudah jelas bahawa UMNO-BN adalah penegak mungkar. UMNO-BN tak mahu kepada hukum Allah, tak mahu kepada hukum hudud, tak mahu hukum Islam. Maka mengundi calon BN dalam PRK Hulu Selangor bermakna mengekalkan UMNO-BN berkuasa dan kekallah UMNO-BN dalam menentang Allah. Mengekalkan UMNO-BN kekal berkuasa dan menentang Allah maka adalah berdosa mereka yang mengundi calon BN.
Menyokong calon PR yang mahu kepada keadilan sejagat yang dibawa oleh Al-Qur'an adalah lebih utama. Itu sebab undi adalah penting. Bukan kepalang penting sebab memberi kuasa untuk tertegakknya Islam adalah berpahala. Islam tidak akan tertegak melainkan dengan ada padanya kuasa. Justeru mengundi calon PR yang mahukan kepada keadilan Islam adalah berpahala.
Nabi Muhammad saw bersabda
"Catatan dua malaikat (rakib (pencatat amalan baik) dan atid (pencatat amalan jahat) di angkat. Iaitu
1. ketika tidur (tiada aktiviti waktu tidur)
2.. ketika kanak-kanak
3. ketika gila"
Waktu tidur tiada sebarang keputusan dibuat.
Kalau ketika keluar rumah memakai seluar pendek, maka keputusan itu adalah keputusan sedar. Maka perbuatan memakai seluar pendek ketika keluar rumah dicatat oleh malaikat pencatat amalan jahat (dosa) kerana melanggar perintah Allah.
Keluar rumah pula dengan memakai tudung, maka keputusan yang dibuat adalah keputusan sedar. Maka perbuatan memakai tudung ketika keluar rumah di catat oleh malaikat pencatat kebaikan (pahala) kerana mengikut perintah Allah
Mengundi? Keputusan dibuat pada ketika mengundi, adakah keputusan sedar atau tidur? Sudah pasti keputusan ketika sedar. Maka memberi undi juga akan dicatat oleh malaikat sama ada malaikat pencatat kebaikan atau malaikat pencatat kejahatan.
Memberi undi kepada kerajaan yang
1) menegakkan mungkar
2) melantik penasihatnya yahudi (APCO worldwide)
3) Kementerian Dalam Negeri beri projek kepada Asiasoft sebanyak RM999 juta
4) menentang hukum Allah dan Rasul
maka undi itu adalah haram. Malaikat pencatat kejahatan tidak pernah keliru.
Berusaha untuk menengakkan keadilan Al-Qur'an dan Sunnah dengan mengundi Pakatan Rakyat adalah berpahala. Malaikat pencatat kebaikan juga tidak pernah keliru parti manakah yang hendak kepada hukum Allah.
Orang Islam Patani juga mengundi. Yang diundi mereka ialah orang Buddha. Inilah pemimpin dan Perdana Menteri Thailand. Antara dua calon pemimpin yang beragama Buddha yang manakah yang akan diundi oleh orang Islam Patani? Mengikut kaedah Fiqh, biasanya orang Islam akan mengundi calon Perdana Menteri yang cenderung kepada Islam dan tidak menzalimi penganut agama Islam. Prinsip Fiqh Antara dua ketakutan digunapakai.
0 komen:
Catat Ulasan