#1

UMNO SOMBONG DAN BONGKAK DENGAN KEKUASAAN UNTUK MENENGAKKAN KEMUNGKARAN

>> Isnin, April 05, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 39

UMNO SOMBONG DAN BONGKAK DENGAN KEKUASAAN UNTUK MENEGAKAN KEMUNGKARAN

DOA MEMOHON TAUFIQ DARI ALLAH

"Wahai Allah, Engkaulah yang menguasai hati manusia, kami hanya membuat seruan.  Engkau bukakanlah hati pemimpin UMNO, penyokong UMNO, ahli UMNO, veteran UMNO, Ustaz/ustazah UMNO supaya menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dan mereka melihat bahawa UMNO adalah mungkar.  Wahai Zat Yang Maha Berkuasa perkenankanlah permohonan hambamu ini", AMIN

FIRMAN ALLAH TAALA  DALAM  SURAH AL-A'RAF AYAT 88

     



Ketua-ketua yang sombong takbur dari kaum Nabi Syuaib berkata: "Sesungguhnya kami akan mengusirmu wahai Syuaib dan orang-orang yang beriman yang menjadi pengikut-pengikutmu dari negeri kami ini, atau kamu berpindah kepada ugama kami". Nabi Syuaib menjawab: "Adakah (kamu hendak melakukan yang demikian) sekalipun kami tidak menyukainya? 
Chinese
他的宗族中驕傲的貴族們說:「舒阿卜啊!我們一定要把你和你的信徒們逐出城 外,除非你們再信我們的宗教。」他說:「即使我們厭惡你們的宗教,也要我們再信奉它嗎? 
Tamil
அவருடைய சமூகத்தினரில் பெருமை அடித்துக் கொண்டிருந்த தலைவர்கள் (அவரை நோக்கி), "ஷுஐபே! உம்மையும் உம்முடன் ஈமான் கொண்டவர்களையும், நிச்சயமாக நாங்கள் எங்கள் ஊரைவிட்டே வெளியேற்றி விடுவோம்; அல்லது நீர் எங்கள் மார்க்கத்திற்குத் திரும்பி விடவேண்டும்" என்று கூறினார்கள் - அதற்கவர், "நாங்கள் (உங்கள் மார்க்கத்தை) வெறுப்பவர்களாக இருந்தாலுமா?" என்று கேட்டார்.
7:88


 Dalam ayat ini Allah Taala menceritakan dialog antara pemimpin yang engkar dengan Nabi Syuaib.  Pemimpin yang sombong dan bongkak itu berkata kepada Nabi Syuaib hasrat dan keinginan mereka ialah untuk menghalau Nabi Syuaib daripada negeri mereka.  Kata kunci pertama dalam ayat ini ialah yang pertama pemimpin yang menentang risalah kerasulan.  Pemimpin jenis zalim dan menentang risalah kenabian  sudah wujud lama dan sudah ada sejak berzaman.  Pemimpin yang ada kini yang juga zalim, sombong dan bongkak dengan kekuasaan adalah kesinambungan sejarah silam.  Termasuk pemimpin UMNO yang zalim, sombong dan bongkak dengan kekuasaan.

     Kata kunci kedua dalam ayat ini ialah ugutan pemimpin yang zalim, sombong dan bongkak itu ialah untuk menghalau keluar dari bumi mereka Nabi dan Rasul serta pengikutnya yang membawa kebenaran. Perkataan usir datang dengan isim yang terbuka.  Termasuk usir ialah

1)    rampasan kuasa di Perak,  UMNO mengusir keluar PR yang hendak membawa kebenaran dan keadilan

2)   ketua pembangkang Parlimen Malaysia mengemukakan data APCO Worldwide, UMNO dan PM tak boleh sanggah kebenarannyaMenteri Parlimen UMNO-BN membuat usul nak hadapkan ketua Pembangkang ke JK Hak Parlimen.  Tindakan ini adalah untuk mengusir keluar Ketua Pembangkang dari Parlimen dari  membahas penyelewengan yang dibuat pemimpin UMNO-BN

3)    Menukar royalti Kelantan (penerima kerajaan Kelantan)  kepada wang ehsan (penerima ketua UMNO bahagian)  termasuk dalam tindakan pemimpin yang zalim, sombong dan bongkak.  Ini juga termasuk mengusir dalam bentuk melakukan penganiayaan.  Sekiranya kerajaan Kelantan yang menerima maka pembangunan akan dibuat oleh kerajaan Kelantan.  Maka rakyat akan terus bernaung dengan kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS.  Maka diperkenalkan wang ehsan dan diberikan kepada ketua UMNO bahagian.  Lihatlah Terengganu kesemua pembangunan runtuh.  Sekolah, Stadium, Perhentian Bas, Bangunan U runtuh dek wang ehsan.

   Ini adalah antara peristiwa jelas konsep usir yang dilaksanakan oleh UMNO.  UMNO sombong dan bongkak terhadap kekuasaan untuk menegakkan kemungkaran.  Dalam kes Perak UMNO tak boleh menerima kekalahan.  Lalu UMNO melaksanakan rampasan kuasa dengan rasuah wang, rasuah seks dan imbuhan jika melompat.  Bagitu juga di Selangor UMNO cuba merampasnya tetapi berhenti apabila mati Teoh Beng Hock.  

     UMNO sombong dan bongkak hingga menjadi desparado mahukan kuasa majoriti dua pertiga dalam Parlimen.  UMNO sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkannya.  Inilah kejahatan UMNO.
  Berdasarkan ayat dan fakta yang dibentangkan apakah tidak ada kebenarannya?  Sekiranya wujud kebenaran maka kenapakah masih ada lagi orang yang menyokong perjuangan UMNO?  UMNO adalah pewaris bentuk kezaliman, sombong dan bongkak yang ditunjukkan oleh pemimpin yang sombong, zalim dan bongkak di zaman Nabi Syuaib?  Apakah ahli UMNO, pemimpin UMNO, pendukung UMNO, ustaz dan ustazah UMNO berbangga?  Fikir-fikirkan.  Jangan undi pemimpin UMNO kerana mereka adalah pemimpin yang zalim, sombong dan bongkak dengan kekuasaan untuk menegakkan kemungkaran.
.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP