#1

UMNO MENANG MAKNA P/RAYA ITU TIPU (UMNO=BUDAYA TIPU)

>> Selasa, April 27, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU

FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 62



UMNO MENANG PILIHANRAYA MAKNA PILIHANRAYA ITU TIPU DAN KOTOR
  
  Allah Taala berfirman dalam surah baqarah ayat 23


Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. 
Chinese
如 果你們懷疑我所降示給我的僕人的經典,那末,你們試擬作一章,並捨真主而祈禱你們的見証,如果你們是誠實的。 
Tamil
இன்னும், (முஹம்மது (ஸல்) என்ற) நம் அடியாருக்கு நாம் அருளியுள்ள (வேதத்)தில் நீங்கள் சந்தேகம் உடையோராக இருப்பீர்களானால், (அந்த சந்தேகத்தில்) உண்மை உடையோராகவும் இருப்பீர்களானால் அல்லாஹ்வைத்தவிர உங்கள் உதவியாளர்களை(யெல்லாம் ஒன்றாக) அழைத்து (வைத்து)க்கொண்டு இது போன்ற ஓர் அத்தியாயமேனும் கொன்டு வாருங்கள்.
(2:23)
 
     Dalam ayat ini Allah Taala mencabar manusia yang berbohong dan mendustakan agama sila buat satu surah seperti Al-Qur'an.  Para pendusta agama boleh membawa sesiapa sahaja penolongnya untuk membantu membuat surah seperti Al-Qur'an.  Allah Taala memberi jaminan bahawa mereka akan menemui kegagalan.  Kerja mereka yang mendustakan agama menjadi sia-sia.  

    Inilah yang cuba dibuat oleh UMNO.  Mereka membuat pelbagai manipulasi dalam pilihanraya sehingga tidak nampak lagi kebenaran dalam pilihanraya.  Antara penipuan UMNO yang dibantu oleh SPR secara terang ialah

1)     Pengundi hantu.  Banyak kes yang sebelum ini dalam banyak pilihanraya wujud pengundi hantu.  Kenapa SPR tidak mahu membetulinya?.  Tidak lain SPR membantu manipulasi yang hendak dibuat oleh UMNO.  Wahai UMNO dan SPR apakah gaji yang kamu makan itu halal dengan perbuatan penipuan itu.  Rakyat sudah muak dengan macam-macam alasan.  Teluskan segera pilihanraya Malaysia wahai SPR.  Ini adalah tanggungjawab kamu.  Gaji kamu dibayar oleh rakyat,  segeralah berkhidmat untuk rakyat dan bukan menjadi sebahagian daripada UMNO.  Segeralah perbetulkan sebelum Allah mendatangkan bala kepada kamu wahai SPR sama ada di dunia atau akhirat.

2)    Undi Pos.  Kenapa masih ada?  Banyak pegawai tentera, polis sudah membuat pengakuan bahawa merekalah yang memangkah untuk kakitangan polis atau tentera yang mengundi pos.  Itu sebab demokrasi Malaysia jauh kebelakang berbanding dengan Indonesia.  Indonesia sudah terkehadapan dalam demokrasi.  Di Indonesia tiada undi pos.  Tentera dan polis Indonesia tidak dibenarkan mengundi.  SPR Malaysia sepatutnya berasa sangat malu dengan negara jiran Indonesia.  Kenapa tiada perubahan.  Tidak lain adalah untuk SPR membantu penipuan bersama dengan UMNO

3)     Rasuah dalam pilihanraya.  Penipuan yang sangat jelas adalah rasuah dalam pilihanraya dengan pelbagai janji oleh pemimpin UMNO.  Janji ini dikategorikan oleh pemimpin UMNO sebagai menyelesaikan  masalah yang diwujudkan oleh UMNO-BN.  Inilah penipuan yang jelas oleh UMNO dalam pilihanraya terutama dalam PRK Hulu Selangor.  Antara yang sangat jelas janji BN di Felda Sungai Buaya dan jaminan PM beri RM 3 juta kepada sebuah sekolah jenis Cina yang mempunyai murid 30 orang sahaja.  

4)     Berdasarkan siri-siri penipuan yang diatas dan banyak lagi sekiranya hendak disenaraikan maka ada tak makna pilihanraya yang sebegini rupa pengurusannya oleh SPR.  Prestasi SPR adalah sangat buruk.  SPR sudah menjadi sebahagian daripada jentera UMNO.  SPR tidak menampakkan dirinya sebagai berkecuali.  SPR adalah kelab penyokong UMNO.

Rakyat kena berubah menuntut pilihanraya yang lebih adil.   Ahli UMNO tidakkah anda berasa bersalah dengan kemenangan yang secara tipu.  Sanggupkah anda menerima bahawa kalau UMNO menang makna pilihanraya tersebut penuh dengan penipuan.  Berubahlah dan tinggalkanlah UMNO. 

RAKYAT MESTI TERUS TUNTUT PILIHANRAYA YANG ADIL.  RAKYAT MENUNTUT
1)  SPR BERADA DI BAWAH SELIAAN PARLIMEN
2)  CELUP JARI DENGAN DAKWAT KEKAL MESTILAH SEGERA DIBUAT OLEH SPR
3)  TENTERA DAN POLIS TIDAK DIBENARKAN MENGUNDI
4)  MENGUNDI HANYA UNTUK ORANG AWAM DAN ADA KAD PENGENALAN
5)  PENDAFTARAN AUTOMATIK UNTUK WARGA NEGARA MALAYSIA 18 TAHUN KEATAS.
6)  SPR MESTI BERKECUALI

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP