#1

UMNO MENGGUNAKAN HUKUM AKAL BUKAN HUKUM AL-QUR'AN

>> Sabtu, April 03, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 37

UMNO MENGGUNAKAN HUKUM AKAL BUKAN HUKUM AL-QUR'AN

DOA MEMOHON TAUFIQ DARI ALLAH

"Wahai Allah, Engkaulah yang menguasai hati manusia, kami hanya membuat seruan.  Engkau bukakanlah hati pemimpin UMNO, penyokong UMNO, ahli UMNO, veteran UMNO, Ustaz/ustazah UMNO supaya menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dan mereka melihat bahawa UMNO adalah mungkar.  Wahai Zat Yang Maha Berkuasa perkenankanlah permohonan hambamu ini", AMIN


FIRMAN ALLAH DALAM SURAH YUNUS AYAT 13




Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan umat-umat yang terdahulu daripada kamu semasa mereka berlaku zalim padahal telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka membawa keterangan-keterangan, dan mereka masih juga tidak beriman. Demikianlah Kami membalas kaum yang melakukan kesalahan. 
Chinese
在你們之前曾有許多世代,他們族中的使者既昭示了他們許多明証,而他們仍行不 義,不肯信道,我就毀滅了他們,我這樣報應犯罪的民眾。 
Tamil
(மனிதர்களே!) உங்களுக்கு முன்னிருந்த எத்தனையோ தலைமுறையினர்களை, அவர்கள் அநியாயம் செய்த போது நிச்சயமாக நாம் அழித்திருக்கின்றோம்; அவர்களிடம் அவர்களுடைய (இறை) தூதர்கள் தெளிவான அத்தாட்சிகளைக் கொண்டு வந்தார்கள்; எனினும் அவர்கள் நம்பவில்லை - குற்றம் செய்யும் மக்களுக்கு நாம் இவ்வாறு கூலி கொடுக்கின்றோம்.
 10:13


     Dalam hidup manusia mestilah berlaku 3 asas hukum.  Hukum itu ialah

1)   hukum syara' (wajib, sunat, makruh, harus dan haram).  Hukum ini ialah yang tertinggi dalam hidup
2)   hukum akal ( logik, tak logik dan mustahil bagi akal yang waras)
3)   hukum adat (lapar berhajat kepada makan, bila makan maka kenyang)

    Allah Taala membimbing manusia bahawa apa sahaja yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada 5 asas hukum syarak.  Wajib dibuat maka berpahala, sunat buat berpahala, ditinggalkan tidak mengapa, makruh ialah berpahala bila ditinggalkan seperti makan petai, harus tidak meninggalkan apa-apa kesan dan haram berdosa bila dilakukan. Apabila hukum ini tidak dipilih dan menjadi asas pertimbangan dalam membuat keputusan hidup maka datang kepada pelakunya kezaliman di sisi Islam.  Zalim apabila meninggalkan yang wajib.  Zalim apabila melakukan perkara yang diharamkan Allah.

     Hukum akal dan hukum adat mestilah di bawah hukum syara'.  Tidak mungkin hukum akal dan adat melebihi hukum syara'.  Contoh solat
Hukum Syara - wajib, tinggalkan berdosa
Hukum Akal - nak solat seseorang itu mestilah berwudu' , air wudu' mestilah air mutlak, ikut tertib wudu'
Hukum adat - memilih tempat solat yang sesuai dan segera menunaikan solat

     Dalam konteks UMNO ini tidak berlaku.  Hukum akal melebihi hukum syara;  Contoh- Judi
Hukum Syara' - Judi adalah haram
Hukum Akal pemimpin UMNO - menghalalkan judi kerana ini adalah pendapatan negara
Hukum adat - bila judi jadi halal maka Menteri Kewangan pun keluarkan lesen
Inilah kezaliman.  Sebab apa zalim kerana pemimpin UMNO melanggar hukum Allah.  Sebab apa zalim kerana pemimpin UMNO ikut hukum akal dan tidak ikut hukum syara'.

Contoh lain- Melaksanakan hudud dan qisas
Hukum syara- Pemerintah wajib melaksanakan hukum hudud dan qisas
Hukum Akal pemimpin UMNO - Tak boleh kerana masyarakat majmuk
Hukum Adat - UMNO tidak pernah meluluskan Rang Undang-Undang Hudud dan Qisas di Parlimen
Inilah kezaliman apabila tidak memilih hukum syara'. Pemimpin UMNO menuruti hukum akal

     Allah Taala berfirman dalam Al-Qur'an yang bermaksud " Janganlah kamu cenderung kepada kezaliman kelak kamu akan disambar oleh Neraka".   Wahai seluruh ahli, penyokong, ustaz/ustazah UMNO keluarlah kamu dari kepompong kezaliman dan gelap gulita.  Datangilah kepada cahaya Allah iaitu Al-Qur'an..  Tinggalkan UMNO!!!!

    Bolehkah kita masuk syurga dengan hukum Akal?  Bolehkah kita masuk syurga dengan hukum adat? Tidak ada lain untuk memasuki syurga Allah mestilah ikut hukum Allah.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP