#1

UMNO MEMPERDAYA DIRI SENDIRI

>> Ahad, April 11, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 45

UMNO MEBOHONGI DIRI SENDIRI DAN
MENDAPAT LAKNAT DARIPADA ALLAH


DOA MEMOHON TAUFIQ DARI ALLAH

"Wahai Allah, Engkaulah yang menguasai hati manusia, kami hanya membuat seruan.  Engkau bukakanlah hati pemimpin UMNO, penyokong UMNO, ahli UMNO, veteran UMNO, Ustaz/ustazah UMNO supaya menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dan mereka melihat bahawa UMNO adalah mungkar.  Wahai Zat Yang Maha Berkuasa perkenankanlah permohonan hambamu ini. AMIN


FIRMAN ALLAH TAALA DALAM SURAH AL BAQARAH  9



Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
Chinese
他們想欺瞞真主和信士,其實,他們只是自欺,卻不覺悟。 
Tamil
(இவ்வாறு கூறி) அவர்கள் அல்லாஹ்வையும், ஈமான் (இறை நம்பிக்கை) கொண்டோரையும் ஏமாற்ற நினைக்கின்றார்கள்;, ஆனால் அவர்கள் (உண்மையில்) தம்மைத்தாமே ஏமாற்றிக்கொள்கிறார்களே தவிர வேறில்லை, எனினும் அவர்கள் (இதை) உணர்ந்து கொள்ளவில்லை.
(2:9)

 Dalam ayat ini Allah Taala menegur segolongan manusia yang tidak mahu beriman kepada Allah.  Golongan ini berusaha untuk melaksanakan sesuatu walaupun yang mereka lakukan adalah bertentangan dengan kehendak Allah.  Mereka melakukan yang demikian mungkin dihadapan ataupun mereka lakukan perkara yang  bertentangan itu dibelakang pengetahuan manusia.

    Sama ada perkara itu dibuat dihadapan atau dibelakang manusia semuanya adalah dalam pengetahuan Allah.  Oleh yang demikian mereka cuba untuk memperdayakan Allah.  Tetapi Allah menjawab merelah yang memperdayakan diri sendiri. 

     Banyak yang UMNO lakukan adalah bertentangan dengan agama.  Antaranya

1)  APCO sebagai penasihat kerajaan.  UMNO cuba memperdayakan rakyat.  Tetapi akhirnya terbuka jua bahawa kerajaan dinasihati oleh egen yahudi yang menentang Islam.  Dulu Pemuda UMNO kata Anwar Ibrahim agen yahudi, rupanya PM sendiri adalah ambil nasihat dari yahudi

2)  1 Malaysia dikata ikut sunnah Nabi.  UMNO kata 1 Malaysia sunnah Nabi.  Cukup sahaja masalah bertudung dan menutup aurat, apakah ia ikut Sunnah Nabi.  Tak malu UMNO.  Tak bertudung perkara yang sangat asas dalam kehidupan tak dapat dipenuhi oleh UMNO. Maka dikatakan ikut sunnah.

3)    Kerjasama dalam politik BN dikatakan ikut Islam dan sunnah.  Ini juga kemungkaran.  BN-UMNO gabung 14 parti, keluar satu entiti baru namanya Barisan Nasional.  Pakatan Rakyat bergabung tetapi tidak meleburkan parti masing-masing.  Inilah baru Sunnah Nabi.  Nabi buat beberapa memorendum dengan kabilah Yahudi dan Nasrani tetapi identiti Islam pada Nabi tidak pernah luntur.  Tahalluf siyasi Nabi dengan kabilah Yahudi adalah untuk berperang dengan kafir Quraish.  

   Inilah beberapa corak kenyataan pemimpin UMNO yang memperdaya Allah, Rasul dan orang yang beriman.  UMNO sebenarnya memperdaya diri sendiri.  Wahai ahli UMNO bebaskanlah diri anda daripada tipu daya UMNO.  UMNO sebenarnya menipu dirinya sendiri.  Mahukah anda menipu dirinya sendiri?  Nanti diakhirat orang yang membawa UMNO sampai mati termasuk dalam golongan orang merugi.   Fikir-fikirkan.   

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP