#1

UMNO PELINGKUP EKUITI MELAYU

>> Jumaat, April 02, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO)  KE 36


UMNO PELINGKUP EKUITI MELAYU


DOA MEMOHON TAUFIQ DARI ALLAH

"Wahai Allah, Engkaulah yang menguasai hati manusia, kami hanya membuat seruan.  Engkau bukakanlah hati pemimpin UMNO, penyokong UMNO, ahli UMNO, veteran UMNO, Ustaz/ustazah UMNO supaya menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dan mereka melihat bahawa UMNO adalah mungkar.  Wahai Zat Yang Maha Berkuasa perkenankanlah permohonan hambamu ini", AMIN

FIRMAN ALLAH TAALA DALAM SURAH AS-SYUARAA 151-152



"Dan janganlah kamu taati perintah orang-orang yang melampaui batas,
Chinese
你們不要服從過份者的命令,
Tamil 
"அவர்கள் பூமியில் குழப்பம் உண்டாக்குவார்கள்; நன்மை செய்ய மாட்டார்கள்" என்றுங் கூறினார்).
26:151

"Iaitu orang-orang yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat kebaikan".  
Chinese
他們在地方上傷風敗俗,而不移風易俗。」
Tamil
அதற்கு அவர்கள்; "நிச்சயமாக நீர் மிகுதம் சூனியம் செய்யப்பட்டவராக இருக்கின்றீர்" என்று சொன்னார்கள்.
 26:152



     Ayat di atas adalah ayat yang dituju Allah kepada kaum Nabi Saleh.  Kaum Nabi Saleh adalah kaum yang sungguh hebat kegiatan ekonominya melalui timbangan dan sukatan.  Inilah dua bentuk kegiatan ekonomi yang terus diikat Allah dengan manusia.  Timbangan adalah kegiatan ekonomi yang sangat jelas.  Menggunakan apa sahaja sukatan.  Dari unit yang paling kecil miligram sehinggalah ke unit besar antaranya ton.  Timbangan tidak terikat dengan unitnya tetapi termasuk juga timbangan kemanusiaan seperti memajak pokok dan lain-lain.

     Begitu juga dengan sukatan atau kadar.  Dari unit yang paling kecil milimeter sehinggalah kepada unit yang paling besar antaranya kilometer.  Kegiatan ekonomi dalam bentuk sukatan juga tidak terikat dengan sukatan tetapi termasuk juga yang tiada unit seperti kadar upah, kadar sewa, kadar pinjaman dan lain-lain.

     Manusia yang jujur akan mengikut timbangan dan sukatan.  Tetapi yang tidak jujur akan terus membuat rancangan untuk membuat penipuan.  Umat Nabi Saleh dihancurkan Allah kerana membuat penipuan dalam pengurusan ekonomi.  Mereka menipu dalam bab timbangan dan sukatan.  Pengakhiran hidup mereka adalah buruk dengan mayat mereka menjadi hitam legam disambar oleh halilintar.

     UMNO menggunakan kuasa membuat penipuan dalam pengurusan ekonomi.  Terkini yang didedahkan dalam Parlimen ialah lesapnya ekuiti bangsa Melayu sebanyak RM52 billion.  Angka ini dipetik daripada kenyataan Dato Seri Najib PM dan Presiden UMNO dalam sebuah artikel yang dikeluarkan oleh Bernama (agensi berita kerjaan) bertarikh 30 Jun 2009.  PM memetik bahawa memang wujud perbezaan antara RM54 billion dengan RM 2 billion.  Daripada saham yang diperuntukan RM54 billion hanya tinggal RM2 billion sahaja yang masih di pegang oleh bumiputra".  Jelas UMNO pelingkup ekuiti bangsa Melayu.  Dimanakah perginya RM 52 billion?  Presiden UMNO kena jawab.  Wahai ahli UMNO inilah penyelewengan bab ekonomi oleh UMNO.

     Ini jelas suatu penyelewengan.  Siapa yang mengurus dana rakyat sebelum Pakatan Rakyat memerintah? Jawabnya tidak lain adalah UMNO.  Pakatan Rakyat baru bermula 2008 sahaja.  UMNO mahu rakyat kekal dengan kemiskinan kerana inilah modal untuk memenangkan UMNO dalam pilihanraya.  Segelintir pemimpin UMNO kaya raya mengaut hasil ekonomi yang diselewengkan tetapi rakyat terus menderita.  Inilah sikap dan kaedah UMNO.

     Datang ayat di atas meneguhkan pendirian bahawa Jangan kamu taat pemimpin yang melampaui batas.  Apa tunggu lagi wahai ahli UMNO Melayu yang beriman.  Lihatlah UMNO dengan kemungkarannya yang bertentangan dengan kehendak Allah.  Tinggalkanlah UMNO kerana ia mungkar.  Fikir-fikirkan.  Jangan undi lagi pemimpin UMNO kerana mereka melakukan penyelewengan wang rakyat.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP