#1

UMNO PEWARIS PERJUDIAN NEGARA

>> Khamis, April 22, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 56

PERINGATAN PARA PENGUNDI DI P094 HULU SELANGOR
JANGAN UNDI CALON BN, 
BN MENGEKALKAN KEMUNGKARAN MENENTANG HUKUM ALLAH

DOA MEMOHON TAUFIQ DARI ALLAH

"Wahai Allah, Engkaulah yang menguasai hati manusia, kami hanya membuat seruan.  Engkau bukakanlah hati pemimpin UMNO, penyokong UMNO, ahli UMNO, veteran UMNO, Ustaz/ustazah UMNO supaya menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dan mereka melihat bahawa UMNO adalah mungkar.  Wahai Zat Yang Maha Berkuasa perkenankanlah permohonan hambamu ini. AMIN

UMNO PEWARIS PERJUDIAN NEGARA

FIRMAN ALLAH TAALA DALAM SURAH MAIDAH AYAT 90



Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. 
Chinese
信道的人們啊!飲酒、賭博、拜像、求簽,只是一種穢行,只是惡魔的行為,故當 遠離,以便你們成功。 
Tamil
ஈமான் கொண்டோரே! மதுபானமும், சூதாட்டமும், கற்சிலைகளை வழிபடுதலும், அம்புகள் எறிந்து குறி கேட்பதும், ஷைத்தானின் அருவருக்கத்தக்க செயல்களிலுள்ளவையாகும். ஆகவே நீங்கள் இவற்றைத் தவிர்த்துக் கொள்ளுங்கள் - அதனால் நீங்கள் வெற்றியடைவீர்கள்.
(5:90)

     Daripada firman Allah di atas ciri kedua yang menjadi amalan syaitan ialah perjudian.  Dari sekecil-kecil bentuk perjudian sehinggalah kepada bentuk paling besar gedung perjudian (casino) adalah diharamkan dalam Islam.  Tetapi inilah yang diwarisi oleh pemimpin-pemimpin UMNO (rujuk senarai pemilik saham judi)

    Wahai ahli UMNO berfikirlah -   Pemimpin UMNO yang kamu pertahankan sekarang adalah pemegang saham judi.  Dihadapan orang Melayu bukan main lagi, kita mesti berakhlak mulia.  Kamu sendiri sudah terkeluar daripada akhlak mulia.   Apakah pemimpin UMNO seperti ini dapat mempertahankan perjuangan Melayu dan orang Melayu?

     Pemimpin UMNO seperti ini adalah pemimpin yang jahat.  Di akhirat nanti,  pemimpin yang jahat akan berhimpun juga dengan orang yang jahat di dunia.  Pemimpin dan ahli UMNO yang menentang Islam akan juga berhimpun dengan orang yang menentang Islam di dunia.  Pemimpin dan ahli UMNO tidak akan berhimpun dengan Nabi Muhammad saw.  Mereka akan berhimpun dengan 

1)     Firaun - manusia paling jahat menentang Allah
2)     Namrud - pemerintah paling zalim melawan Nabi
3)    Qarun - orang paling kaya yang menaja program-program maksiat
4)    Abu Jahal/Abu Lahab - penentang Nabi Muhammad saw
5)    Abdullah Ubay -  ketua munafik dan berpura Islam yang menentang Nabi Muhammad saw

     Wahai ahli UMNO segeralah meninggalkan UMNO.  Katakan Sayonara to UMNO.  No more UMNO.  Selamatkanlah kehidupan akhirat anda. Fikir-fikirkan.  Bertindaklah segera.

     Beruntunglah orang yang telah meninggalkan UMNO.  Kami berdoa anda akan terus istiqamah dengan Islam dan mendapat ketenangan dengan Islam yang benar.  MUdah-mudahan akhirat nanti bertemulah anda dengan Nabi yang mengasihi anda tidak lain Nabi Muhammad saw.

2 komen:

Tanpa Nama,  24 April 2010 pada 6:06 PTG  

ni lagi la...silap besar la ustaz ni. Kiranya saya ni bakal ke neraka la ni...jujurnya..saya ahli UMNO. Ustaz...apakah Allah menilai kita daripada parti politik yang kita sokong ataupun amalan kita?? JAWAB.........apakah sekiranya saya menyokong PAS, saya ini dijamin syurga oleh Allah tanpa dihitung amalan saya?? JAWAB......

Tanpa Nama,  24 April 2010 pada 6:08 PTG  

pemimpin PAS yang ustaz sanjung tu juga munafik!

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP