#1

UMNO PENCETUS KERAGUAN YANG DIHARAMKAN ALLAH

>> Khamis, April 08, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 42

UMNO PENCETUS KERAGUAN 
YANG DIHARAMKAN ALLAH

DOA MEMOHON TAUFIQ DARI ALLAH

"Wahai Allah, Engkaulah yang menguasai hati manusia, kami hanya membuat seruan.  Engkau bukakanlah hati pemimpin UMNO, penyokong UMNO, ahli UMNO, veteran UMNO, Ustaz/ustazah UMNO supaya menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dan mereka melihat bahawa UMNO adalah mungkar.  Wahai Zat Yang Maha Berkuasa perkenankanlah permohonan hambamu ini", AMIN


FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AL-BAQARAH AYAT 1-2



Alif, Laam, Miim.(1)  Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; (2)
Chinese
 艾列弗,倆目,米目。(1)   這 部經,其中毫無可疑,是敬畏者的向導。(2)
Tamil
 அலிஃப், லாம், மீ;ம்.(1)  இது, (அல்லாஹ்வின்) திரு வேதமாகும்;, இதில் எத்தகைய சந்தேகமும் இல்லை, பயபக்தியுடையோருக்கு (இது) நேர்வழிகாட்டியாகும்.(2)
2:1-2 
 
     Dari tafsiran ayat diatas ternyata bahawa sifat utama Al-Qur'an adalah kebenaran.  Kebenaran yang dibawa Al-Qur'an dipertahan sendiri oleh Allah dengan kalimah bahawa tiada keraguan pada kitab suci Al-Qur'an.  Semua yang diceritakan Al-Qur'an adalah benar.

    Dalam ilmu ulum Al-Qur'an ada ayat 
1)   tentang Allah, Malaikat
2)   yang mengkisahkan hari akhirat, 
3)   menceritakan sifat kezaliman umat yang terdahulu,  
4)   mengkisahkan kejadian Qiyamat, 
5)   ada kisah tentang kejadian manusia
6)   terlalu banyak tentang Bangsa Bani Israel
7)   Senarai kewajipan manusia dengan Allah
dan banyak lagi.  Kesemua penceritaan Al-Qur'an adalah benar.   Perintah Al-Qur'an mestilah dilaksanakan.  Inilah tanggungjawab seorang muslim yang beriman kepada Allah dan Rasul.

    UMNO gagal mendidik bangsa Melayu menjadi orang muslim yang beriman.  UMNO membuat bangsa Melayu ragu-ragu dengan Al-Qur'an.  UMNO menyebut bahawa yang dikatakan amalan agama hanyalah sembahyang,puasa, zakat dan haji.  Ini terus ditekankan oleh UMNO dalam mana-mana ucapan para pemimpin UMNO.  Betul-betul UMNO meragukan orang Melayu terhadap agamanya.

    Sedangkan Islam adalah mencakup keseluruhan aktiviti hidup.  Sudah wujud pertentangan yang nyata antara arahan Al-Qur'an dan amalan beragama orang UMNO.Mewujudkan keraguan adalah kerja haram disisi Allah.  Tidak akan memperolehi kebahagiaan hidup manusia yang menimbulkan keraguan beragama. 

    Wahai orang UMNO kembalilah kepada ajaran Al-Qur'an yang benar.  Kebenaran Al-Qur'an lebih jelas, lebih mantap dan lebih mendekati jiwa manusia.  Beramal dengan sebahagian sahaja ajaran Islam akan menjerumuskan manusia ke lembah kehinaan dan kehancuran.  Berhentilah wahai ahli UMNO.  Tinggalkanlah UMNO.  Masih belum terlambat untuk anda kembali kepada ajaran yang hak dan meninggalkan yang batil.  

     Sekiranya anda mahu membeli emas untuk dihadiahkan kepada seseorang yang anda cintai, mahukah anda membeli emas tiruan yang berharga murah?  Tentu tidak.  Anda mestilah mahu membeli emas yang mahal harganya untuk dihadiahkan kepada seseorang yang anda cintai.  

Begitu jugalah dengan agama, mahukah anda beramal dengan agama secara ragu-ragu?  Tentulah tidak.  Kita mestilah mahu beramal dengan agama secara benar seperti yang dimahukan Al-Qur'an.  Fikir-fikirkan.  Katakan pada UMNO "Selamat tinggal UMNO!!!!!

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP