#1

MIC PERKUDA UMNO UTK MENANGKAN CALON MIC

>> Isnin, April 26, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU

FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE60


KEPUTUSAN YANG BERAT SEBELAH
PKR LAWAN KERAJAAN M'SIA BUKAN PKR LAWAN  BN

SIAPA PERKUDA SIAPA?  UMNO PERKUDA MIC ATAU MIC PERKUDA UMNO

      Inilah persoalan yang mesti dijawab oleh ahli UMNO.  Siapa perkuda siapa?  Apakah UMNO perkuda MIC atau MIC perkuda UMNO?  Orang UMNO akan jawab tak kisah asal BN menang sudah.  Begitulah simplistiknya pemikiran ahli UMNO.  UMNO tak kisah 

1)     walau yang dipangkahnya adalah calon MIC bukan calon Melayu? 
2)     siapa pemimpin yang dipilihnya asal duit masyuuuuk?  
3)     memberi undi pada pemimpin yang korup dan parti yang zalim?
4)     memangkah calon India sekalipun.  Melayu sudah hilang sensitivitinya

UMNO hanya berkisah kalau

1)   PAS dan PKR kerjasama dengan DAP.  Macam-macam dikatakan UMNO seperti PAS tunggangan DAP.  Di Hulu Selangor macam mana. Siapa tunggang siapa?  UMNO tunggang MIC atau MIC tunggang UMNO.  Inilah yang dikatakan orang kuman jauh nampak gajah depan mata tak nampak.  Punya tak malunya UMNO.

2)    Kalau calon PAS atau PKR menang dalam P/Raya Kecil dengan sokongan cina, India maka UMNO kata kemenangan tidak bererti kerana tiada sokongan Melayu.  Calon Melayu tapi dapat sokongan undi dari bangsa Cina dan India.  Di Hulu Selangor calon India, sokongan undi daripada bangsa Melayu.  Ada ke makna bangsa Melayu disini?  UMNO parti orang Melayu, sokongan kepada bangsa India.  Bolehkah Melayu Hulu Selangor menjadi sandaran.

3.  Apa beza calon PAS (Melayu)/PKR (Melayu)  mendapat sokongan undi dari Cina dan India dengan calon BN yang India,  orang Melayu memberi sokongan penuh?   UMNO jangan lagi mendabik dada kata dia parti orang Melayu.  Parti orang Melayu sepatutnya memangkah calon Melayu.

4.   UMNO baru nak belajar bahawa Malaysia multiracial.  PAS dah tubuh Kelab Penyokong India dan Cina, PKR memang sudah multiracial.  UMNO nak tubuh kelab Penyokongnya?  Sekarang kelab Penyokong UMNO ialah

a)  Kemas
b)  Rela
c)  Rukun Tetangga
d)  Polis Raja Di Malaysia
e)  FRU
f)   Suruhanjaya P/Raya
g)  S/jaya Pencegahan Rasuah Malaysia
h)  Institusi Kehakiman Negara

    Wahai ahli UMNO tak malu ke menang dengan undi pos.  Kemenangan yang tidak bermaruah.  Tinggalkan le UMNO.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP