#1

Memaparkan catatan dengan label umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label umum. Papar semua catatan

KELAS DHUHA 11/4/10 - TANGGUH, SAMBUNG PADA 18/4/10

>> Khamis, April 08, 2010

KELAS DHUHA
PUSAT TARBIYAH PAS PEKAN CHEMOR

Adalah dimaklumkan bahawa Kelas Dhuha di Pusat Tarbiyah Pas Chemor pada Ahad ini ditangguhkan.  Penangguhan ini adalah disebabkan Mesyuarat Agung Pas Tambun.  Kelas Dhuha akan berjalan semula pada 18/4/10 jam 9.30 pagi.  Sebarkan maklumat ini.

Read more...

KULIAH POLITIK ISLAM MEMERLUKAN SEBUAH KOMPUTER RIBA DAN BROADBAND

>> Selasa, April 06, 2010

KULIAH POLITIK ISLAM

    Untuk mengharungi gelombang politik durjana dan munafik ini maka PAS Tambun telah melaksanakan program Kuliah Politik Islam sejak setahun yang lalu.  Objektif kuliah ini tidak lain ialah untuk menyalurkan maklumat yang tepat kepada rakyat.  Dalam kuliah politik ada dua sesi iaitu bacaan kitab dan maklumat semasa.

   Perbahasan tentang isu semasa memerlukan penggunaan teknologi terkini iaitu internet.  Perbahasan di Parlimen sebagai contoh akan dipaparkan dengan ucapan yang real daripada Ketua Pembangkang dan bukan lagi huraian penceramah sahaja.  Seolah-olah Ketua Pembangkang berceramah dihadapan audien.  Kaedah ini nampak menarik perhatian ramai dan diminati. 

   Setakat ini Kuliah Politik telah berjalan di tempat berikut

1)    Taman Meru  (setiap Isnin malam selasa)        2)    Chepor
3)    Taman Klebang Jaya                                      4)    Chemor
5)    Kg Jelapang Jaya                                           6)     Kg Dato Said Tambahan 3 (KDAS)
7)    Klebang Prima (akan dibuka)

     Maka sesiapa yang berminat maka kami sangat mengalukan dermawan untuk menderma dan berinfaq kepada kami 

     1)   sebuah laptop - komputer riba (kini dipinjam bila hendak digunakan)
     2)   Broadband yang berkuasa tinggi (celcom, maxis - ikut kesesuaian tempat dan liputan talian)

   Hubungi saya 019-5101772..  Saya berdoa semoga ada di kalangan tuan puan yang tampil untuk membantu kami dalam menyebarkan maklumat yang tepat.  Dengan maklumat yang tepat maka rakyat akan membuat keputusan yang tepat.  keputusan yang tepat itu ialah tidak menyokong lagi kemungkaran yang ditaja UMNO.

Read more...

KULIAH DHUHA DI PUSAT TARBIYAH PAS PEKAN CHEMOR

>> Jumaat, April 02, 2010

KULIAH DHUHA
PUSAT TARBIYAH PAS PEKAN CHEMOR

INFO PROGRAM

BERMULA : 4 APRIL 2010
KEKERAPAN :  SETIAP AHAD
JAM : 9.30 PAGI - 12.30 TGH

AKTIVITI 

SOLAT SUNAT DHUHA
BACAAN YASIN,  ALMA'THURAT DAN DOA
KULIAH
JAMUAN MAKAN

SUBJEK DAN PENGAJAR

AQIDAH AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH - UST ASPAWANI ABDULLAH
FIQH DALIL - UST WAN AHMAD TARMIZI B ABD AZIZ
ULUM AL-QUR'AN - UST M FAISAL PUAT

DATANG BERAMAI-RAMAI.  SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR. SEBARKAN MAKLUMAT INI. JAMUAN MAKAN TENGAHARI DISEDIAKAN.

Read more...

Ceramah Umum di Kg Tersusun Tasek

>> Sabtu, Mac 13, 2010

Read more...

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP