#1

UMNO TAK AMANAH, JUAL HARTA NEGARA RM330 BILLION

>> Sabtu, Mei 01, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU

FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 66

UMNO TAK AMANAH - PEMIMPIN UMNO JUAL ASET NEGARA RM330 BILLION 

ALLAH TAALA BERFIRMAN DALAM SURAH AL MU'MINUN AYAT 8

 

Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; 

Chinese
他們是尊重自己所受的信托和自己所締的盟約的, 
Tamil 
இன்னும், அவர்கள் தங்கள் (இடம் ஒப்படைக்கப்பட்ட) அமானிப் பொருட்களையும், தங்கள் வாக்குறுதிகளையும் காப்பாற்றுவார்கள்.
(23:8)
      
Dalam ayat ini Allah Taala menjelaskan dengan terang 2 ciri manusia, iaitu 

1)   ciri manusia yang beriman
2)   ciri manusia yang mewarisi syurga firdaus

     Antara ciri manusia yang benar beriman dan mewarisi syurga Firdaus Allah ialah mereka yang menjaga janji dan amanah yang diberikan kepadanya.  Amanah yang besar ialah amanah kepimpinan.  Amanah kepimpinan ialah untuk memimpin manusia mengabdikan diri kepada Allah.  

     Amanah kepimpinan juga ialah pemimpin mestilah menjaga harta dan aset negara.  Tidak boleh disalahgunakan.  Justeru para khulafa Ar Rasyidin terus memastikan Madinah dan seluruh negara yang dibuka oleh Islam terus terpelihara dengan Islam.  Di zaman Umar Al-Khatab berlaku pembukaan kota Iraq.  Maka wujud pelbagai bentuk ghanimah (harta rampasan perang).  Terlalu banyak pandangan dari seluruh para sahabat.  Namun tiada satu pendapat ghanimah perang hendak dijual pada orang lain.  Demikianlah seluruh para sahabat menjaga amanah kepimpinan.

     UMNO didedahkan oleh Mahathir telah menjual aset negata bernilai RM 330 billion.  Tak kiralah dizaman mana?  Semuanya adalah angkara pemimpin UMNO yang khianat.  Kini rakyat Malaysia seramai 27 juta telah kerugian sebanyak RM330 billion.  Ada pemimpin UMNO yang dapat komisyen ratusan juta.  Jadi pemimpin UMNO lain pula berusaha untuk mendapat komisyen juga.  Apa akan jadi sekiranya setiap orang yang bernama pemimpin UMNO melakukan perkara ini?  Maka tidakkah Malaysia akan hancur?  Angkara siapakah?  Tidak lain ia adalah angkara pemimpin UMNO.  

     Ahli UMNO bawahan sokong pemimpin UMNO macam nak ngak.  Ahli UMNO sanggup masuk neraka asalkan UMNO-BN menang (kenyataan satu makcik UMNO yang sokong BN di Felda Gedangsa).  Sedang pemimpin UMNO bermewah dan menjual aset negara pada orang lain.  Wahai ahli UMNO tinggalkan UMNO.  Selamat Tinggal UMNO.

1 komen:

Tanpa Nama,  3 Mei 2010 pada 6:55 PTG  

Dua hari sebelum pembuangan undi pada 8 Mac 2008, petugas Pas mengedarkan beribu-ribu risalah di masjid dan surau dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang yang ditandingi calonnya, Mohammad Nizar Jamaluddin. Katanya, risalah itu memetik fatwa daripada muzakarah ulama yang mengatakan... haram bagi orang Islam memilih calon bukan Islam, iaitu Dr S Vasan daripada MIC yang mewakili BN. "Tetapi, bila sudah berjaya menjadi kerajaan, beliau (Mohammad Nizar) mengatakan beliau Menteri Besar untuk semua kaum. Sekarang baru kita nampak wajah sebenar mereka. Bagaimana pula undi bukan Islam kepada Pas? Halal ke Haram ?

Persoalan ini menjadi lebih penting dijawab hari ini apabila dalam tahun 1995, terdapat laporan dari Tumpat yang menyebut seorang pemimpin Pas berkata, orang yang beragama Islam tidak boleh mengundi calon dari kalangan bukan Islam dalam pilihan raya kerana ia bertentangan dengan kehendak Islam.``Usahkan orang bukan Islam, orang Islam pun kalau tidak turut Islam tidak boleh undi, malah orang Islam pun kalau dia bawa dasar yang bukan Islam, rakyat tidak boleh mengundinya,'' kata laporan itu.

Maka timbul tanda tanya yang tidak pernah Pas jawab: ``Bagaimana pula kerjasama yang pernah terjalin antara Pas, Keadilan dan DAP sebelum ini? Dan bagaimana pula dengan usaha Pas sama ada di Kelantan atau Terengganu, yang begitu bersungguh-sungguh mahu mendapat sokongan dan kerjasama pengundi Cina? Bagaimana pula dengan Kelab Penyokong Pas yang mana rata-rata ahli nya bukan beragama Islam. Adakah mereka kena “ masuk Islam “ barulah undi-undi meraka menjadi halal. Jadi siapakah yang sebenarnya menghalalkan yang haram. Pas atau UMNO.See More

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP