#1

UMNO TIDAK BERIMAN DENGAN AYAT HUDUD 5 - PERAMPAS HARTA POTONG BERSILANG

>> Ahad, Mei 23, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 88

UMNO TAK BERIMAN DENGAN AYAT HUDUD 5 - 
PERAMPAS HARTA BERSENJATA DIPOTONG BERSILANG


Allah Taala berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 33-34




Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.
Chinese
敵對真主和使者,而且擾亂地方的人,他們的報酬,只是處以死刑,或釘死在十字 架上,或把手腳交互著割去,或驅逐出境。這是他們在今世所受的凌辱;他們在後世,將受重大的刑罰。 
Tamil
அல்லாஹ்வுடனும் அவன் துதருடனும் போர் புரிந்து, பூமியில் குழப்பம் செய்து கொண்டு திரிபவர்களுக்குத் தண்டணை இதுதான்; (அவர்கள்) கொல்லப்படுதல், அல்லது தூக்கிலிடப்படுதல், அல்லது மாறுகால் மாறு கை வாங்கப்படுதல், அல்லது நாடு கடத்தப்படுதல்; இது அவர்களுக்கு இவ்வுலகில் ஏற்படும் இழிவாகும்;. மறுமையில் அவர்களுக்கு மிகக்கடுமையான வேதனையுமுண்டு.  (5:33)

 
Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya, (mereka terlepas dari hukuman itu). Maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.  
Chinese
惟在你們能懲罰他們之前已經悔罪的人,你們須知真主對於他們是至赦的,是至慈 的。 
Tamil
நீங்கள் அவர்கள் மீது சக்தி பெறுமுன் திருந்திக் கொள்கிறார்களே அவர்களைத் தவிர, நிச்சயமாக அல்லாஹ் மன்னிப்பவனாகவும் கருணையுடையவனாகவும் இருக்கின்றான் என்பதை நீங்கள் அறிந்து கொள்ளுங்கள். (5:34)
 

     Dalam Kitab Qanun Jenayah Syariyyah dihuraikan dengan panjang lebar kesalahan hukum hudud ke-5 iaitu hirabah atau perampas harta secara bersenjata. Ia berskala besar.  Lebih besar daripada kesalahan curi.  Begitulah Islam meletakkan keadilannya.  Bukan semuanya curi.  Sekilanya berlaku rampasa harta maka potong bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dilaksanakan.

     Hukuman ini bukanlah pilihan malahan ia adalah wajib dilaksanakan oleh pemerintah.  Rakyat tidak dibebankan dengan pertanggungjawaban pelaksanaan hukum ini.  Kuasa yang ada pada rakyat ialah memilih pemimpin.  Pemimpin yang rakyat pilih ialah Islam dan parti Islam.  Maka tertegaklah hukum Allah.

     UMNO tidak beriman dengan hukum yang telah dinayatakan tadi.Untuk mengawal manusia mestilah hukum yang datang daripada yang menjadikan manusia.  Nafsu manusia tidak dapat dikawal oleh manusia.  Nafsu manusia hanya dapat dikawal oleh yang menjadikan nafsu.  Yang menjadikan nafsu tidak lain ialah Allah Taala.  Hanya hukum Allah sahaja yang dapat mengawal manusia.  

     UMNO tak mahu ini berlaku.  UMNO tetap dengan hukum sekular.  UMNO tetap dengan pendirian menolak hukum Allah.  52 tahun Malaysia di perintah oleh UMNO tiada perubahan dalam bab perundangan Islam.  Hukum Islam terus ditolak UMNO.  Wahai ahli dan pemimpin UMNO tinggalkan UMNO yang menolak Al-Qur'an dan Sunnah.  Bersegeralah menyelamatkan kehidupan akhirat anda dengan mengisi borang PAS untuk mengangkat perjuangan Islam dalam menegakkan hudud dan Qisas.



10 komen:

Tanpa Nama,  23 Mei 2010 pada 11:39 PG  

daripada kita kejar hudud dan qisas... lebih baik kalau kita tonjolkan Islam sebagai ad-din...

nathan,  23 Mei 2010 pada 4:07 PTG  

nak tonjol Islam sebagai ad-din macam mana kalau org Islam sendiri hudud & qisas ditolak.
dgn hukum ini boleh menyelamatkan org Islam drpd terjebak dalam masalah sosial.
org Islam mesti berakhlak yg terbaik x ada rasuah, amanah dalam segala hal taat pd agama baru boleh menonjol Islam itu sendiri.

nathan,  23 Mei 2010 pada 4:12 PTG  

saya pun x faham kenapa org melayu susah sangat nak terima hukum agama mereka sendiri.Banyak sangat alasan yg saya dengar untuk mengelak drpd terlaksana.

Islam Sebenar,  23 Mei 2010 pada 8:58 PTG  

Ini pandangan Dr Maza : http://www.youtube.com/watch?v=eVGWWBS47go

Ini PAS, ini Pendapat Dr Dzulkifli:
http://www.youtube.com/watch?v=Q-QcpelMgyA

Islam Sebenar,  23 Mei 2010 pada 9:04 PTG  

yang ni kalau pendirian sudah kuat, boleh tengok ni:
http://www.youtube.com/watch?v=yFw4AZAWlUo

kita tetap berjuang untuk Islam tapi Islam yang sebenar. Kita perlu bersikap adil dalam perkara ini.

nathan,  23 Mei 2010 pada 10:55 PTG  

kalau macam itu kita kena sokong PAS/Pakatan Rakyat kerana mereka menegakkan keadilan dan menentang kepada pekara yg akan merosakkan masyarakat seperti rasuah, tidak amanah, salah guna wang rakyat, membenarkan judi, menindas rakyat dan lain lain lagi.
Hukum hudud boleh dilaksanakan setelah masyarakat semua faham dan apabila negara stabil dan rakyat tidak susah lagi.Ini satu pendekatan yg baik.
Org melayu patut memberi sokongan kepada keadilan dan kami juga akan menyokong kepada perkara membawa kebaikan kepada rakyat.
Saya berpendapat dan yakin sekiranya org itu kuat memegang agama mereka akan berlaku jujur dan adil.
Untuk menegakkan keadilan BN harus ditumbangkan dan digantikan dengan Pakatan Rakyat.

nathan,  23 Mei 2010 pada 11:01 PTG  

Kita harus beri peluang kepada Pakatan Rakyat.
Kita sudah melihat keadilan dan jujur di negeri2 yang Pakatan Rakyat perintah.

Islam Sebenar,  24 Mei 2010 pada 12:15 PG  

saya setuju dengan memberi peluang... tapi saya dah bosan ngan politik di malaysia.

klu ikutkan, mmg dah ramai rosak akal disebabkan politik di Malaysia, dan salah satu maqasid syariah adalah menjaga akal...

demokrasi sebegini sepatutnya tak wujud dlm Islam, hatta nama demo-krasi itu sudah pun meletakkan kuasa pada rakyat bukannya pada wahyu.

sini ada link agak bahaya sangat:
http://millahibrahim.wordpress.com/seri-materi-tauhid/seri-6-tinjauan-kekafiran-demokrasi/

bagi yang hanya baca buku2 Ikhwan dan PAS, mungkin tidak sesuai, mungkin ini lah faham ultra s....

saya ahli PAS tapi dah bosan ngan politik perpecahan ni..

ps setiap LINK-LINK saya haruslah dinilai dengan bijaksana, saya tak mengajak kepada terrorisme, atau pro kepada sesuatu pihak, sekadar membuka minda, pembaca blog ini.

sudah tiba masanya kita membuka mata kita dengan lebih luas.

Islam Sebenar,  24 Mei 2010 pada 12:17 PG  

bukan maksud saya bahaya cuma fahaman yang agak asing dalam masyarakat Malaysia.

nathan,  24 Mei 2010 pada 5:49 PG  

adakah apa yg PAS lakukan sekarang melanggar hukum atau akidah hanya semata mata bergabung dengan bangsa lain atau parti lain.
Sebab saya lihat PAS berusaha memberi kefahaman tentang Islam dan keadilan kepada kami yang tak pernah Umno berikan sehingga masyarakat takut pada Islam.Oleh itu bagi saya kefahaman itu penting.Bila semua dah faham dan yakin, tidak mustahil satu hari nanti tegaknya hukum Islam.
'Islam Sebenar' sepatutnya jangan putus asa teruskan berjuang dan yakin dalam PAS dan harus ingat, bukan melayu saja yg boleh tegakkan Islam tapi Islam boleh ditegakkan oleh bangsa yg lain.

Islam untuk Semua.

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP