#1

UMNO TIDAK BERIMAN DENGN HADIS HUKUM QISAS

>> Isnin, Mei 31, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 95

UMNO TIDAK BERIMAN DENGAN HADIS BAB HUKUM QISAS

NABI MUHAMMAD SAW BERSABDA MAKSUDNYA

"Sesiapa yang membunuh orang mu'min dengan sengaja hendaklah diserahkan kesnya kepada walinya"

    Inilah hadis yang menyebut tentang hukum Qisas iaitu bunuh balas bunuh. Penyerahan kembali kes kepada wali (waris yang terbunuh) menggambarkan betapa keadilan dalam Islam.  Hadis ini mahu meletakkan

1)   menghapuskan balas dendam
2)  waris yang terbunuh adalah yang berhak menentukan hukum sama ada balas bunuh atau diyat
3)  Islam membina keharmonian masyarakat
4)  Islam melindungi seluruh manusia terutama aspek nyawa
4)  Islam melindung yang lemah.  Yang lemah dalam Islam mendapat hak dan keadilan

     Dalam sistem perundangan manusia hari ini, sekiranya orang miskin ada kemungkinan tidak dapat nak membawa kes pembunuhan warisnya ke mahkamah.  Kos mengambil peguam.  Siasatan yang dijalankan oleh polis dan perkara yang berkaitan meletakkan gambaran bahawa orang miskin akan dipinggirkan daripada keadilan manusia.  Inilah yang diamalkan oleh UMNO-BN.  Yang terbela ialah yang ada kuasa.  Yang terbela ialah kroni UMNO.  Orang yang miskin jauh daripada pembelaan.

     Islam melindungi yang lemah.  Yang paling lemah mendapat keadilan.  Dalam Islam sekiranya yang lemah tidak mendapat keadilan maka kesalahan itu akan diletakkan kepada pemerintah.  Dalam amalan hari ini sudahlh UMNO tidak mengamalkan keadilan Islam malahan mengamalkan hukum manusia yang sesat dan tidak pula mengamalkan perlindungan kepada yang miskin.  UMNO menolak hadis ini dan mengabaikannya.  Yang penting bagi UMNO ialah pembangunan.

     Masyarakat Melayu ada apologetik yang tinggi.  Tidak melakukan ketaatan kepada pemimpin negara sudah dikatakan derhaka.  walau melayu tersebut tidak solat dan melanggar hukum Allah.  Melayu mesti membuang sifat apologetik ini.  Taat kepada pemimpin bersyarat iaitu dia taat kepada Allah dan hukum Allah, pemimpin itu mesti juga taat kepada Rasul dan segala sunnah rasul.  Jika pemimpin Melayu ini yang meluluskan judi maka apakah ada lagi ketaatan. Wahai ahli UMNO tanya dan jawab sendiri.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP