#1

UMNO TIDAK BERIMAN DENGAN HUKUM HUDUD BAGI PENDERHAKA (BUGHAH)

>> Selasa, Mei 25, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO)90

UMNO TAK BERIMAN DENGAN HADIS HUKUM HUDUD UNTUK BUGHAH (PENDERHAKA)


     Istilah bughah adalah istilah dalam hukum hudud.  Bughah membawa makna penderhaka iaitu sekumpulan orang Islam yang menentang kepimpinan ulil Amri yang menegakkan hukum Allah dan Qisas.  Dalam Islam yang dikatakan negara Islam itu ialah negara yang menegakkan dan beramal dengan hukum hudud dan qisas.  Pemimpin negara yang melaksanakan hukum hudud dan qisas inilah yang digelar ulil amri yang adil dan sekiranya mana-mana orang Islam melawan kepimpinan negara yang seperti ini maka ia digelar penderhaka atau bughah.


     Di zaman khalifah Abu Bakar terdapat segolongan muslim yang tidak membayar zakat.  Maka kelompok ini diperangi oleh Khalifah Abu Bakar.  Memerangi kumpulan ini sehingga mereka kembali melaksanakan perintah-perintah Allah.


    Malaysia telah diisyhtiharkan oleh pemimpin UMNO sebagai Negara Islam.  Ia diumumkan oleh Mahathir (Presiden UMNO) pada mesyuarat Agung MCA.  Bukan dalam Parlimen Malaysia atau dalam mana-mana rapat umum.  Mahathir yang dia juga adalah Presiden UMNO  mengumumkan Malaysia adalah negara Islam tetapi dalam masa yang sama UMNO menentang hukum Allah iaitu hudud dan qisas.  Apabila hudud dan qisas tidak dilaksanakan oleh pemerintahan UMNO di Malaysia maka Malaysia bukan lagi negara Islam yang sebenar.  Maka melawan UMNO dalam pilihanraya adalah suatu tuntutan agama 

1)     supaya hukum Allah hudud dan Qisas dapat dilaksanakan
2)     melawan UMNO yang sekular tidak dikenakan hukuman bughah


     UMNO berhujah bahawa Malaysia adalah negara Islam kerana


1)    Boleh sembahyang, puasa, zakat dan haji.  Ini negara yang menentang Islam membenarkannya.
2)    Ada bank Islam.  Di negara kafir ada Bank Islam.  Di Switzerland ada bank Islam
3)    Malaysia adalah negara aman.  Aman bukan ciri yang melatakkan sesebuah negara itu Islam atau tidak


     Kalau UMNO kata Malaysia adalah negara Islam mengapa judi dihalalkan?  Sedangkan Al-Qur'an mengharamkannya.   

Kalau UMNO kata Malaysia adalah negara Islam kenapa pemimpin UMNO ambil Yahudi (APCO WORLDWIDE) SEBAGAI PENASIHAT KERAJAAN  Sedangkan Al-Qur'an melaknat Yahudi. 

Kalau pemimpin UMNO kata Malaysia adalah negara Islam kenapa arak dihalalkan.  Sedangkan Al-Qur'an mengharamkannya.

Kalau UMNO kata Malaysia ini adalah negara Islam kenapa bantuan sekolah agama rakyat 2003 ditahan.  Sedangkan Al-Qur'an menyuruh membela agama

Banyak lagi boleh dinyatakan.  Kenapa ahli UMNO tuli dan bisu.  Wahai ahli UMNO keluarlah UMNO segera dan isi borang PAS dan menyertai perjuangan PAS.

6 komen:

Tanpa Nama,  25 Mei 2010 pada 9:23 PG  

nak kata bodoh...blh tahan la..klu dah kata arak tu haram, yang PAS gi ckp PAS adil pi bg cina minum arak tu apa? Sama la UMNO pun, bkn soh org Islam minum, depa pun org cina minum arak. Judi bola? TPM sedang dikaji semula..sabaq la.. kalau mcm sekolah ustaz, mmg patut pun stop bantuan. Orang hantar anak pi belajaq, bkn dgr dakyah politik ustaz.. belajaq apa kalau pi laung "reformasi" kat tengah-tengah tempat perhimpunan? hak ni ustaz jgn nak bohong..anak saya bekas pelajar MUC.

Abu Muhammad Haikal 25 Mei 2010 pada 6:04 PTG  

30. Ar Ruum 52. Maka Sesungguhnya kamu tidak akan sanggup menjadikan orang-orang yang mati itu dapat mendengar, dan menjadikan orang-orang yang tuli dapat mendengar seruan, apabila mereka itu berpaling membelakang*

*Orang-orang kafir itu disamakan Tuhan dengan orang-orang mati yang tidak mungkin lagi mendengarkan pelajaran-pelajaran. Begitu juga disamakan orang-orang kafir itu dengan orang-orang tuli yang tidak bisa mendengar panggilan sama sekali apabila mereka sedang membelakangi kita.

8. Al Anfaal 22. Sesungguhnya binatang (makhluk) yang seburuk-buruknya pada sisi Allah ialah; orang orang yang pekak dan tuli * yang tidak mengerti apa-apapun.

* Maksudnya: manusia yang paling buruk di sisi Allah ialah yang tidak mau mendengar, menuturkan dan memahami kebenaran.

Lee,  26 Mei 2010 pada 12:19 PG  

Hantu pun ada nama. Ini manusia tanpa nama.
judi semua agama larang.Dan arak ada agama mereka(bukan Islam) benarkan.
Judi terang2 haram TPM x payah nak kaji.Budak sekolah agama pun tahu.
Reformasi maknanya berubah.Berubah kpd yg lebih baik dan utama. x salah suruh pelajar buat perubahan.
Yg benci sangat pd PAS kenapa?.Dasar PAS x langgar hukum atau aqidah.
Yg patut dibenci UMNO mengajak manusia kpd kemungkaran.

Lee,  26 Mei 2010 pada 12:26 PG  

http://idhamlim.blogspot.com/2010/05/menyangkal-artikel-yadim-tentang-isu.html

Tanpa Nama,  26 Mei 2010 pada 12:31 PTG  

http://hembusan-amal.blogspot.com/2009/03/siapa-mustafa-kemal-ataturk-1881-10.html

bermulanya di sini....

Tanpa Nama,  26 Mei 2010 pada 12:31 PTG  

http://hembusan-amal.blogspot.com/2009/03/siapa-mustafa-kemal-ataturk-1881-10.html

bermulanya di sini....

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP