#1

UMNO MENOLAK HADIS HUKUM HUDUD UNTUK MURTAD IALAH BUNUH

>> Isnin, Mei 24, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 89

UMNO TAK BERIMAN DENGAN HADIS HUKUM HUDUD UNTUK MURTAD IALAH BUNUH



MAKSUD HADIS 


"SESIAPA YANG MENUKAR AGAMANYA (MURTAD) MAKA BUNUHLAH DIA"
(RIWAYAT BUKHARI)


     Inilah hukum hudud yang ke-enam iaitu kesalahan murtad.  Dalam Islam hukum bagi pesalah ini  adalah bunuh .  Sengaja kami mendedahkan satu persatu ayat-ayat Al-Qur'an atau hadis yang diengkari oleh UMNO.  Inilah kaedah ilmiah.  Pernyataan umum  bahawa UMNO tidak meyakini Al-Qur'an kadang-kadang tidak dapat diterima umum.  Maka kami nyatakan yang manakah ayat Al-Qur'an dan Hadis yang diengkari oleh UMNO.  Maka barulah kita jelas bahawa UMNO menolak Al-Qur'an dan Hadis Nabi Muhammad saw.  Dalam Islam menolak satu ayat Al-Qur'an bermakna menolak keseluruhan Al-Qur'an.  Begitu juga menolak satu hadis bermakna sudah tidak meyakini lagi Nabi Muhammad saw


        Pendedahan ini adalah menyelamatkan generasi akan datang, Kita sebutkan hujah dan ayatnya supaya semua orang tahu ini dia ayat Al-Qur'an dan Hadis yang UMNO tolak.  Inilah faktanya.  Kalau dikatakan UMNO menolak Al-Qur'an, ayat yang mana UMNO tak nak.  Sama juga sekiranya Hadis, Hadis yang mana satu.


      Termasuk hadis hukum hudud untuk murtad UMNO tolak dan tak mahu beramal.  Murtad ialah keluar daripada agama.  Kenapa Islam memerintahkan orang yang murtad itu dibunuh?  Tidak lain kecenderungan yang tinggi orang yang murtad itu ialah untuk mengeji agama Islam dan memuliakan agama yang baru dianutnya.  Keadaan inilah yang tidak dibenarkan Islam.


     UMNO tak mahu beramal dengan hadis ini kerana mengatakan bahawa adalah zalim membunuh manusia.  Kezaliman mengeji agama adalah zalim yang lebih besar.  Bila hukuman ini tidak dijalankan maka gejala murtad semakin berleluasa.  Gejala murtad hanya boleh dibendung dengan melaksanakan hukum hudud ini.


     UMNO bersikap double-standard,  dalam perkara kalimah Allah beriya-iya UMNO memperjuangkannya.  UMNO mengatakan bahawa kalau kalimah Allah PAS tak nak berjuang bersama macam mana nak menegakkan hukum Allah.  Dalam masa yang sama hal kemurtadan UMNO tidak berusaha untuk mencegahnya.  UMNO membiar agama Allah dikeji.  Inilah kerja UMNO. 


     Sama juga, UMNO katanya memperjuangkan kalimah Allah dalam masa yang sama meluluskan lesen judi yang bertentangan dengan Islam.  Wahai ahli UMNO dan para pemimpin UMNO yang kamu lakukan adalah tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar.  Segeralah tinggalkan UMNO dan sertai perjuangan PAS untuk ketenangan yang lebih hebat dan mulia.

3 komen:

Tanpa Nama,  24 Mei 2010 pada 1:47 PTG  

anwar ibrahim ckp lina joy punya hak masuk agama mana2 dia suka..

Makan makan 1 November 2011 pada 9:35 PG  

salam, masalah hudud perlu dibentangkan untuk kefahaman masyarakat umum. adakan forum atau diskusi membahaskan masalah hudud. byk penulisan dari sarjana islam meberikan ulasan yg berbeza, justeru perlukan kupasan dgn baik dan lebih ilmiah daripada ramai tokoh.

Unknown 26 Disember 2012 pada 9:25 PTG  

salam..bagi sy seorg umat muhammad yg menolak hkum hudud iaitu HUKUM ALLAH sperti tkut dgn byg2 sndri..bila hukum hudud dilaksankan di malaysia pelbgai mslh sosial jnayah dpt di atasi.hukuman di dunia ini adalah kafarah bagi dosa2 yg tlh dilakukan.sama2 lah kita perjuangkan hudud demi umat islam..

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP