#1

UMNO TIDAK BERIMAN DENGAN AYAT QISAS 2

>> Jumaat, Mei 28, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 92

UMNO TIDAK BERIMAN DENGAN AYAT QISAS 2

ALLAH TAALA berfirman dalam surah Maidah ayat 45


Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. 
Chinese
我在《討拉特》中對他們制定以命償命,以眼償眼,以鼻償鼻,以耳償耳,以牙償牙;-切創傷,都要抵償。自願不究的人,得以抵償權自贖其罪愆。凡不依真主所降示的經典而判決的人,都是不義的。 
Tamil 
அவர்களுக்கு நாம் அதில், "உயிருக்கு உயிர், கண்ணுக்கு கண், மூக்குக்கு மூக்கு, காதுக்கு காது, பல்லுக்குப் பல் ஆகவும்; காயங்களுக்கு(ச் சமமான காயங்களாகவும்) நிச்சயமாக பழி வாங்கப்படும் என்று விதித்திருந்தோம்;" எனினும் ஒருவர் (பழி வாங்குவதை) தர்மமாக விட்டுவிட்டால், அது அவருடைய பாவங்களுக்குப் பரிகாரமாகும்;. எவர்கள் அல்லாஹ் இறக்கி வைத்த (வேதக் கட்டளைப்)படி தீர்ப்பு வழங்கவில்லையோ நிச்சயமாக அவர்கள் அநியாயக்காரர்களே!
 (5:45)

     Dalam ayat hukum Qisas 1 yang ditolak UMNO, Allah Taala menegaskan tentang pelaksanaan hukum qisas dalam kes pembunuhan.  Dalam ayat ke-2 ini pula Allah Taala menerangkan keadilan hukumnya dalam konteks kecederaan. Hukum ini juga termasuk Qisas kerana konsep balas balik atau bayar diat. 

    Begitulah keadilan hukum Allah.  Tidak Allah borong kesemuanya dalam satu hukum sahaja.  Malahan Allah Taala memperincikan hukumannya kerana ia adalah keadilan.  Islam mengambil berat kecederaan 1 jari, 1 mata, sebelah kaki, 1 jari kaki,  sebelah lubang hidung, sebelah tangan, dan lain-lain.  Hal sekecil ini pun Islam meletakkan hukumnya apa lagi hukum berkaitan dengan pembunuhan.

   Demikianlah keadilan Allah.  Hanya manusia yang tidak beriman seperti orang UMNO sahaja yang tidak mahu kepada keadilan hukum Allah.  Sedangkan hukum mencederakan 1 jari kelingking tidak ada dalam kamus hukuman manusia tetapi ada di dalam keadilan hukum Allah.  Kalau kecederaan yang demikian sifatnya diambil berat oleh Allah, inilah hukum yang benar adil.

    Sekali lagi penolakan ayat ini jelas UMNO telah tersasar daripada Islam.  52 tahun diberikan peluang oleh Allah memerintah UMNO tidak langsung berusaha untuk menegakkan hukum Allah.  Malahan mencemuh hukum dan keadilan Allah.  UMNO membalas hujah Al-Qur'an dengan hujah akal yang dangkal dan bertentangan dengan Al-Qur'an.  Maka apabila hukum Allah ditolak datanglah kekejian yang menguasai masyarakat.

    Ada orang yang ditumbuk matanya hingga lebam tidak mendapat hukuman yang sewajarnya, ada orang yang kena tembak oleh Polis dan mengalami kecederaan juga tidak mendapat pembelaan sewajarnya dan ada anak remaja yang ditembak hingga mati juga tidak mendapat pembelaan sewajarnya,  Inilah kekejian yang sedang menguasai bangsa Melayu.  Belum lagi dibicarakan berkaitan dengan Bangsa melayu yang menjuarai Dadah, Dedah, Rempit, Bohsia, Anak luar nikah, kebejatan sosial.  Semua ini tidak lain kerana menolak hukum Allah oleh UMNO. 

    UMNO berhujah ini adalah kesalahan ibu dan bapa.  Dalam rumah boleh lah disalahkan ibu dan bapa.  Luar rumah? Luar rumah adalah tanggungjawab pemerintah.  Inilah yang diabaikan oleh UMNO selama ini.  Pengaruh luar rumah yang negatif dengan tiada penguatkuasaan menyebabkan gejala negatif dan merosakkan umat berlaku.  Itulah sebabnya apabila dilaksanakan hukum Allah maka akan terpelihara daripada seluruh gejala negatif.  Ini telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad saw di negara yang dibinanya iaitu Madinah.

     Wahai ahli UMNO, penyokong UMNO, pemimpin UMNO tinggalkanlah UMNO kerana UMNO menolak ayat-ayat Al-Qur'an.  Redha kepada kekufuran jadi kufur (maksud hadis).  Segera isi borang PAS dan menyertai perjuangan yang lebih bermakna untuk dunia dan keselamatan akhirat.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP