#1

UMNO TIDAK BERIMAN DENGAN AYAT HUDUD 4 - MENCURI POTONG TANGAN

>> Sabtu, Mei 22, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 87

UMNO TAK BERIMAN DENGAN AYAT HUDUD 4 - 
MENCURI POTONG TANGAN


ALLAH TAALA BERFIRMAN DALAM SURAH AL-MAIDAH AYAT 38




Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. 
Chinese
偷盜的男女,你們當割去他們倆的手,以報他們倆的罪行,以示真主的懲戒。真主 是萬能的,是至睿的。 
Tamil
திருடனோ திருடியோ அவர்கள் சம்பாதித்த பாவத்திற்கு, அல்லாஹ்விடமிருந்துள்ள தண்டணையாக அவர்களின் கரங்களைத் தரித்து விடுங்கள். அல்லாஹ் மிகைத்தவனும், ஞானம் மிக்கோனுமாக இருக்கின்றான்.
(5:38)

      Dalam ayat Allah Taala memerintahkan bahawa pencuri yang telah memenuhi kadar mencurinya melebihi yang ditetapkan hendaklah dipotong tangannya.  Sekali lagi ayat ini tidak memerlukan tafsiran.  Apakah kadar yang dikatakan melebihi had itu.  Perkara ini sudah pasti hendaklah dirujuk kepada hadis-hadis Nabi Muhammad saw.  

     Yang penting ditanya kenapa hukum ini dikenakan oleh Allah? 

1.     Ini adalah kerana Islam membenarkan pemilikan harta oleh peribadi tanpa had.  Namun Islam menetapkan kepada sikaya hendaklah membayar zakat.  Apabila sikaya membayar zakat maka Islam melindungi hartanya dengan hukuman kepada sipencuri ialah potong tangan. 

2.     Islam membina ketenteraman kehidupan masyarakat.   Sikaya tidak perlu risau kerana hukum Islam sudah cukup untuk menjaga harta sikaya.  Simiskin juga tidak perlu bertukar watak menjadi pencuri kerana tanggungjawab sikaya ialah membayar zakat bagi membantu simiskin.

3.     Dalam Islam tidak dibenarkan konsep 'Robin Hood'. Robin Hood adalah gambaran kecelaruan hukuman manusia.  Ada pula hero dalam masyarakat yang mencuri harta sikaya untuk diberikan kepada simiskin.  Ini tidak dibenarkan oleh Islam.

     UMNO tidak beriman dengan hukum Allah ini.  Antara hujah pemimpin UMNO dan ahli UMNO

1.     Bahawa kalau hukuman ini dilaksanakan maka setiap hari di Malaysia akan makan sup tangan.  

2.     Bahawa kalau buat hukum ini maka tidak ada pelabur luar negeri akan membina kilang di Malaysia kerana orang Malaysia semuanya kudung.

3.    Bahawa sekiranya hukuman ini dilaksanakan maka tiada pasaran kerja di Malaysia kerana kebanyakkan orang Malaysia kudung tangannya.

      Alangkah dangkalnya hujah UMNO.  Hujah ini akan membawa mereka yang menyokong UMNO-BN ke neraka.  Sekiranya mulut anda mengatakan kebenaran sedang hati anda berhujah seperti orang UMNO berhujah maka anda adalah munafik.  Tempat munafik ialah di neraka.  Wahai ahli UMNO dan pemimpin UMNO kembalilah kepada Islam dan mengamalkannya.  Janganlah tolak mana-mana hukum Islam.  Ini bukan hudud PAS.  Ini adalah hukum Allah.  Kembalilah kepada politik Islam.  Keluarlah dari UMNO dan mari sertai parti Islam untuk menegakkan Hukum Allah (Hudud dan Qisas)

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP