#1

UMNO DAN ANAK HARAM - PEMUSNAH GENERASI AKAN DATANG

>> Ahad, Mei 02, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU

FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 67

UMNO DAN ANAK HARAM SEBAB TOLAK HUKUM HUDUD

FIRMAN ALLAH DALAM SURAH FURQAN AYAT 68-69


Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya; 
Chinese
他們只 祈禱真主,不祈禱別的神靈;他們不違背真主的禁令而殺人,除非由於償 命;他們也不通奸。誰犯此類(罪惡),誰遭懲罰; 
Tamil
அன்றியும், அவர்கள் அல்லாஹ்வுடன் வேறு நாயனைப் பிரார்த்திக்கமாட்டார்கள்; இன்னும், அல்லாஹ்வினால் விலக்கப் பட்ட எந்த மனிதரையும் அவர்கள் நியாயமின்றிக் கொல்லமாட்டார்கள், விபசாரமும் செய்ய மாட்டார்கள் - ஆகவே, எவர் இவற்றைச் செய்கிறாரோ, அவர் தண்டனை அடைய நேரிடும். (25:68)

 Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan, - 
Chinese
復活日要受加倍的刑罰,而受辱地永居其中。 
Tamil
கியாம நாளில் அவருடைய வேதனை இரட்டிப்பாக்கப்படும்; இன்னும் அதில் இழிவாக்கப்பட்டவராக என்றென்றும் தங்கிவிடுவர். (25:69)



Cukup banyak ayat dalam Al-Qur'an yang menjelaskan persoalan yang berkaitan dengan perzinaan.  Surah Furqan adalah antara ayat yang berkaitan dengan perzinaan yang disukai oleh manusia.  Allah taala dengan jelas mengetahui akan sifat manusia iaitu suka berfoya dan memuaskan hawa nafsu.  Justeru datang kepada manusia hukuman dari Allah yang mengawal kemahuan nafsu.

    Hukuman itu ialah hudud.  Antara hukuman hudud ialah berkaitan dengan perzinaan.  Perbuatan zina adalah perbuatan yang terkutuk dan hendaklah dijauhi.  Perbuatan zina akan mendatangkan anak luar nikah.  Anak luar nikah adalah anak yang terputus nasab dan tidak dapat mewarisi apa-apa dalam konteks hukum faraid.

    Parlimen Malaysia dalam tahun 2009 mendedahkan statistik anak luar nikah 1988-2008 ialah sebanyak 257,000 bayi dilahirkan tanpa bapa.  Nama bapa tidak tercatat dalam surat beranak.  Sedangkanuntuk tempoh 10 tahun yang sama Madinah mencatatkan 1 anak luar nikah dengan perlaksanaan hukum hudud.  Di Malaysia dalam tempoh 10 tahun jumlah anak luar nikah mencecah suku juta.  Kenapa jumlah ini jurangnya terlalu besar?  Tidak lain kerana UMNO-BN menolak hukum Allah.  Dalam perkara zina hanya hukum Allah sahaja yang dapat membendungnya.

     UMNO-BN tak mahu hukum hudud.  Tidak hairan berleluasa anak luar nikah.  Semakin tahun semakin banyak.  Tahun 2009 sahaja merekodkan hampir 17,000 anak luar nikah.Kenapa ini tidak dibendung?  20 tahun akan datang mereka ini semuanya sudah dewasa dan mahu berkahwin.  Macam mana dengan perkahwinan mereka?  Persoalan yang mesti difikirkan umat ialah

1)    Keluarga manakah yang hendak menerima lelaki/perempuan yang tiada bapa
2)    Anak luar nikah terputus nasab, tiada dapat mewarisi harta melalui hukum faraid
3)    Ibu yang ada 1 anak luar nikah, kemudiannya berkahwin secara sah dengan seorang lelaki dan memiliki zuriat,  bagaimanakah psikologi anak pertama yang diperolehi secara haram?
4)  Bagaimana pergaulan anak ini di sekolah?  Dulu boleh letak anak luar nikah dengan bapa Abdullah. Tapi kini apabila tak ada surat nikah maka ruang nama bapa dikosongkan.
5)   Anak luar nikah ini pula kalau tak kahwin akan terus melahirkan anak luar nikah juga dan begitulah seterusnya.

    Kerumitan ini tidak lain kerana UMNO tak mahu hukum Islam.  UMNO tak mahu laksana hudud.  Apabila hudud tidak dilaksanakan maka terjadilah gejala sosial yang ada kini.  Wahai UMNO kembalilah kepada Al-Qur'an dan Sunnah.  Wahai Allah, jodohkanlah anak luar nikah ini dengan mereka yang menentang hukum hudud (UMNO), Ya Rabbil 'alamin.

4 komen:

Tanpa Nama,  3 Mei 2010 pada 1:36 PTG  

Nabi SAW pun x pernah mendoakan keburukan pada org yang menzalimi baginda..org siap letak tahi atas kepala baginda tu.namun baginda mendoakan kebaikan untuk org tersebut..kita?? dah la manusia hina...x sedar diri menumpang di muka bumi Allah..doa pula tu keburukan untuk org lain.kamu sendiri tidak tahu puncanya...Inilah yang islam PAS terapkan..hancurkan umat Islam sendiri dgn guna agama...yeah....hidup PAS...kita hancurkan ISLAM...hidup PAS...islam UMNO, Allah x terima...islam PAS masuk syurga...orang2 islam sebelum wujudnya PAS???Allah mana terima sbb bkn sokong PAS....

Tanpa Nama,  3 Mei 2010 pada 7:07 PTG  

bila Nik Aziz terima tajaan ke Mekah dgn pakej RM65k seorg dr syarikat yg dapat kontrak dari Perbadanan yg diterajui menantu sendiri...dinamakan hadiah (tak salah) bila ADUN PKR dan ahli PKR dapat habuan wanita pelacur dr China tu ...dinamakan sedekah...bila zaid ibrahim bela kuda lumba dikatakan ikut sunah.....bila za...id ibrahim kaki tonggang dgn judi...dikatakan 'setiap manusia ada kesilapan lalu'....bila Mat Sabu duduk berdua-duaan dlm bilik hotel dgn wanita bkn muhrim...dikatakan berbincang...bila PAS berbaik dgn DAP Nik Aziz kata tak salah sbb niat DAP nk bantu Islam....dia kata kalau setan nk bantu Islam pun PAS akan berbaik....dlm quran dan hadis jelas setan musuh Islam bole ubah dgn kata 'kalau' setan nk bantu Islam....bengong ....hehehe

Tanpa Nama,  3 Mei 2010 pada 7:08 PTG  

hei...hei....jgn lupa..salah seorg drpd anak luar nikah tersebut adalah anak anuar ibrahim dan shamsidar taharin..

Tanpa Nama,  4 Mei 2010 pada 11:04 PG  

x de siapa nak bangkang ke komen atas sekali tu???

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP