#1

UMNO TIDAK BERIMAN DENGAN HADIS QISAS 2

>> Selasa, Jun 01, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 96

UMNO TIDAK BERIMAN DENGAN HADIS QISAS 2




 Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud


" maka jika mereka (waris yang terbunuh) kehendaki maka bolehlah mereka membalas bunuh.  Dan jika mereka kehendaki maka mereka boleh menerima bayaran diyat iaitu 
-     30 ekor unta yang berumur 3 tahun
-     30 ekor unta yang berumur 4 tahun
-     40 ekor unta yang sedang bunting"

(Riwayat Tarmizi dengan sanad yang sahih)
     Demikianlah bayaran diyat terhadap pembunuhan.  Walaupun bunyinya hanyalah 100 ekor unta tetapi untuk mencari 100 ekor unta tersebut bukanlah mudah.  Nabi Muhammad saw menetapkan syarakat bahawa unta tersebut mestilah berumur antara 3 tahun/4tahun dan bunting.  

    Kesusahan dalam membayar diyat adalah usaha pencegahan daripada Islam.  Diyat dilaksanakan setelah mendapat restu keampunan daripada keluarga yang terbunuh. 

     Hadis ini tidak diamalkan oleh UMNO.  Hukuman Islam mendatangkan proses pendidikan.  Hukuman dalam Islam dibuat secara terbuka dan melibatkan penglibatan ahli qaryah.  Manusia melaksanakan hukuman secara sembunyi.  Hukuman gantung sebagai contoh.  Tidak pernah dilaksanakan secara terbuka.  Bila sembunyi pelaksanaan hukum maka tiada aspek pendidikan.

    Untuk melaksanakan hukum Allah maka orang Melayu mestilah menghilangkan sifat rasa bersalah tidak taat kepada pemimpin.  Taat kepada pemimpin bagi orang Melayu mestilah bersyarat seperti syarat yang ada dalam Islam.  Syarat pemimpin dalam Islam ialah pemimpin mestilah taat kepada Allah, taat kepada Rasul dan pemimpin mestilah peminpin yang berakhlak.  

     Ketuanan Melayu taat pada pemimpin nombor 1.  Pemimpin yang macam mana yang Melayu kena taat?  Pemimpin yang tak mahu hukum Allah maka orang Melayu mesti tolak.  UMNO berhujah bahawa ayat hukum Allah ini diturunkan untuk orang yahudi.  Inilah hujah akal orang UMNO.  Ayat hukum hudud/qisas berada dalam Al-Qur'an.  Meyakini Al-Qur'an adalah salah satu rukun iman.  Menolak Al-Qur'an kufur.

     Berubah lah wahai ahli UMNO.  Taat pada pemimpin bersyarat. Syarat ialah iman.  Pemimpin yang sudah tiada keimanan,  orang melayu mestilah tolak.  Pemimpin Melayu yang sudah menolak Al-Qur'an dan Sunnah maka melayu mestilah tolak pemimpin ini.  Pemimpin yang sudah menghalalkan judi, apakah masih ada iman?  Menghalalkan yang diharamkan Allah apakah masih ada iman?  Menyokong pemimpin yang menentang Al-Qur'an dan Sunnah maka anda masih meredhai mereka.  Redha kepada kufur maka jadi kufur (maksud hadis).  FIKIR-FIKIRKAN.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP