#1

UMNO TIDAK BERIMAN DENGAN AYAT HARAMNYA JUDI

>> Ahad, Jun 06, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 100

UMNO TIDAK BERIMAN
DENGAN AYAT HARAM JUDI DALAM AL-QUR'AN

ALLAH TAALA BERFIRMAN DALAM AL-QUR'AN SURAH AL-MAIDAH AYAT 90



Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
Chinese
信道的人 們啊!飲酒、賭博、拜像、求簽,只是一種穢行,只是惡魔的行為,故當 遠離,以便你們成功。 
Tamil
ஈமான் கொண்டோரே! மதுபானமும், சூதாட்டமும், கற்சிலைகளை வழிபடுதலும், அம்புகள் எறிந்து குறி கேட்பதும், ஷைத்தானின் அருவருக்கத்தக்க செயல்களிலுள்ளவையாகும். ஆகவே நீங்கள் இவற்றைத் தவிர்த்துக் கொள்ளுங்கள் - அதனால் நீங்கள் வெற்றியடைவீர்கள்.

     Dalam ayat ini Allah Taala dengan jelas mengharamkan judi.  Judi dalam apa sahaja bentuknya adalah diharamkan.  Kesan judi menghancurkan masyarakat.

     Sebuah kerajaan yang baik (good government) tidak akan mendedahkan rakyatnya kepada kebinasaan.  Hasil mahsul Malaysia sangat banyak.  Sepatutnya kerajaan tidak bergantung kepada pendapatan judi.  Dalam budgrt negara pendapatan cukai judi hanya sekadar RM 2.3 billion.  Sedangkan pendapatan yang dijangkakan diperolehi negara seperti petroleum sebanyak RM320 billion telah diserahkan kerajaan kepada negara Brunei.  2 telaga minyak milik negara telah diserahkan begitu sahaja kepada negara Brunei.  Kenapa jadi begini?  Kenapa begini yang diputuskan oleh pemimpin UMNO.

     Pendapatan sektor perladangan, perlombongan, pelancongan, pertanian adalah cukup untuk membiayai keseluruhan rakyat negara.  Tetapi oleh kerana pemimpin negara dan UMNO hari ini korup sehinggakan kerajaan menghalalkan yang diharamkan oleh Allah.  Negara Greece dalam sejarah moden hari ini adalah negara yang telah diisyhtiharkan bangkrap.  Ini tidak lain hanya kerana kepimpinan negara Greece terlibat dengan budaya rasuah yang berleluasa.  Malaysia juga tidk terkecuali kerana Malaysia adalah negara yang berada dalam dunia dan pemimpin negara (UMNO) terlibat secara langsung dengan rasuah. 

    Bukanlah UMNO kalau tidak rasuah.  UMNO rasuah ketika melantik pemimpin peringkat parti.  UMNO-BN rasuah dalam pilihanraya.  UMNO terlibat dalam mengambil komisyen projek-projek negara.  Komisyen beli kapal selam RM500 juta.  Komisyen beli kapal jet sukoi RM400 juta.  Ini belum lagi komisyen di peringkat projek dari menteri kepada orang tengah kepada broker kepada Pengerusi JKKK kepada Ketua kampung, semuanya (UMNO dan kroni)  mendapat habuan daripada pelaksanaan projek-projek kerajaan.  Ketirisan dalam projek negara tahun 2009 dilaporkan sebanyak RM28 billion.  Semua ini adalah budaya UMNO yang sekiranya tidak dihapusnkan akan membawa negara menjadi bangkrap.

    Orang melayu segeralah berubah pemikiran politiknya.  Selamatkan Malaysia.  Jangan undi UMNO.  UMNO bukan lagi pemerintah yang baik.  Tinggalkan UMNO

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP