#1

UMNO TAK BERIMAN DENGAN AYAT QUR'AN DAN HADIS HUKUM QISAS SATU MUHASABAH

>> Rabu, Jun 02, 2010

ISLAM MENOLAK FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 96

UMNO TAK BERIMAN DENGAN AYAT QUR'AN DAN HADIS HUKUM QISAS - SATU MUHASABAH

     Berdasarkan pembentangan yang dibuat maka dengan jelas UMNO menolak ayat Qur'an tentang hukum Allah iaitu Qisas.  Ayat Al-Qur'an yang jelas ditolak UMNO ialah

1)   Al-Baqarah ayat 178
2)   Al-Baqarah ayat 179
3)   Al-Isra ayat 33
4)   Al-Maidah ayat 32
5)   An-Nisa 92
6)  Al-Maidah 45
7)  Hadis Nabi Muhammad yang sahih

      Dalam kes hudud yang lalu UMNO sudah tidak beriman sekurang-kurangnya 4 ayat (Zina, Curi, Tuduhan Qazaf dan rompak) dan dalam kes Qisas pula UMNO sudah tidak beriman sekurangnya 6 ayat.  Jumlah ayat yang sudah ditolak UMNO ialah 10 ayat.  Ini belum campur dengan ayat haram riba, judi dan lain-lain.

     Meyakini Al-Qur'an adalah salah satu rukun Iman.  Yang hendak diyakini tidak lain ialah keseluruhan ayat Al-Qur'an.  Keyakinan manusia terhadap Al-Qur'an ada bermacam jenis, antaranya

1)   Tidak beriman dengan satu ayat sahaja
2)   Tidak beriman hanya dengan satu kata sahaja
3)   Beriman dengan sebahagian kitab dan menolak sebahagian yang lain

     Kesemua jenis keimanan diatas ditolak oleh Allah.  Adalah dikira tidak beriman kepada Allah.  Wahai ahli UMNO sedarlah pemimpin UMNO telah menolak ayat Al-Qur'an.  Redha kepada kufur maka jadi kufur (maksud hadis).  Ahli UMNO peringkat akar umbi berhujah

1)    Urusan melaksanakan undang-undang Islam adalah urusan pemimpin.  Maka apabila pemimpin UMNO tidak melaksanakan undang-undang Allah maka merekalah yang berdosa, kami ahli bawah tak kan le berdosa juga.

Jawabnya :  Kalau pemimpin yang kamu lantik itu sudah tidak lagi melaksanakan hukum Islam kenapa ahli UMNO masih sokong dan duduk sebagai ahli parti?  Jika jujur dengan Allah, maka ahli UMNO mestilah meninggalkan UMNO.

2)     Kami memang beriman dengan Qisas. Tetapi untuk menjaga Melayu maka kami masih lagi sokong UMNO-BN

Jawab :  Itu sebab segala urusan hidup ditimbangkan Allah, Rasul dan Islam.  Memangkah UMNO-BN bermakna menyokong segala dasar perjuangan UMNO-BN,  Tetapi sekiranya yang dipangkah ialah PR untuk menumbangkan kezaliman UMNO-BN maka ini akan diberi pahala oleh Allah.  Pahala kerana menumbangkan kezaliman.  Dasar UMNO-BN yang zalim iailah
1) ISA
2) OSA
3) APCO
4) JUDI dan banyak lagi

     Wahai ahli UMNO, penyokong UMNO dan pemimpin UMNO berubahlah.  Tinggalkan UMNO untuk kehidupan yang lebih baik disisi Allah.  Teruskan perjuangan dengan PAS.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP