UMNO LAWAN ISLAM - KEJADIAN PEMBUNUHAN MANUSIA TIDAK BERDOSA MENJADI-JADI
>> Jumaat, April 30, 2010
ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
UMNO TAK NAK ISLAM - BERAPA LAGI NYAWA YANG TIDAK BERDOSA AKAN TERBUNUH
ALLAH TAALA berfirman dalam surah Furqan ayat 68
Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;
Jelas dalam firman Allah Taala dalam surah Al- Furgan bahawa Islam agama yang diturunkan Allah sangat menjaga nyawa. Nyawa yang dijaga dan dipelihara Islam bukan sahaja orang yang beriman malahan nyawa seluruh umat manusia. Hatta nilai nyawa dalam peperangan suasana paling getir juga dipelihara oleh Islam.
Islam membenarkan pembunuhan kepada 4 jenis keadaan, iaitu
1) murtad - hukum hudud
2) penzina yang sudah kahwin terus berzina - hukum hudud
3) balas bunuh - hukum qisas
4) berperang mempertahankan Islam dengan hanya membunuh tentera musyrik
Inilah keadaan nyawa dibunuh dalam Islam. Lihatlah keindahan Islam. Islam membunuh nyawa dalam keadaan merosakkan Islam, merosakkan zuriat dan menghapuskan balas dendam. Inilah masyarakat yang ingin dibina oleh Islam iaitu masyarakat yang harmoni dan kehidupan yang berukun damai. Tiada rasa terancam antara seorang dengan orang yang lain.
Malahan dalam keadaan perang Islam tetap menjaga prinsipnya iaitu yang dibunuh ialah tentera yang memusuhi Islam. Perempuan, orang tuan, OKU, kanak-kanak, para pendita agama bukan Islam terus dipelihara oleh Islam. Barat akhirnya menerimapakai nilai Islam dan meletakkannya sebagai asas dalam dasar peperangan PBB yang disebutkan Deklarasi Geneva.
Apabila perlaksanaan hukum Islam ditolak oleh UMNO, maka kita lihat siri kejadian pembunuhan berterusan berlaku. Cuma pihak yang melakukan sahaja berbeza. Nyawa di Malaysia kini adalah sangat murah. Antara siri pembunuhan yang belum di jawab dengan jelas oleh pihak yang berkaitan ialah
1) Pembunuhan YB Samad Gol (1968)
2) Pembunuhan Altantuya Monggolia (2005)
3) Pembunuhan Kugan (2007)
4) Pembunuhan Teoh Beng Hock (2009)
5) Pembunuhan Siva - ketua Kelab Peny Pas T. Intan (2010)
6) Pembunuhan adik Aminurrashid (2010)
Kenapa semua ini berlaku? Tidak lain kerana UMNO menolak hukum Islam. UMNO tak nak Hudud dan Qisas - hukuman dari Yang Maha Adil untuk manusia seluruhnya. Wahai orang UMNO adik aminurrashid kamu akan kata bahawa ini bukan anak kami. Kalau nyawa semurah ini di Malaysia apakah ada jaminan anak kita akan selamat termasuk anak orang UMNO?
Fikir-fikirkan? Melayu kena menolak UMNO. Tiada jalan lain untuk selamat melainkan dengan menolak UMNO. Selamat tinggal UMNO. Sayonara UMNO.