#1

UNDI KEPADA BN MENGEKALKAN UMNO-BN DALAM KEZALIMAN

>> Selasa, Julai 27, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 134

UNDI MELAYU ADALAH BERHARGA, 
MELAYU MESTI UNDI UNTUK PERUBAHAN
JANGAN UNDI BN

ALLAH TAALA BERFIRMAN DALAM AL-QUR'AN SURAH AL-BAQARAH AYAT 91


Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)", mereka menjawab: "Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat)". Dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?". 
Chinese
有人對他們說:「你們應當信真主所降示的經典。」他們就說:「我們信我們所受的啟示。」他們不信此後的經典,其實,這部經典是真實的,能証實他們所有的經典。你說:「如果你們是信道的人,以前你們為甚麼殺害眾先知呢?」 
Tamil 
"அல்லாஹ் இறக்கி வைத்த (திருக்குர்ஆன் மீது) ஈமான் கொள்ளுங்கள்" என்று அவர்களுக்கு சொல்லப்பட்டால், "எங்கள் மீது இறக்கப்பட்டதன் மீதுதான் நம்பிக்கை கொள்வோம்" என்று கூறுகிறார்கள்; அதற்கு பின்னால் உள்ளவற்றை நிராகரிக்கிறார்கள். ஆனால் இதுவோ(குர்ஆன்) அவர்களிடம் இருப்பதை உண்மைப் படுத்துகிறது. "நீங்கள் உண்மை விசுவாசிகளாக இருந்தால், ஏன் அல்லாஹ்வின் முந்திய நபிமார்களை நீங்கள் கொலை செய்தீர்கள்?" என்று அவர்களிடம் (நபியே!) நீர் கேட்பீராக.


     Dalam ayat ini Allah Taala dengan tegas menyatakan bahawa sifat orang yang beriman itu ialah menyokong kebenaran.  Kebenaran dari Al-Qur'an dan Sunnah Nabi Muhammad saw.  Kalau tak sokong kebenaran Al-Qur'an dan Sunnah, apa makna hidup.

    Termasuk mengundi juga mestilah dilaksanakan mengikut perintah Al-Qur'an dan Sunnah.  Orang yang mengundi pemimpin yang menentang Al-Qur'an dan Sunnah itulah yang busuk hatinya.
 
    Maka orang yang beriman mestilah menyokong parti yang hendak menegakkan keadilan dan kebenaran berdasarkan Al-Qur'an dan Sunnah.  Saya rela dikata apa sahaja oleh sesiapa sahaja, asalkan saya tetap dalam perjuangan menegakkan Al-Qur'an dan Sunnah.

   Oleh yang demikian undi melayu sangat bermakna.  Orang melayu mengundi calon BN bermakna Melayu hendak meneruskan kezaliman UMNO-BN.  Jelas dasar ISA, mengutamakan kroni, budaya rasuah, budaya memfitnah dan macam-macam lagi.  Ini jadi jati diri UMNO.

   UNDI lah Pakatan Rakyat untuk kesejahteraan rakyat.  Dasar-dasar yang zalim akan dihapuskan.  Bukankah ini yang dikehendaki.  Undi anda akan menerbitkan lebih banyak kesejahteraan untuk rakyat.  Ini dibuktikan di negeri yang di pimpin oleh Pakatan Rakyat - Kedah, PP, Selangor dan Kelantan.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP