#1

UMNO SERANG PAKATAN RAKYAT - ALIH ISU KEBURUKAN UMNO

>> Isnin, Julai 05, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 118

UMNO SERANG PAKATAN RAKYAT - ALIH ISU KEBURUKAN UMNO, KINI HAMPIR PILIHANRAYA


   UMNO sedang tenat dan nazak.  UMNO sedang serang PR melalui isu

1)  mansuh UPSR dan PMR

    Isu ini penting kerana masa depan anak-anak.  Lalu setiap rakyat akan bincang hal ini.  Pada hal ia sudah beres.  Peperiksaan mesti diadakan untuk penilaian anak-anak di pelbagai tahap pendidikan.  UMNO bawa isu ini untuk melupakan rakyat dari memikirkan keburukan UMNO.

2)   Isu tuduhan Tuan Guru Hj Hadi dengan JI

     UMNO sentiasa siap membuat pelbagai tuduhan yang mematikan karektor seseorang.  UMNO tahu bahawa politik PR bergantung dengan PAS.  Maka karekter pemimpin PAS dikeji oleh UMNO.  Ini tektik lama yahudi.  UMNO buat atas nasihat APCO.  Pemimpin UMNO yang curi wang rakyat, UMNO kata baik.  Pemimpin UMNO berskandal dengan betina, UMNO tak kata jahat,  Pemimpin UMNO rasuah dalam pemilihan parti, UMNO kata ini demokrasi dan lain-lain.

3)   Isu TG Nik Aziz -  Kenyataan Media TG Nik Aziz

    UMNO turut juga manipulasi kenyataan TG Nik Aziz baru-baru ini.  UMNO nak tunjuk bahawa dalam PAS ada perebutan kuasa.  UMNO lagi teruk rebut kuasa.  UMNO tak nak tonjol yang itu. UMNO beli undi,  rasuah perwakilan,  dan lain-lain

4)    Isu Anwar Ibrahim dengan Zionisme

     UMNO dengan niat yang jahat terus menggunakan isu ini.  UMNO kata macam-macam tentang Anwar Ibrahim.  UMNO ambil APCO, rakyat dah lupa.  Macam UMNO bersih?  Zionisme ada di ketiak Najib.

Apa tanda ini semua?  Maknanya Pilihanraya ke 13 sudah sangat dekat.  Kerajaan ini baru berusia 3 tahun.  UMNO peduli apa?  Kini rakyat sudah lupa

1)    isu judi bola
2)    isu serah 2 telaga minyak L,M kepada Brunei
3)   isu APCO-Zionisme
4)   dan macam-macam lagi yang dibuat UMNO

    Wahai seluruh penyokong UMNO tengoklah kekejian pemimpin kamu.  Pemimpin UMNO mengalihkan isu dan menutup kesalahan UMNO.  Nak lagi dengan pemimpin yang seperti ini?  Segeralah tinggalkan UMNO.  Tinggalkan UMNO, Tinggalkan UMNO.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP